Tuesday, January 29, 2013

Santai Petang bersama Azrina al-Hadi...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
29-01-2013


Ahad lalu, saya dan beberapa orang teman blogger mendapat undangan khas untuk berkenalan sambil bersantai minum petang bersama Azrina Al-Hadi. Undangan datang dari teman blogger Dato’ LF, ayahanda Azrina. Kami singgah di Musollah Ehsan, Bangi, selepas majlis kenduri Awatif di Shah Alam.

Azrina sekeluarga yang selama ini bermastautin di Wisconsin, USA (menyambung pelajaran), pulang ke Malaysia bercuti selama 3 minggu. Lalu untuk menyambung ukhwah dan merapat silaturahim yang telah terjalin sebelum ini antara kami ramai teman blogger dengan ibubapanya, suatu majlis ringkas diadakan untuknya.



Berbaju kurung hijau itu ialah Azrina. Saya terlupa hendak bergambar dengan beliau. Leka berbual. Lagipun kami pulang lebih cepat dari kebiasaan. (maklum, gua datang sama wa punya Toklaki maaa...!)


Kami dihidangkan dengan Mee Kari hasil karya Azrina sendiri. Juga ada Lontong, Roti Bom, Puding, Aiskrim, Sambal Tumis Ikan Bilis, Kari Daging (kambing kot... lupa nak tanya).


Saya mampu makan semangkuk ini saja. Sebab kami baru balik dari kenduri, so perut kenyang lagi.




Antara teman blogger yang sempat saya temui. Saya pulang agak awal, jadi masih ramai teman blogger yang hadir kemudian tidak sempat saya temui.

Apapun, terimakasih kepada Dato’ Abdullah sekeluarga, Azrina sekeluarga dan juga teman blogger yang hadir memeriahkan majlis ringkas yang ceria itu.




 ~...setiap kali ada pertemuan pertama dengan mana-mana warga Kampung Separuh Desa, HISYAM jadi bangga menyebut SERI BULAN itu rakan pengiring dan pembantu khas sedang Mak Utih bertukar pandang dengan Pak Utih kerana ingin sekali mendengar sedikit pembetulan bahawa anak mereka nan berdua itu sebenarnya sangat istimewa antara sesama mereka...~




13 comments:

  1. Belim rezeki kakcik nak bertemu dengan anakanda Dato' LF ini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tidak mengapa Kakcik, semua orang memahami komitmen Kakcik pada tarikh tersebut.

      Delete
  2. Ella pun tak dapat datang, kak. Balik Segamat pada haritu, ada hal keluarga.

    ReplyDelete
  3. e'eh. saya nampak muka saya! hehehehe~

    ReplyDelete
  4. Nampak friendly Azrina walau yg hadir teman ibu-bapanya..

    ReplyDelete
  5. Salam,
    Saya sekeluarga hargai kehadiran AA dan sahabat2 blogger yang lain termasuk keluarga yang turut hadir. In shaa Allah, akan datang saya akan menjemput sahabat2 blogger yang lain bagi tujuan mengeratkan lagi ikatan ukhwah kita kerana Allah swt. Salam kpd abangnya

    ReplyDelete
  6. wow semangkuk tu kira banyak jugak pada saya tu, confirm tak abis kalau saya..

    ReplyDelete
  7. wow seronoknya..kalau lah ada rezeki dpt smbung blaja kt obesi..hehe :p

    ReplyDelete
  8. Kenapa Aina lentok cenggitu... Walaupun sekejap tetap best!

    ReplyDelete
  9. Salam AA,

    Roti bom dan sambal tumis, mengancam..

    ReplyDelete
  10. Bagusnya menyambung ukwah dgn anak2 pulak!

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails