Thursday, January 17, 2013

Musim air berlebih VS musim angkut air yang tak cukup...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Rabu
16-01-2013


Di sebelah timur, musim banjir air melimpah sampai ke paras lutut, paras pinggang, malah sampai nak tenggelam bumbung rumah.

Tapi sejak hujung Disember lalu, krisis air meruncing tidak selesai. Sejak semalam, khabarnya kawasan Petaling, Kajang-Bangi, Putrajaya pula dilanda air kering (Selangor saja?). Terpaksa takung air, berangkut. Kononnya sehingga seminggu akan terganggu (or diganggu?)

Memang kesian. Sebab kami sudah melaluinya kira-kira 3 minggu, memang sangat fahamlah keadaannya cemana. Banyak-banyak sabar...



Setelah 3 hari air sudah normal, barulah semua tong yang ada ini dikosongkan dan disimpan. Simpan pun sudah tak sesuai lagi. Harap-harap next time, kalu nak ada gangguan, BAGI LA NOTIS, so that kita boleh takung air sebagai persediaan.




~...Sungai Menghijau Lumut tidak pernah begitu kering airnya walaupun musim matahari terik, malah buaian di bawah pokok ketapang itu terus menjadi rebutan SERI BULAN dan HISYAM walaupun lagu “aku nak kahwin dengan anak raja” itu sangat dibenci mereka...!~








23 comments:

  1. elok je pulak TER-ganggu bergilir-gilir kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada rasa sesuatu tak? Atau memang kebetulan?

      Delete
    2. bukan se-suatu je, banyak-suatu yang dirasakan, kak, hehehe. namun tiada jawapan :)

      Delete
  2. Saya rasa ada something la kak sbb asik takde air je..kesian rakyat jadi mangsa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ...sedangkan kita rakyat ni la yang menentukan pula nasib mereka itu, kan?

      Delete
  3. comel pulak saya tengok gelas pink pink tuh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kole plastik tu dapat free setengah dozen (6 biji) masa beli tong air kat Jusco.

      Delete
  4. rakyat jd mangsa.. cntik cawan 2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entahlah. Bak kata Nabil “lu fikir la sendiri”.

      Delete
  5. takde air beberapa jam pun dah kelam kabut...kalau berhari2..berminggu2...mau ada yg kena seranah..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Faham saja lah. Kalu anak ramai, anak kecil lagi. Mana yang jadi pengasuh kepada anak orang lagi.. Adehhh faham saja la.

      Delete
  6. Harapnya kat rumah kakcik air tetap mengalir seperti biasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun berharap begitu. Setakat ini, nampak elok saja. Serik rasanya angkut air sampai demam-demam.

      Delete
  7. air terganggu @ diganggu..suratan @ kebetulan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada yang tersurat. Ada yang tak betul. Agaknya laaah.

      Delete
  8. alhamdulillah.. rumah fifi di kajang ade air..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika berada di rumah bawah, teres, biasanya masih ada air wpun perlahan. Sebab tak memerlukan tekanan tinggi.

      Delete
  9. Setakat ini Kajang Utama masih ada air. Mungkin air disalurkan ke Kajang Utama menggunakan loji langat tidak dari loji Semenyih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syukur la masih ada. Harap2 tak terlibat kena gangguan.

      Delete
  10. Saya kat Sg Besi, pun dah standby air 3 tong. Maklumlah, diorang nie bukan nak bagi notis awal kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Jarang la depa ni nak bagitau notis ada gangguan. Tahu tahu air tak kuar. Tension dibuatnya!

      Delete
  11. betul tu, kenalah bagi notis dulu pasal ganguan bekalan air kan...senang saya nak letak siap2 tong hitam dekat rumah pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasib-nasib la. Kalu ada notis, banyak persediaan boleh dibuat.

      Delete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails