السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Ahad
13-01-2013
Hari santai. Tapi sudah 2 hari saya demam on-off. Mungkin demam urat. Dok angkut ayaq, membasuh di meter paip. Malam-malam pun membilas. Tiada pilihan. Malas dah nak fikir bila depa bagi balik ayaq nih....
Seorang rakan sekerja yang pergi bercuti ke Johor dan Singapore bulan lalu, belikan saya keropok ini:
Saya tak pasti nama sebenar keropok ini. Tapi kalu tak silap, Keropok Mee Sanggul. Popular di sebelah Johor (Mersing?). Saya tak pernah dengar, jauh sekali nak tengok dan makan sebelum ni.
Saya tak pasti nama sebenar keropok ini. Tapi kalu tak silap, Keropok Mee Sanggul. Popular di sebelah Johor (Mersing?). Saya tak pernah dengar, jauh sekali nak tengok dan makan sebelum ni.
Bila digoreng dalam minyak panas, rupanya sebegitu. Tidak begitu kembang macam keropok biasa. Cadangan mereka, boleh dibuat seperti Mee Berkuah (Cantonese style kot), juga boleh dibuat Sambal or Sambal Kicap ala Johor. Tapi saya tak pandai. Langsung tak reti. Lalu saya goreng saja semua (dibelikannya 1 kilo), simpan dalam balang. Makan sambil layan tv. Rasanya sedap, lemak-lemak. Makan boleh ralit.
Ada orang Johor tahu pasal keropok unik ni?
~...berada di negeri paling selatan selama beberapa tahun, malah mencipta beberapa generasi lalu membuatkan HISYAM terjebak menjadi perintis bukan saintis tetapi apabila dia mampir tiba bersama seorang bernama SERI BULAN tiada siapa pun warga Kampung Separuh Desa ingin mempertikai apa-apa...~
masa dok JOhor time stdy, selalu gak makan... mengunya2 time stdy group.. betullah tu namanya keropok mee sanggul.. memang rangup dan ralit lau dah dapat mngunyah.. kat Johor mmg kaya dgn pelbagai jenis keropok, tempe pun jadi keropok...
ReplyDeleteKak Azie tak pernah dengar. Tengok pun tak pernah. Jarang pun pergi ke Johor, tiada sedara mara pun tinggal di sana. Memang Johor ni banyak perkaran menarik...!
Deleteassalam kak azie..kakak ipar dil(orang pontian) selalu buat sambal tumis ikan bilis atau sambal kicap pekat makan dengan keropok ni..kadang2 dia rebus dan goreng macam mee biasa tu...sedap gak...best2.
ReplyDeleteDil, boleh rebus jugak eh? Ohh kalu gitu, boleh celur dan buat mee berkuah la kan?
DeleteKakcik pernah makan keropok mee sanggul ni. Sedapa juga rasanya. Tapi sekarang gigi kakcik dah kurang! (~_~)
ReplyDeleteBetul Kakcik! Betul sangat. Keropok ni memang sedikit keras, kena gigi kuat untuk mengunyah. Kena patahkan kecil-kecil baru boleh makan. hehehe
DeleteKalau saya panggilnya mi siput kak azie..ni mkn dengan sambal sedap..time sek rendah dulu satu mi ni dengan sambal dijual 20 sen jer.
ReplyDeleteOhhh ya Mee Siput. Makan dengan Sambal? Unik kan? Nanti kalu pegi Johor, Kak Azie nak beli yang kering buat stok utk try macam-macam resipi.
Deletenie kak bila dah digrg makan cicah dgn lada kicap tuu .. perghh ! ... mantopss kak !;)
ReplyDeleteYa ker? Tak reti Kak Azie nak makan dengann Samba Kicap tu...
Deletehaa...meh sini orang Johor veteran jawab, itu namanya mee siput!
ReplyDeletekalau nak goreng ni, pastikan minyak memang betul-betul panas barulah ianya boleh elok kembang semangku, kalau tak - alahaii...
sedap dimakan ngan aneka sambal - selalunya sambal kicap (tumbuk 15 biji cili padi ngan 2-3 ulas bawang putih sampai lumat - masukkan kicap manis secukup cair yg diinginkan, perahkan sebiji limau kasturi, kacau2 sampai dia naik marah dan cicah! wow!!)
makan ngan sambal tumis or sambal kacang/kuah pecal pun ok gak...
ni jajan femes kat kantin sekolah, rasanya seluruh Johor kot...murah tp mengenyangkan...yg untung besor ttp org Cina sbb org Melayu pandai makan jer wakakaka...
Wahh ini sudah bagus. Siap ada resipi lagik! Saya harus cuba, tapi buat masa ni keropok ni dah habis dah. Hahahaha!
DeleteSaya Sebagai orang Johor...mari saya jawab yea...nama dia MEE SIPUT. Cara makan kena goreng. goreng dalam inyak yang betul2 panas...baru dia kembang dan menggerutu. lepas tu nak makan letak sambal tumis atau sambal kicap atas dia...puhhhhhhh sedap.......
ReplyDeleteMee ni tak bukan untuk buat mee berkuah cam wantan mee ke apa....untuk DIGORENG sahaja..hahahaha
Ya, saya goreng dalam minyak yang betul betul panas. Cuma sambal tumis or sambal kicap tu yang saya tak pandai nak makan sekali dgn kopok ni.
DeleteSuatu hari saya kena cuba makan kopok ni dgn sambal kicap ala Johor!
Baru jer tahu kak... tak pernah tengok puunn... mee sanggul tau laa.. :D
ReplyDeletesah kami langsung tatau..kalu bihun goreng buat kropok tu tau lah.
ReplyDeletePCL, bihun goreng buat keropok pun saya taktau, tauu... :)
Deletemcm rupa mi sanggul kat utara..:)
ReplyDeleteMee Sanggul utara macam mana plak eh? Serupa ya? saya tak pasti yang mana.
Deletehe he heh orang Selamgor nak menyampuk ni Azie... cantiklah pulak bila digoreng, timbul biji2 mutiaranya....
ReplyDeleteSaya sudah dipesan kalu goreng, kena minyak panas betul, baru cantik hasilnya.
Deletesaya suka, makan dengan sambal manis baru sedap, ini jajan orang Muor, Johor.
ReplyDeleteWahhh rata-rata orang Johor sukakan jajan niii
DeleteCek nampak macam muruku, heheh.
ReplyDeleteMuruku gemuk, eh?
Deleteni org johor celup nk jawab...2 namanya mee siput....kena goreng dlm minyak panas sgt2 baru ranggup......perlu dimakan dgn sambal tumis......kalau xde gigi jgn cuba2 nk makan....hehehe....
ReplyDelete