Wednesday, January 16, 2013

Bubur caca-marba: saya terlebih rajin...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Rabu
16-01-2013


Dah lama tak buat pengat. Dulu kan takda masa. Konon...!

Lalu semangat berkobar la nak buat sesuatu. Bubur Caca. Lama sungguh tak buat, sampai jadi ingat-ingat lupa lak cara nak masak. Bengong...!

Dengan tak malu saya tanya abang yang berjual barang kering ini. Kat pasar Pudu. Dia kata nak sedap lagi, tambah keledek. Yeaa... baru teringat.


 Tapau untuk IKA bawak ke tempat kerja. 


Semalam dia tak balik. Dah 2,3 kali sejak internship ni, terpaksa stayback kat opis siapkan kerja. Bila ada projek untuk submission, memang berjagalah depa. Kadang-kadang berjaga semalaman, balik pagi. Pastu tengahari pegi opis semula. Kena kerja Sabtu Ahad pun selalu.

Saya tak mau komen banyak. Saya perhati saja, saya dengar saja apa saja yang dia dok citer or apa yang dia merungut. Orang baru nak tengok dunia kerja, ada la beberapa perkara depa tak boleh nak terima. Terutama kalu kena buli atau ada miss-communication.

Zaman Dak AMOI internship dulu macam tu juga. Pastu bila dah kerja, ok saja. Smooth takda masalah pun sekarang. Cuma elaun IKA sangat kecik berbanding Dak AMOI dulu elaun dia dasat juga. Tak mengapa la. Ada orang buat internship tak dapat sesen pun. Yang penting, ilmu dan pendedahan tu.




~...pertama kali HISYAM mengajar si Udin menunggang motosikal sudah ibarat pesta kampung kerana terlalu jarang melihat sesuatu yang ibarat robot lalu apabila SERI BULAN memecut laju Pak Utih menggeleng, Mak Utih terteleng...~








21 comments:

  1. Angah dulu dapat RM500 sebulan. Tapi kadang2 dia ambil 'cuti', kenalah tolah ikut hari. Ada dia kisah! Duduk ngan mak ayah bolehlah tak kisah. Dia tak tahu, mak dia dulu masuk kerja gaji tak sampai pun RM400!... Itu zaman bila, dia kata...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahhh RM500 tu kira kuat tu Kakcik. IKA dapat RM300, mujur la dekat Taman Kosas saja. So, lepas la utk tambang dan makan dia. Berulang dari rumah sendiri, selalu bawak bekal. Lagi la jimat.

      Delete
  2. Replies
    1. Ada orang suka makan time panas, tapi Kak Azie suka makan time sejuk.

      Delete
  3. wah sedap bubur caca.memang bertambah sedap kalau tambah keledek kan..
    sy dulu 200 je sebulan..lagi dasat huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, Kak Azie memang campurkan keledek untuk tambah sedap. Manis keledek.

      RM200 tu kira alhamdulillah. Internship ni ikut bidang kot, lain course lain harga. Agaknya.

      Delete
  4. Aina dulu2 MMC Oil & Gas bayo Rm200 je sebulan 16 tahun lepaslah...:)

    Aina kalau buat bubur caca suka gentel sendiri tepungnya tu. Best...

    ReplyDelete
    Replies
    1. RM200 utk internship timba pengalaman. Pastu bila dapat kerja, jenoh gaji tak abih makan. Hehehe

      Gentel sendiri? Wahhh rajinnya. Tak leh lawan nih.

      Delete
  5. Bubur tu mmg menyelerakan..
    Dah lama tak buat...
    Lama tu.. Maknanya dah berpuluh tahun juga...kikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalu setakat Akak nak makan semangkuk dua, beli jer yang dah siap Kak. Pasar malam selalunya ada orang jual.

      Delete
  6. kak meh pos kat batu pahat...cam sedap jer..

    ReplyDelete
  7. bubur caca tambah sedap jika dimasukkan mcm2 ubi,spt keledek,ubi keladi atau ubi kayu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa kat kampung dulu banyak ubi keladi, kami selalu buat Bubur Caca. Sekarang kat KL ubi keladi memang mahal...

      Delete
    2. Kak Zai pun dah lama tak buat bubur caca.

      Buat Ika kutiplah ilmu dari sekarang supaya bila bekerja nanti lebih mudah.

      Delete
  8. baru jap tadi makan bubur jagung + sagu...sedap.....

    ReplyDelete
  9. Azie, di Kuala Perlis banyak bnda ni ,di jual guntingan tepung wrna warni ni.balik umah buat bbr caca..saya slalu tmbah ubi, dn pisang yg tk brapa ranum.kalau ada ngka pun ok.

    ReplyDelete
  10. kalau buat saya anak beranak yg makan..hubby kurang suka...rugikan tak makan, sedapnya bubur caca....

    ReplyDelete
  11. takpelah akak dengar je cerita dak Ika tu, nanti bila dia dah ada kerja tetap dan dah senang, akak cerita balik apa yang dia cerita pada akak, kisah sejarah intership nya tu.

    ReplyDelete
  12. eh bukan internship skang kena bayar sehari RM25, tapi kalau syarikat tak mo bayar, boleh reply surat bgtau tak mo bayar, tapi kalau nak buat intership syarikat sudi aje! tapi biasanya aku lak kat opis ni, internship allowance selalunya RM500 to RM600 je

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails