السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Khamis
17-01-2013
Sepanjang saya masih ‘bercuti’ saya rasa seronok pulak. Bebudak pegi skulah, saya jadi surirumah sepenuh masa. Selang sehari saya pegi pasar cari barang utk masak di rumah. Tak terkejar apa pun. Smooth dan rasa lebih teratur.
Saya pernah tulis, dulu saya consistent jadi pelanggan tetap pada penjual Keli/Talapia/Patin/Baung ni. Grup orang Perak, ada la dalam 3 orang. Selepas beberapa tahun, tetiba depa macam berpecah. Lot ikan depa pun dah diasing, walaupun masih sebelah menyebelah. Sudah setahun begitu.
Masa mula dulu, saya tanya juga kenapa begitu. Kata salah sorang Yob tu, “masalah dalaman”. Alaa saya tahu, duit punya pasal la tu.
Yang tak best, 2 Yob tu berpecah tetapi berjual sebelah menyebelah dan benda yang sama. Bila saya nak beli Keli, siapa yang saya nak tuju? Kalu saya pergi yang pertama, yang kedua akan jeling saja kemudian keloi saya beli ikan dia juga. Pernah saya beli Keli pada Yob 1, beli Talapia dari Yob 2.
Lama-lama saya jadi serba salah. Sampai satu tahap saya langsung tak beli apa pun.
Lalu tahun ini, saya cari port baru. Saya beli dari penjual lain di bahagian lain. Kalu boleh saya tak mahu Yob berdua tu nampak saya beli dari orang lain. Hahaha macam bodoh jer saya kan? Suka hati saya la nak beli ke tidak, atau dari sapa pun. Duit saya kan? Tapi ntah la... saya selalu rasa macam bersalah pulak.
******
Cerita lain. Dak AMOI “off day” 2 hari + Sabtu/Ahad = 4 hari. Balik rumah macam biasa, mesti request nak makan itu ini. Hari ini saya masak Tomyam Campur.
Juga, paberet depa Paru Goreng Berempah yang saya ambil resepi dari Amie Peparu Goreng Berempah.
Gambar perapan. Ulang tayang hak milik tersendiri tak cilok orang punya.
Hasilnya. Pun pic ulang tayang hak milik tersendiri tak cilok orang punya.
~...pada malam kenduri doa selamat Pak Ujang yang menjamu ayam kampung gulai berserai, SERI BULAN pulang berteman HISYAM yang kekenyangan lalu mengusik teman iringan yang sudah tentu belum boleh menggulai seenak itu, lalu SERI BULAN tarik muka walaupun bulan cerah menyuluh ke wajah...~
laa.....pasal ikan pun boleh masak muka? macm2 hal kan? kalau akak kat tempat azie pun, akak akan rasa serbasalah jugak so lebih baik beli tempat lain...
ReplyDeletemeniaga kecik2 takyah la nak masam2 muka, kan, rezeki pun lari ketempat lain..
Manusia ni kalu dah berniaga, melibatkan untung rugi, begitulah dugaannya Kak. Ada saja yang tak kena. Lalu cara terbaik pecah share. Buat sendiri sendiri.
DeleteKakcik tengah fikir petang nanti nak masak apa. Susah2 suruh anak2 beli makanan kat paso malam je! ;-)
ReplyDeleteKadang-kadang makanan pasar malam pun jemu juga. Asyik la benda yang sama ulang ulang balik.
Deletesedapnya.. pandai akak masak.. :)
ReplyDeleteTak pandai mana pun tapi dah memang kena masak. Tetap la masak jugak sedap tak sedap pun.
DeleteAdoi kak..perut saya tgh lapar keluar pulak gambar paru ni..sedapnyaaaaaaa
ReplyDeleteSori berlori. Lauk pauk memang akan keluar gambarnya, tak kira waktu. hahaha
Deleteapa apa pun kalau mem of the house sndiri masak msti sdap punya kan?
ReplyDeleteKuasa mutlak terletak di tangan tukang masak, kan Kak. Sedap tak sedap, rakyat kena layan jugak la. hahaha
Deleteassalam AA..paru goreng pun kegemaran acik tu..sedap makan gitu je..tak makan ngan nasi pun
ReplyDeleteBetul Acik. Memang sedap ratah macam tu jer. Macam snack pulak. Daun kari tu yang buat wangi tu.
Deletebila keli dan talapia bermasam muka, pilihlah baung ke, patin ke, lampam ke, sebarau ke, kerai ke, kelah ke .. dll.
ReplyDeletePakngah, baung, patin lampan tu ok lagi. Yang lain-lain tu tak daya saya nak pi cari ni. Kail pancing pun saya takda.
Deletesedapnye tgk paru tu.. lapar pulak..
ReplyDeleteKena ada nasi panas panas.!
DeleteAssalamualaikum Azie
ReplyDeletekalau antara diair dah bermasam bertukar lah yang didarat (ayam, lembu)he he
Ayam dah selalu sangat. Ikan air tawar juga yang menjadi idaman tekak.
Deletetentu serbasalah kita nak pilih...pilihan terbaik tak payah beli kat depa hehe..baru takde hati yg terasa...
ReplyDeleteTu la pasal. Saya rasa saya dah buat keputusan yang adil. Hehehhe
DeleteKakak rasa ramai regular customer yg rasa macam yg Azie rasakan - serba-salah. Kena tindakan macam Azie dua-dua tak dapat - meloponglah.
ReplyDeleteParu goreng mengancam:)
Depa masih ada customer. Tapi depa hilang sorang customer yang peramah nih. Hehehehe
Deletekita plak yg jadi serba salah kan kak padahal duit kita..
ReplyDeletesy tak pernah masak paru,makan pun tah la macam tak pernah je sebab tak diajar kot:)
Zie patut cuba sekali. Memang sedap.
DeleteAtaupun, minggu nie beli dengan Yob A, minggu depan dengan Yob B, minggu depan lagi beli peparu dekat Yob Ayam. Hehehehehe.
ReplyDeleteSaya tak pernah masak paru, tapi selalu makan. hehehehe.
Dalam hal ini, saya kena kerap jumpa Yob Ayam la ya. Hehehe
Delete3 Yob tu yg berpecah Azie pulak yg risau. sungguh prihatin
ReplyDeleteSaya tak prihatin pasal bisnes tu, tapi saya tak sampai hati berlaku berat sebelah atau plih kasih. Cewahhhh
Deletekita je yang terasa macam tu. padahal patutnya diorang tu tak boleh nak peduli hape pun. kakpah pun ada rasa serba salah bila beli barang basah di kedai sebelah sini dan bukannya di sebelah sana. Suka hati kita lah kan?
ReplyDeleteSepatutnya peniaga yang jaga hati pelanggan tapi sebaliknya hehehe...
DeleteSebenarnya sepatu begitulah Kak Pah. Hak kita la nak beli kat kedai mana pun kan? Agaknya sebab saya dah selalu sangat melanggan dengan kedai mereka, so macam ada rasa serba salah.
DeleteKak Zai, mereka jaga hati saya elok. Servis bagus. Harga selalu spesel. Siang ikan bersih. Tapi masalah dalaman tu memberikan kesan pula pada pelanggan.
DeleteDalam bisnes, tak kira kecik besar, pasti ada rasa takpuas hati jika berkongsi. Seeloknya buat sendiri sendiri. Sendiri kuli sendiri jadi bos.
ReplyDeleteSaya pun gitu, nak jaga perasaan terpaksa beli tempat lain
ReplyDeleteMujur juga kita masih ada pilihan lain untuk dipilih, kan?
DeleteMemang serba salah bila jadi macam tu. Tetap jugak nak jaga hati depa walaupun sebagai pengguna kita boleh saja kalau beli dari orang lain.
ReplyDeleteTeringin kelempung berempah tu! Teringin!
Yeahh orang Penang dok panggey kelempung, kan? Lama aih dak sebut lagu tuh. Lama tinggai kan kampung.
DeleteMakalu ndak juga, kena buat sendiri la Cik Dinaih oiiii...:)
bila balik tempat ngajar kt sarawak ni, ikan la paling susah nak jumpa...asik2 makan telur, ayam, ikan bilis, sardin, udang kolam, tilapia....
ReplyDelete