السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Ahad
13-01-2013
Petang tadi, air masuk semula untuk kali ke-3 sepanjang krisis air sudah mencecah minggu ke 3. Kali ini taktau berapa jam pulak depa nak bagi.
Apalagi, mesin kain sakan-sakan dan takung air sebanyak mungkin. Mana tahu sejam dua nanti depa stop balik. Walaupun dok dengar berita, konon hari Ahad boleh selesai, sekejap Khamis ntah mana satu yang betul. Jangan harap-harap, tertiarap...!
Minggu lepas, ada sorang sedara call, dalam gurau bertanya, “Buat apa?”
“Angkat air”.
Bukan main bagus lagi dia sindir saya, “Itu la, korang pangkah....” bla.. bla.. bla.. — saya tak berani tulis nanti blog saya kena tangkap.
Apapun masak tetap masak:
Asam Pedas Pari yang tak semenggah mana. Tapi rasa masih tetap memenuhi piawaian tekak rakyat seluruh isi rumah.
~...jika tidak kerana ibu garam yang dikata Mak Utih sebagai ubat penghilang pedih mata terpercik lada, SERI BULAN sampai sekarang tidak pernah tahu garam ada ibu ada ayah dan HISYAM mula pandai menyimpan ketawa tidak berani membuka cerita...~
Azieazah, macam brjanji pulak.saya pun masak asam pedas pari hari ni.di rampai dgn tomato dan bendi.
ReplyDeleteKadang-kadang selera kita dengan orang luar sana tetiba boleh serupa, kan? Itulah, macam ada ikatan hati pula, padahal duduk jauh sorang zon tengah sorang zon utara...
Deletewah lazatnya...dalam takdak ayaq pon masakan tetap berkuah !!...mesti mariii ..
ReplyDeleteKalu tak berkuah, makan nasik tercekik Pakcik. Hehehehe
Deleteorang kata biar takder api, jgn takder air...tp bg akak dua2 tu penting, kan Azie? kalau takder api kipas tak pusing, jenuh ler guna kipas tangan...kalau takde air, camner nak buat kuah asampedas, ya tak? ekekeke...takder la guwau jer...bila takder air, yg paling hazab ialah bab2 urusan dlm bilik air dan tandas la...kalau duduk sorang diri takper, kalau anak panjang keretapi mcm akak ni, boleh terbakar jiwa....
ReplyDeleteorg kaya boleh la lari duduk hotel...depa apa ada hirau?
Kak Q, hari tu sambil basuh kain kat meter paip, saya dok bebel kat anak saya. Orang kaya boleh lah, kain baju hantar dobi, takda air duduk kat hotel.
DeleteJangan kata Akak anak berderet. Saya ni kalu hujung minggu, isi rumah jadi 8 orang semuanya. Bayangkanlah.. Tapi kena uruskan dengan sebaiknya, sebab nak bagi adil semua orang boleh mandi dan guna air dengan sebaiknya.
salam sis
ReplyDeleteAdoi tengahari td mamam asam pedas ikan pari ,sicintaku yg masak..pergh samala pulak..hehehehe..
Macam hari ini hari Asam Pedas Sedunia plak, kan? hehehe
Deletesalam sis
ReplyDeleteAdoi tengahari td mamam asam pedas ikan pari ,sicintaku yg masak..pergh samala pulak..hehehehe..
sedapnya...... ikan pari lagi tu.. sayang sy dah x blh mkn ikan pari.....
ReplyDeleteEhh ada pantang eh? Kenapa tak boleh makan pari?
Deletesedapnya asam pedas pari...lama dah tak makan...
ReplyDeleteSekali sekala memang sedap. Kena pandai cari pari yang segar. Sebab kadang2 terkena juga pari yang kuat bau hanyir dan berpasir...
DeleteKakcik masak asam oedas ayam dua hari lepas... :)
ReplyDeleteSaya lebih suka daging banding ayam jika nak buat Asam Pedas. Bubuh kerisik. Perhhh...!
Deletenak jadikan cerita pg tadi air di umah saya terhenti dalam 2 jam lebih. saya bgn nak mandi x de air.. saya masuk bilik dan sambung tido.. oooppsss~ punya letih nak pikir masalah air.sanggup g tido balik... hehehe~
ReplyDeleteSetakat 2 jam boleh la sambung tidor balik. Kalu kena 2 minggu, memang terus tido tak lena. Nak paksa mata pejam pun tak boleh. Haahaha
DeleteSeksa betoi kalau takdak ayaq.
ReplyDeleteHisyam dah pandai simpan gelak naa :)
Masa minggu pertama tu memang terasa sikit seksanya. Tapi pastu kami dah pandai ejas dah. Pastu dah biasa dgn rutin baru, lalu dah tak kisah.
DeleteTergoda sungguh dengan asam pedas ikan pari Tuan Rumah.
ReplyDeleteApakan daya Umat Muhammad dlm umah ni x pandai mana nak mkn ikan pari.
Dr kan syok sendri.. lebih afdhal x masak langsung..
Saya sendiri tak kerap buat Pari ni, sebab pernah terkena Pari yang kuat hanyir, tak segar dan berpasir. Sejak tu saya cukup hati hati nak pilih pari di pasar.
Deleteorang letih2 angkut air boleh plak dia cerita pasal pangkah memangkah huhu..
ReplyDeletesedapnya asam pedas..kalau sy masak knp tak jadi macam mak masak ye huhu
oh akak..saya penah merasa 2 mggu x de air
ReplyDeletesampai taman kami masuk tv lagi
so far x penah memangkah lagi..mgkin tahun ni kalau ada pilihanraya
saya akan keluar memangkah.kita tgk siapa yg kena ;)