السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Ahad
20-01-2013
Masih sempat untuk mendaftar online di laman web rasmi Berani 2013 untuk 2 kelas terakhir. Satu di KL, satu di Melaka.
Saya daftar yang di KL. Percuma. Wisma MCA Jalan Ampang. 26hb Januari, Sabtu. 8.00 am–12.00 pm.
MyKakYang dan suami dulu hadir kelas beliau di Kedah (jauh juga dari rumah mereka di PB), dengan bayaran. Tak ingat berapa, separuh harga dari RM1,000 seorang kot.. Lupa.
Kali ini percuma. Pendaftaran online masih dibuka. Jommm... klik link di web tu.
Harap-harap kita mendapat banyak panduan positif untuk kehidupan. MyKakYang pernah cerita, itu bukan kelas ajar macamana nak berniaga, atau ajar macamana nak kaya. Tetapi kelas yang memberi panduan kita mengorek kelebihan dalam diri kita, mengubah apa yang negatif dalam diri kita. Membuat kita berfikir banyak yang perlu diubah dalam diri kita. Pendekata ianya berkait dengan diri kita semata-mata. Motivasi!
Sesiapa yang sudah mendaftar, inform la saya ya? Boleh kita sama-sama berada dalam dewan tu nanti. Jika nak gather-gather dalam kelas tu nanti, email la saya.
Saya pun pertama kali juga, dan saya tak kisah kalu saya pergi sorang-sorang...!
~...kerana berani juga lah HISYAM tidak perlu mengulang pelawaan kepada SERI BULAN untuk menjadi pengiring paling rapat, penyimpan rahsia paling ketat dan penyokong paling kuat untuk menjadi warga Kampung Separuh Desa lalu menjadi pasukan yang teguh sukar digoyah walau ada ketika harus beralah dan mengalah...~
Ooo... Kalau takde hal, boleh juga join. Tapi ada 3 @ 4 jemputan kahwin pada hari yang sama. Nak pergi yang mana pun tak tahu...
ReplyDeleteSaya pun ada kenduri pada hari yang sama. Tapi kenduri doa selamat bermula 12 tengahari. Saya harap saya dapat kejar dua majlis sekali.
Deletewah best jugak ni cz ada kt Melaka. Tapi 26hb ni dh ada program la pulak kt sekolah...huhuhu....
ReplyDeleteYang di Melaka tu tarikh lain. Tak sama la dengan KL. Dr Azizan tak buat serentak, cemana lak dia nak berada di dua tempat serentak.
Deletebenar
ReplyDeletemimpi tidak akan menjadi kenyataan ..
yang bulat tak datang menggolek ..
yang pipih tak datang melayang ..
kena ada ilmu, teknik, taktik, usaha dan tawakkal.
Sedikit usaha untuk kejayaan yang besar, adalah tidak adil. Mungkin ini salah satu usaha awal tahun ini. InsyaAllah.
DeleteWah kak...gud luck...moga tercapai yg d hajati...
ReplyDeleteThanks. Saya harap dapat pergi tarikh itu.
DeleteSalam..teringin gak nak g tpi masa lum ada,ape pun tahniah moga cita dan impian akan tercapai
ReplyDeleteTak mengapa. Lain kali pasti ada kelas lain pula.
DeleteKalau berani elok bukadi Johor, Benut ke Pontian ker baru berani, kamppunb laman isteri. ?
ReplyDeleteSedara, lebih dari tempat tu sudah dibuka. Puluhan tempat yang bukan bandar sudah pernah diadakan kelas Dr Azizan. Semak web jika rajin.
Deleteblh share2 infomasi kot nt, ye kak...
ReplyDeleteInsyaAllah jika saya betul-betul dapat hadir nanti. Akan diusahakan.
Deleteutk apa ni kak?x bleh join...saya diseberang tanah borneo ni...hehee
ReplyDeleteIni suatu program motivasi. Yang mampu mengubah seseorang menjadi lebih positif untuk mencapai kejayaan tidak kira dalam apa bidang.
DeleteDr. Azizan ni memang berani kan? dia dah transform ramai orang. tahniah kak azie, you'll be one of them very soon.
ReplyDeleteInsya Allah kalau ada rezeki kita pun nak join jugak nanti
Harap-harap begitulah. Tidak banyak, sedikit pun jadi lah.
Deletekakak.. saye nak join yang MCA seminar sebelum ni tapi terlepas.. jadi saye da join yang s.alam punye.. memang best.. ikut hati nak join lagi yang MCA punye.. tp anak kami.. takde sape nak jage.. :(
ReplyDelete