السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Ahad
27-01-2013
Selepas balik dari kenduri tahlil di rumah MyAbang Ipar, saya keluar lagi sebelah petang. Menemankan Dak AMOI nak cari sepasang baju kurung. Hajat dia nak survey Jalan TAR.
Sebenarnya saya kurang gemar Jalan TAR. Entah bila kali akhir saya pegi sana, tak ingat. 5 tahun dulu? 6 tahun?
Kerana pergi seawal 4 petang, belum sesak padat, tapi boleh tahan jugak ramai orang. Kebetulan dikatakan Sogo ada sales. Oh tak sanggup nak jalan sampai sana.
Beratur beli Vanilla Shake. Van gerai FAMA. Servis bagus, laju cepat. Tapi rasa sedikit kurenggg...!
Singgah di kedai seorang kawan lama, tapi kedua pasangan suami isteri tokey BAWAL ni tiada di kedai pula. Hanya pembantu saja. Dulu cuma lot kecil dalam Aked, kini sudah berjaya ada satu lot luas di tingkat atas.
Belinya tak seberapa, perginya cuma sejam dua tapi kaki penat macam jalan berbatu-batu. Orang tua macam saya, memang camtu. Bebudak berdua ni jer yang steady!
~...saat bermulanya wayang pacak di tengah sawah, HISYAM sudah memasang angan untuk membentang tikar mengkuang untuk melunjur kaki bertongkat tangan sambil berborak santai bersama SERI BULAN sedang Mak Utih menjadi peneman mengoyak kulit kacang...~
sye pun gi sana semlm, sesak...
ReplyDeleteBukanker Azie suka restoren kat Jln TAR tu...
ReplyDeletetak singgah semalam?
Tidak Kak. Sampai tang aked, tembus ke jalan belakang... hala ke Masjid India semula... then balik.
Deletearitu cuti sekolah, saya pegi kl, singgah jalan tar, beli baju kurung sehelai rm50, memang sedap pakai, rugi tak beli 2 helai...hehehehe
ReplyDeleteSama la i pun lama tak p sana...kaki tak larat nk jln2 lg dahh..hehe
ReplyDeleteLma dah x pgi smnjk pndah n9 ni....kdang trun kl pun x pgi gak sbb asben x suka g sana.,...sesak ktanya....huhuu...l
ReplyDeleteDapat tak baju kurung yg dicari oleh Dak AMOI tu?
ReplyDeleteNampak dalam gambar tu taklah ramai sangat mcm nak raya. Masa tu berhimpit2 dan bersenggol2an. Kurus pahala puasa .... huhu
Dapat sepasang saja, bang.
Deleteorg dok utara ni excited kalau dapat pi jalan TAR..he he
ReplyDeleteakak pun jenis malas nak menapak jauh2, Azie..
ReplyDeletepernah cakap kat anak, "mama kalau boleh nak keluar pintu rumah terus masuk kereta, turun kereta terus masuk pasaraya, keluar pasaraya terus masuk kereta balik dan keluar dari kereta terus masuk pintu rumah semula, takyah jalan2 jauh2, boleh tak?" hahaha
ada tak org camtu Azie?
Tak sampai lagi ke jalan TAR tu tapi kalau ke sana mau seharian sy ukur jln tu hehe..
ReplyDeletekak AA,
ReplyDeletedepa pun nanti jadi lagu Mak jugak laa.. sakit kaki bila jalan lama-lama..
fuh..mmg penat la kak jalan kat jalan tar nih..
ReplyDeletetapi disebabkan seronok tgk tudung2 yg beraneka tu tak terasa penat dia..tapi bila balik umah..baru terasa sakit