السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Senin
28-01-2013
Majlis walimatulurus Nur Awatif anak perempuan MyAbang Long & MyKakLong Ros, berlangsung di Restoren Zam Zam, Oasis 9 (Seksyen 9) Shah Alam semalam, Ahad 27-01-2013.
Ini merupakan anak perempuan ke-4 MyAbang Long, tetapi anak kedua MyKakLong Ros — boleh faham? Pengantin peremuan adalah anak KakLong Ros dengan suami terdahulu (sebelum berkahwin dengan MyAbang Long).
Tema majlis adalah Arabian dan berwarna PURPLE! Restoren Zam Zam adalah restoren makan Arab, dan menu majlis semalam adalah juga makanan Arab.
Di sebelah pelamin ada sekumpulan pemuzik tradisional yang bermain muzik dan lagu-lagu klasik yang merdu.
Salad tu sedap, Filet-o-fish, Ayam Tandoori, Nenas (seperti acar). Nasi Mandi, Ayam Mandi saya tak ambil, sebab muak. Juga ada Kari Kambing, Dalca dan 2,3 jenis menu lagi yang saya tak tahu nama dan saya tidak ambil.
Pemanis mulut, Puding Kastad yang ditabur kismis. Enak juga, tapi tak boleh makan banyak, muak.
Cup cakes pun semuanya purple. Velvet kek katanya. Tapi saya makan secubit saja, sebab saya memang tak minat kek.
Saya malas nak pegi sampai depan pelamin, so saya snap pengantin kat sini saja. Nur Awatif, akauntan.
Saya tak kenal nama pelakun drama ini, tapi ramai orang pergi bergambar dengannya. Beliau kenalan MyAbangLong, menjadi tetamu yang menjadi tumpuan.
Seorang lagi ialah pelakun Mubarak Majid yang juga kawan MyAbang Long, padahal MyAbang Long ni bukan lah orang dunia artis pun.
*Berbaju Melayu ungu adalah MyAbangLong.
Kebetulan malam sebelumnya ada cerekarama ‘Anak Sampah’ di TV3, lalu beliau pun menjadi tumpuan ramai tetamu untuk bergambar. Saya je yang tidak. Hahahaha!
Ini meja kami adik beradik. Padat sendat nak juga berimpun. MyKak Yang yang datang dari kampung. Seorang lagi kakak saya belum sampai. MyBonda pun belum sampai.
Yang menarik di majlis ini ialah, ada 2 orang tuan rumah. MyAbang Long & KakLong Ros, juga bapa kandung Awatif.
~...bukan warna yang diminta sama bukan tona yang diharuskan sedondon, tetapi HISYAM sedia tahu SERI BULAN akan menolak warna kelabu asap kerana pernah lalok tersedut asap semasa merentas bendang kering ketika sekam terasa hangat tetapi api tak nampak di mata...~
pelakon yg pakai bju hijau tu manan sulaiman..dia berlakon dalam drama adam hawa..semoga mereka kekal bahagia sampai ke akhir hayat..aminn
ReplyDeleteOhh nama Manan Sulaiman ni pernah nampak la dalam barisan pelakun drama. Pernah juga tengok dia berlakun dalam drama-drama Astro.
DeleteAzie makan sorang ke puding kastard tu? Larat habiskan? .... huhu
ReplyDeleteItu piring kecik saja la Bang YB. Saya siap tambah lagi sesenduk!
Deletemesti sedap sampai tambah lagi sesenduk
DeletePelakon tu jadi terkenal sebab dia yg kawen dgn D dlm Adam & Hawa. Sebelum ni org tak kenal pun dia ... ngeeee
ReplyDeleteYaaa... saya dengar depa sebut dia jadi lelaki gatal dalam Adam & Hawa. Saya tak dapat tonton pun drama tu, jadi saya tak tahu.
DeleteDia jadi lelaki gatal tapi kaya raya. Untung kalau dapat watak mcm tu. Dapat peluk2 aktres muda ..... huhu
Deletesaya kenal pelakon yang gambo atas tu sebab ikan mee udang holiawwww hohoho!
ReplyDeleteYup! Sebelum dikenali sebagai pelakon drama, dia memang muncul mula-mula di tv sebagai pelakun iklan Mee Udang Holiaw ni la, kan? Hohohoho!
DeleteYang dlm iklan tu Dollah Salleh kan? Bekas pemain bola kebangsaan. Bukan mamat ni
Deleteassalam Azie..acik pun kenal pelakon tu sebab dia ada berlakon dalam adam hawa
ReplyDeleteAda banyak drama dia berlakun, tapi saya rasa drama Adam & Hawa yang betul-betul orang boleh ingat dia...
DeleteAbglong kaya raya ni..buat majlis eksklusif kat zam zam...saya yg marhein ni nakgi mkn kat situ pun seriau mahal...hihihi...nasir bilal khan dtg tak? :)
ReplyDeleteMana ada kaya raya. Dia pencen kerajaan jer.
DeleteNasir Bilal Khan? apa kaitan nya. hehehe
cantiknya pengantin...semoga kekal selamanya..
ReplyDeleteTerimakasih.. Aamiinnn
DeleteSalam...Pelakon baju hijau tu kalau follow cite adam hawa mesti kenal. Husben Anzalna dlm adam hawa tu. hehehehe.. kalau iklan Mee segera tu ada dia sebut..betul2 ho liauu!
ReplyDeleteKan? Betul betul ho liauu...!!
Deletetema arab nye tang mknan je kot? tgk pakaian pengantin tema melayu gak..hehee :p
ReplyDeleteselamat pengantin baru awatif (sedap nama) :)
Pengantin bersanding pakaian moden. Yang tema Melayu, tuan rumah majlis. :)
Deletenmpak lauk2 sedap.lain dari yang lain. lauk2 kenduri di Perlis ni, balik2 yg tu jugak..
ReplyDeleteTapi kenuri di Perlih ada Gulai Rebung, ada lauk umbut la...
Deletesalam azie. ~...bukan warna yang diminta sama bukan tona yang diharuskan sedondon,~ tp se iiya sekata jiwa dan raga =)
ReplyDelete..sebenarnya lebih dari itu.
Deletepelakon tu yg berlakon citer adam dan hawa tu le. meriahkan kak. seronoknya
ReplyDeleteAhaa... dia berlakun banyak drama, tapi yg drama Adam & Hawa tu juga yang menjadi sebutan.
Deletewah makanan arab lagi..lain dari yg lain
ReplyDeleteglemer juga abglong akak di kalangan artis eh...
Dia tak glamer. Depa tu kenalan biasa dan juga jiran saja.
Deletecantik la pelamin anak buah akak. hehe. nice. lauk pun cam best je. hehe
ReplyDeletePelamin cantik dalam dewan yang indah oleh lampu lampu yang juga cantik.
Deletebebudak skrg ni mmg nak bertema kak....
ReplyDeleteSebagai kenangan di hari tua. Maklum cuma sekali dalam hidup. Dan lagi jika ada banyak bajet, tentulah takda masalah...
Deletecantik pelamin.. mase kenduri macam ni la kite nak berkumpul satu keluarge..
ReplyDeleteTapi kerana kenduri tidak dibuat gotong royong, masa berhimpun juga sangat terhad. Masing-masing datang time makan saja...
Delete