Thursday, January 17, 2013

BKAP RM100 > satu baju baru, sepasang kasut baru, buku rujukan = FINISH...!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Khamis
17-01-2013



Bantuan Kerajaan Awal Persekolahan (BKAP) RM100 sudah diagih bermula sejak 15hb lagi. CHAK sudah menerima bahagiannya semalam, tetapi bukan di sekolahnya.

MyToklaki terpaksa pergi ke sekolah lain untuk menuntut bantuan tersebut. Dalam suatu majlis penyerahan bersama ratusan para ibubapa lain dari beberapa sekolah lain yang turut terlibat. Entah berapa sekolah ntah dihimpun sekali dalam satu majlis — yang macam biasa penuh dengan ucapan, ucapan dan ucapan.


Tahun ini saya ada 3 orang anak yang masih bersekolah. Dua orang yang bersekolah menengah boleh mengambil sendiri bahagian masing-masing.

CHAK beli sepasang lagi uniform sekolah, sepasang lagi kasut sekolah baru, bayar duit van sekolah, then nak beli beberapa lagi buku aktiviti. RM100 habis dalam masa sehari.

Duit tetap duit. Besar nilainya bagi ramai orang. Dan mungkin hanya hujung kuku bagi setengah orang. Apapun, bagilah ‘nampak’ hasil duit bantuan tu.

Yang nak beli hanfon baru ker, nak melabur ker, nak guna untuk benda lain pun, tak mengapa. Tak salah pun. Sebab awal tahun hari tu kita dah kuarkan beratus-ratus RM untuk mulakan persekolahan. Boleh la cover balik nafas tu, kan?




~...jika mengenangkan nilai material yang boleh ditimbang diukur, HISYAM tidak akan senekad ini untuk mengabdi diri di Kampung Separuh Desa tetapi mengheret sama SERI BULAN sebagai pasukan gandingan adalah suatu nilai yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar sesiapapun kecuali hati mereka berdua semata...~







13 comments:

  1. anak-anak yus belum dapat lagi, hari tu guru besar kata awal bulan 2 baru dapat....

    ReplyDelete
  2. anak kita pun belum dapat lagi, entah bila..hari ni suami nak ke sekolah just tanya je..sebab bila tanya kat anak semua pun tak tau je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. blm dgr apa2 ttg tu lg kat skulah adik n kakak..

      Delete
  3. anak saya minggu depan baru dapat
    bagi saya,saya terima je
    cuma bg yg taknak tu..diam jelah
    x payahlah nak kutuk itu ini ;)

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah.....boleh juga menambah apa yg kurang dgn bantuan ni

    ReplyDelete
  5. Aina jap lagi nak ambik kat sekolah anak, nasib baik sekolah menengah dan sekolah kebangsaan sebelah2 je. kalau dak sesak napas mak kerana depa bagi time 12-2pm kat sekolah menengah dan 12-3 kat sekolah kebangsaan.

    Alhamdulillah. Rezeki. Terima seadanya. Kalau yang dah rasa banyak duit tu ambil dan sedekah je pada anak yatim atau pada org susah tak yah nak cakap banyak.

    Aina mungkin simpan dulu buat masa sekarang kerana mak dah habiskan banyakkkkk sangat masa nak buka sekolah hari tu...hahhaaaa...

    ReplyDelete
  6. Azieazah
    Alhamdulillah. Orang memberi kita merasa. Hehe, banyak sekolah digabungkan, banyaklah ucapannya, ya? Letih sikitlah menunggu.

    ReplyDelete
  7. semalam dah dapat...nak tambah apa yang kurang kat anak2...alhamdulillah ringan sikit...

    ReplyDelete
  8. Perlu ke buang masa parents utk suruh dengar ucapan membebel bebel yg cliche? Tak produktif.Nak bagi, bagi sahaja. Tak perlu buat agenda suruh parents duduk tercongok dengar propaganda.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Azie hasut Toklaki soh pegi time hujung-hujung. Jangan buang masa kerja kita semata untuk dengar ucapan yg ada sipi sipi ke kempen politik. hahaha

      Delete
  9. tapi kak pada saya masih tak sesuailah duit tu digunakan untuk beli hanfon baru hihihi

    ReplyDelete
  10. sy serahkan pd suami apa yg nak dibuat dgn duit tu sbb dia yg byk berhabis utk duit sek anak.. tapi kalu RM100 tu bleh beli sepasang uniform, kasut & byr duit transport memang berbaloi-baloi tu..

    ReplyDelete
  11. Anak2 kakcik dapat hari ini.

    Bangcik kata, cikgu suruh bayar PIBG bla bla dalam RM85. Tapi katanya bukanlah guna duit RM100 tu... hmmmm...

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails