السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Ahad
20-01-2013
Mula-mula saya pun tak tahu apa punca, apa cerita. So Google, baca kisah. Yang lebihkurang begini:
- Yuna pilih penyanyi lama Uji Rashid untuk bawakan lagu Terukir Di Bintang untuk Juara Lagu 27 yang lalu. Tetapi semasa sesi latihan beberapa kali, pihak penganjur mendapati kesihatan Uji Rashid tidak memberangsangkan.
- Lalu Aizat dipilih menggantikan Uji Rashid (patutlah ada interbiu sebut, Aizat dipilih di saat akhir – 2,3 hari sebelum AJL rasanya).
- Timbullah banyak cerita ketidakpuasan hati di beberapa ruangan media. Banyak yang saya tengok dari diri Uji Rashid sendiri.
- Saya tonton sendiri, Uji Rashid bercakap dalam program apa ntah di TV1 (dia memang lemah lembut cakapnya) yang lebih kurang begini: “Suatu hari nanti Aizat dan Yuna sendiri mungkin akan kena macam saya kena. Biarlah mereka jawab. Jangan melatah. Saya tak melatah”. > tak melatah??
- Saya tonton di Melodi TV3 hari ini. Pengurus Yuna sendiri bercakap memohon maaf jika perkara itu menyinggung perasaan Uji (yang ditulis turut merasa terhina??).
- Dan yang lebih PUAS HATI saya lagi adalah sebab:
Sdr Ramli MS, orang profesional dalam bidang muzik memberikan penerangan yang sangat profesional tentang kenapa Uji Rashid terpaksa diganti orang lain. “Bukan disingkir, tetapi digantikan,” tegasnya. Memang beza ayat tu.
Antara yang saya faham: suaranya (Uji) tidak mampu mencapai tone tertentu yang dikehendaki oleh muzik lagu itu. “Amat mustahil” kata Ramli. Lalu tiada pilihan selain menggantikan dengan orang lain yang lebih layak. Demi kebaikan semua pihak. Hasilnya? Lagu itu menang, kan?
Atau kerana lagu itu menang, lalu tidak puas hati? Kalu lagu itu kalah... adakah akan timbul kontroversi sebegini?
Artis oh artis...
Kadang-kadang bila kita semakin tua, kita mudah sentap dan sensitif tidak bertempat kan? Begitulah kelemahan kita sebagai manusia.
~...bila Mak Utih ada ketika jalan hentak kaki sedikit kuat dari biasa, SERI BULAN segera ingin memanggil HISYAM datang untuk memujuk Pak Utih menenangkan keadaan kerana bimbang nanti malam semua orang kena makan nasi sejuk...~
Sy pun Tgk dlm melodi td.
ReplyDeletekak azie...kdg2 bukan org yg dah senja aje yg over sensitif.
ReplyDeleteyg muda pun apa kurangnya...cuma mungkin lebih sinonim dengan tak boleh dijentik sikit. mula la nak melenting.
apa pun...pandai2 la masing2 bwk diri kan?
em btol ble menang ade je kontroversi..
ReplyDeleteakak rasa akak pun dah hampir dengan tempat Uji sekarang...
ReplyDeletetaktau la bila berdepan ngan soal2 sensitif nanti, boleh handle ngan baik ker tak....kan? dah siap pesan kat anak2, kalau mama terover sensitif , tegur la...tp anak2 pulak jawab, takut2 bila ditegur makin memburukkan keadaan, maklum namanya pun dh sensitif, kan?
hehe
kalau panjang umur, setiap dari kita akan lalui fasa yang sama...kan sis?
Dah masuk usia senja nih sensetif byk menguasai diri..hope saya tidak sebegitu...maafkan Uji tuh kalau dia terlalai ckp agaknya...hihihi tp pgurus Yuna dh ckp dlm Melodi...paham dah semuanya...
ReplyDeleteRasanya yang tak tua pun ada yang lebih sensitif, cuma kebetulan yang terkena itu orang yang lebih tua...
ReplyDeleteAzie
ReplyDeletePada pendapat I, malam tu Aizat nyanyi lagu Yuna tak sedap langsong, tawar hebeh. Patutlah pun sebab dia hanya berlatih dua hari. Review dari sokabar kata 'nyanyian Aizat doesnt do justice to the song'.. I setuju (walhal lagu2 Aizat yg dia sendiri nyanyi memang sangat sedap pada pendengaran I).
Dah tertulis rezeki Yuna & Aizat, menang juga lagu tu (sbb lagu asalnya mmg sedap). Caner kalau tak menang? Anyway, tentang Uji, I rasa dia pun rasional orangnya. Harus ada pihak yg tak buat kerja cara profesional tuuu.... Sekian.
Uji tu sebaya akak ni...Orang dah tua mcm akak ni sensitif tau. ...symtom pre menopouse kot?
ReplyDeleteJujurnya saya rasa Uji memang patut rasa sensitif. Tapi ntahlah dalam dunia hiburan ni macam-macam..
ReplyDeleteSekurang2nya, Uji Rashid adalah pilihan pertama. Dia sepatutnya berbangga kerana Yuna memilih dia walaupun sebenarnya kemampuannya tidak mencukupi untuk lagu itu.
ReplyDeleteAssalamualaikum,
ReplyDeletesejak tua 2-3 hari ni, saya pun dah pandai sensitip hu huhu
Sy pun mula2 tak tahu lgsung benda ni..bila tnya suami dia bolehh explain a to z..wah hebat!kalah bini
ReplyDelete