السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
15-01-2013
Ahad hari tu, air masuk dengan jayanya dan tiada lagi gangguan setakat ini. Kita harap ini dipanggil krisis air selesai!
Jadi kerana air dah normal, mood masak mula mencanak. Ewahhhh... mentang-mentang ada banyak masa, so macam-macam la plan. Demam pun dah kebah lalu saya pun pergi pasar Pudu semalam pagi.
Kebetulan ikan kembung (kecil) boleh dapat RM4 sahaja per kilo. Saya beli sekilo dan buat laksa. Macam biasa, laksa Kedah, menu dari orang Sarawak. Yang best lagi, kali ini saya gunakan belacan Sabah yang MyKakLong kasi. Kompom la sedap...!
Belacan Sabah. Saya dah malas nak snap gambar laksa, sebab dah selalu sangat.
Resipi dari orang Sarawak. Dah pernah dah saya tulis sebelum ini, tapi saya sendiri malas nak pi cari entri tu. Mungkin ramai jugak malas nak klik ‘sini’ or ‘sini’, lalu saya tulis serba ringkas.
Blend bawang merah, putih, cili kering, cili padi, halia sikit + belacan. Tumis bahan ni sampai pecah minyak. Lagi lama lagi baik. Then masuk la bahan asas lain yang semua orang tahu. Kantan, daun kesum dan asam keping yang wajib tu jangan lupa plak.
Heh heh heh... saya ada banyak masa untuk blogging sekarang ni.
~...ketika Pak Utih ke baruh dengan jala dan pulang dengan raga, Mak Utih segera memesan agar HISYAM dijemput datang kerana ikan baung enak digulai dengan belanga tanah dan SERI BULAN mula rasa tersisih seperti hendak meraung...~
Inilah yg dinamakan Laksa 1Malaysia .... hehehe
ReplyDeleteHidup Rosmah! oopss maksud saya Hidup Azie Azah!!!
Sikit sikit 1Malaysia.
DeleteNanti agama pun jadi 1Malaysia??
Sekarang kenalah panggil laksa 1Malaysia. Kalau sebelum ni mungkin dipanggil Laksa Wawasan atau Laksa Hadari ..... huhu
DeleteWah first time dapat first kat sini
ReplyDeletekembang kempis hidung kejap
(nampak sangat takde kerja huhu)
Takda kerja? Amboiii sama la kita.
DeleteKakcik dah pandai makan laksa Sarawak sejak ada adik ipar dari Kuching... :)
ReplyDeleteLaksa Sarawak guna meehon kan?
Deletekalau ada bunga kantan dlm kuah laksa...memang sy serander !
ReplyDeleteSerander kenapa? Tak tahan nak makan atau memang tak boleh makan?
Deletesedapnya laksa kak.. aduhaiiii~
ReplyDeletemy feberet tuh...
Laksa Kedah makan panas-panas, memang sedap!
Deletenak gambar laksa, takmo gambar belacan... huhu
ReplyDeleteKak Azie orang Sarawak ke???
Sila Google. hehehe. Jarang orang boh gambar belacan dalam blog, so saya boh.
Deletebelacan dan laksa memang x dpt dipisahkan kak ;)
ReplyDeleteAda juga orang buat kuah laksa tak guna belacan, Ieda. Mungkin sebab alahan.
Deletekak rumah munna pun banyak belacan Sabah... adik munna bawa balik dari Sabah bulan lalu
ReplyDeleteBuat Air Asam atau Sambal Belacan cicah ikan bakar memang sedap tuh!
Delete2 hari lepas saya buat laksa lemak ... ooohhhh heaven
ReplyDeleteala tak aci lah kak, mana gambar laksanya..makan petang2 mesti sedap..
ReplyDeleteAci tak aci. Tengok gambar belacan saja la ya. hehehe
Deletemana gambarnya hehe....
ReplyDeleteLain kali la pulak ya...
Deleteikan kembung sekilo RM4, murah tu
ReplyDeleteIkan kembong yang kecil. Setengah orang kata, ikan makanan kucing. Yang besar tu, sekilo RM8.
Deletesaya pun nak nengok gambarnya...saya rasa tak pernah makan lagi laksa kedah ni...
ReplyDeleteLaksa Kedah lebihkurang saja dengan Laksa Penang. Kuah asam.
DeleteMalam tadi orang putrajaya pulak dapat SMS empangan semenyih ada problem.. tengah hari tadi ayaq dah mula slow..
ReplyDeleteMakchaq pagii tadi sarapan laksa penang.. kawan yang masak tu orang Jawa Sijangkang.. orang penang setahun sekali pun tak buat laksa.. tapi setahun banyak kali beli laksa he he
Laaa depa kacau ayaq belah sana pulak? Alahai nasib orang Selangor!
DeleteCamtu rupa belacan Sarawak naa. Ni baru pestaim cek tengok belacan depa :D
ReplyDeleteHahaha dia buat dah soklan luruih bendoi dia tuh?
DeleteBelacan tu nampak halus & lembut teksturnya...mungkin belacan dari Papar, baunya tak begitu menyengat ye Azie...
ReplyDeleteYa Amie. Halus teksturnya. Gebu jer. Bau pun tak busuk, dan betul tak menyengat. Tak pasti la pula dari daerah mana.
DeleteAda orang bubuh, ada orang tak boh. Bawang merah besar tu lagi banyak lagi bagus. Bawang besar tu manis.
ReplyDelete