Sunday, January 13, 2013

Kampung Se‘marah’ Padi: tolong ulang lagi..!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Ahad
13-01-2013


Ahad yang santai. Layan tv adalah sangat best..!

Saya tonton drama Melayu ala-ala P.Ramlee zaman 50-an bertajuk Kampung Se‘marah’ Padi, arahan Melissa Saila, di TV1 pagi tadi. Tak pasti ini ulang-siar kali ke berapa.

Saya tak pasti juga sudah terlepas berapa minit, tapi bila mula tengok dah start dah Sekolah Tahan Marah tuh...!


Ceritanya lebih kurang begini:
Sebuah kampung bernama Kampung Se‘marah’ Padi sekitar tahun 50an yang menyaksikan seluruh penduduknya hidup dalam keadaan marah semarah-marahnya akibat terkena sumpahan seorang gadis bernama Musalmah. Musalmah telah dijatuhkan hukuman mati akibat termakan buah cempedak milik penghulu Siak. Sebelum mati Musalmah telah membuat sumpahan bahawa penghulu Siak serta seluruh penduduk kampung akan menjadi marah selama tujuh keturunan.

Pada suatu hari penduduk kampung telah menyelamatkan Kasim yang terdampar di tepi sungai dan dirawat di rumah penghulu Siak. Kasim menjadi hairan dengan penduduk kampung Se’marah’ Padi, walaupun hati dan perbuatan mereka baik tetapi percakapan mereka sentiasa kasar dan dalam keadaan marah. Oleh kerana terhutang budi kerana telah diselamatkan, Kasim berniat untuk berbakti kepada penduduk kampung Semarah Padi dan mengajar mereka untuk bertutur secara normal dan mengawal kemarahan mereka dengan membuka kelas mengawal kemarahan (anger management).


Yang best drama ni sebab ada banyak lagu-lagu lama. Lagu dendangan Rafeah Buang, Ahmad Jais dan M.Daud Kilau. Malah lagu ‘Seribut’ (Dato’ M. Daud Kilau) menjadi lagu Kelas Tahan Marah di mana sambil bernyanyi pelajar (orang kampung) akan tarik nafas dan senyummm...! Hilang marah.

Walaupun nyanyian duet si hero Kassim (Beto Kusyairy) dan heroin Meriam (Sheera Ayob) hanya miming, tapi macam best jer. Lama dah tak dengar lagu Selasihku Sayang..!


Crook yang buat fitnah ni pun akhirnya kena sumpah jugak...!

Dah la masa kena halau dari kampung oleh Penghulu Siak (Sabri Yunus) kerana fitnah si crook Sudin (Pekin Ibrahim) si Kassim siap berpantun Kajang Pak Malau lagik...! hahahaha


Walaupun ada scene macam tak lojik masa Kassim menyumpah penduduk kampung, siap ada petir kilat segala, tapi takpa saya terima jer. Akhirnya seluruh penduduk kampung menjadi lembut selembut-lembutnya dek sumpahan Kassim. Memang tergelak guling-guling tengok semua termasuk Tok Penghulu jadi sotong...! wakakaka!

Tahniah Melissa Saila...!

*kredit pic: www.budiey.com



~...belum pernah terdengar di cuping capangnya tentang fitnah yang menjalar tetapi HISYAM yakin ia akan menjadi barah juga suatu hari nanti bilamana Pak Utih mula mendengus kala bercerita keluh kesah Pak Imam berjaya kantoikan anak dara sendiri yang menuduh surat berbau bedak itu dari teruna idaman sekampung...~









18 comments:

  1. ulang kat utube, sebab tengok dah tengah2..
    memang keraih perut dok gelak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gelak masa orang kampung pakat semua jadi ‘lembut’!

      Delete
  2. saya baru tahu ada cerita macam tu .. nanti saya cuba tengok kat youtube kerana zakiah kat atas tu kata ada kat sana !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang ada. Kat FB pun ada yang sebut, drama tu ada yang upload kat YouTube. Sila cari Pakngah.

      Delete
  3. Sy Tgk jubk td, Tp sikit2 je. Nnti nk Tgk kat utube lah

    ReplyDelete
  4. Salam

    Hebat AA mengomen, org yg tak tgk drama pun nak tgk!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe... mana yang saya suka tu, saya mula la merapu mengulasnya.

      Delete
  5. Azie ni memang pandai la buat ulasan.. Teruih makchaq rasa nak tengok..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahhh kalu gitu nanti saya mintak kerja jadi wartawan la Makchaq. hahaha

      Delete
  6. best ke cerita tu...xpernah tgk....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pada saya memang best la. Sebab wpun ala ala 50an, tapi ada scene kelakarnya. suasana kampung tepi laut tu pun best gak.

      Delete
  7. Salama kunjung.. Semarang paid..!!! Boleh layannya juga ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalu ada siar ulang lagi, memang saya nak layan lagi.
      Terimakasih, sila masuk, sila.

      Delete
  8. walaupun tak dpt tgok. Sinopsis dari sis dah cukup ta paham dan jelas ..leh jadi pengulas filem la sis nie.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pengulas, sapa pun boleh. Nak jadi pengkritik tu yang tak boleh. ehehehe

      Delete
  9. ala tak tgk..ada Beto tu,ruginya
    ada dlm you tube tak?

    ReplyDelete
  10. jarang tgk tv1..rupanya banyak cerita yg menarik ye..

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails