السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Senin
14-01-2013
Poligami. Kena MADU. Apapun istilah panggilan, ianya sama saja. Diduakan. Suami ada isteri lagi (or lagi dan lagi).
Apa sahaja sebab dan alasan yang menyebabkan si suami kahwin lagi satu (dan lagi) itu hanya penyebab sahaja, selebihnya adalah takdir yang sudah ditentukan.
Tentulah ada banyak sebabnya, kan? Antara yang saya dok tengok dan perati (pendapat peribadi):
- bini pertama sakit — samada sakit fizikal, mental, atau sakit macam orang sakit jiwa selalu meroyan itu tak kena ini tak kena. Demanding dan kuat bebel pun dikira satu penyakit juga.
- bini pertama banyak songeh lagi cerewet — terutama kalu dia jenis anak manja semua kehendak nak dapat dan semua kerja nak perfect. Tak boleh silap sikit.
- wanita yang berkira — dengan mak mertua ipar duai lamai bukan main berkira lagi. Tiap kali sedara sebelah suami dia datang bertandang, layan tak layan. Makan-minum pun berkira siap bersukat-catu. Buah dalam peti sejuk pun siap kira, takut ter‘hilang’ sebijik!
- tiap kali balik kampung sebelah suami, bini ni berlagak diva tak boleh kena nyamuk tak boleh basuh pinggan, tak reti makan makanan kampung
- bila ada benda tak puas hati dengan suami, selalu tepon mak mertua salahkan orang tua tu konon tak reti didik anak (part ni rasa nak bagi penampar jerrr!)
- bila time susah, nak pembantu asyik soh cari orang kampung tapi asyik bertukar sebab cerewet tak ketahwuan, lalu orang yang dok rekmen jadi malu.
Kesimpulannya, jenis pompuan/bini macam ni memang patut kena MADU, biar dia sedar ada wanita lain boleh jadi bini lebih baik dari dia untuk suami dia. Lagipun kalu dah suami tu sangat mampu.
Hehehehe sebab itu, bila tahu suami dia kahwin senyap-senyap, habis semua adik-beradik pakat sengih, senyum, pastu gelak...!
Hehehehe sebab itu, bila tahu suami dia kahwin senyap-senyap, habis semua adik-beradik pakat sengih, senyum, pastu gelak...!
Beg telekung dan FM dari China. Cenderahati dari kawan yang baru balik dari bercuti ke sana bulan lalu. Buat saya teringin nak pegi, sebab saya tingin juga nak naik Great Wall tu.
~...pernah HISYAM sebut seandainya ada perpisahan yang panjang, usah diragu janji yang pernah dikait di hujung kelingking kerana dia mahu orang luar akhirnya percaya juga SERI BULAN dan HISYAM pasti akan berganding bersama kalalupun tidak lagi larat bersanding...~
bab MADU tu xnak komen'tp beg akak tu sebijik cam saya punya..pun dapat dari kawan cuti2 ke beijing
ReplyDeleteKak Azie dah ada 3 beg yang sebegitu. Semuanya best sebab sesuai dijadikan beg telekung.
Deletesalam kak azie..
ReplyDeleteitulah.. bila dah asyik buat perangai sangat mmg yang mendengar berita mcm tu jadi hilang simpati.. minta dijauhkan berperangai tak semenggah mcm tu..
Kadang kita rasa orang sebegitu, jenis tak reti bersyukur dan tak redha. hehehe
DeleteMadu di tangan kananmu....
ReplyDeleteTangan kiri kena pegang racun ker? hehehe
DeleteSOKONG!!!!
ReplyDeletengeeee
Penyokong nombor satu!
DeleteSiapa lagi yg nak sokong kalau bukan lelaki .... hehehe
DeleteAmboiii... memang saya setuju bab sokong menyokong nih. Tapi saya pun sokong jugak.
Deletemadu lebah...suka..!! madu lagi satu..kalau boleh tak mau le hehe
ReplyDeleteKena la jadi isteri yang lebih baik mulai dari hari ini, ye dak?
Deletetapi tu la kak~~saya sanggup je nak bagi madu tapi bini taknak acane?
ReplyDeleteBetul ker sanggup?
DeleteSengihhh...
ReplyDeletesalam sis
ReplyDeleteKadang tu berat mata memandang berat lg bahu yg memikulkan..nak dpt payung emas tu.payah sbnarnya melainkn bg mereka yg btul2 memahami,
Tu pun satu cabang ujian dan dugaan juga tu. Bukan semua orang buat dengan ikhlas hati pun.
Deletehehehehehe.. baru kelmarin anak sy tanya, kenapa lelaki suka kahwin banyak????
ReplyDeleteSuka lain. Terpaksa lain. Kena paksa pun lain.
Deletejum kita pegi China.. hehehehe..
ReplyDeletealahai akak.. lelaki kan boleh kawen 4..
kalo takde ciri2 kat atas pon, selagi ada kuota nak tambah bini, ada je laki yg redah g kawen lagi.. hurmmm~
Yang jenis redah tu jenis berani mati kata orang.
DeleteAhaaa jom kita pi China!
Apa pun alasan suami kena tanggung sebab itu tanggungjawab dia mendidik isteri yg kurang. Heee... takut kakak walau suami pun pinjaman semata-mata di dunia kan.. kan....
ReplyDeleteAhaaa... ada suami kahwin lagi sebab nak balas dendam. Parahh
Deletesetuju kak !
ReplyDeletesemoga yg terpaksa dimadu disebabkan sakit .. bersabar
kerana ada gajaran besar dari allah yg x pernah kita jangkakan ...
Adalah hikmahnya tuuu. Lambat atau cepat saja.
DeleteNo komen...
ReplyDeleteSbb akak masuk dlm kategori pertama... Sakit....
Tp blm relaberkongsi segalanya...
Allahuakbar... jauh menyimpang dari niat saya untuk menuju kepada sesiapa apa lagi yang sakit. Maafkan saya jika Akak terasa pula.
Deletemujur kena madu jer...kalo kena cerai...waaaa,,,,
ReplyDeleteItu pun dah cukup bagus.
Deleteisu ni sgt sensitif. walau apa pun back to basic lah kot. Sentisa lah berdoa kepada Allah agar mengurniakan yang terbaik buat kehidupan kita. Wallahualam...
ReplyDeleteKadang tu ada orang tak ingat, terlupa akan ketentuan.
DeleteNih tak boleh komen lebih2 nanti balik kat diri sendiri pulak...hahhaaaa...
ReplyDeleteJODOH kan RAHSIA Allah.
Kalau kita baik dengan mertua, ipar duai, lamai insyaallah sekurang2nya mereka akan menyokong kita dalam apa juga keadaan.
Sebab rahsia la kita kena bersedia dan berhati-hati. Cuba yang terbaik. Apapun jangan diambil mudah layan kepada keluarga mertua.
DeleteAoiyai kak. Sy kena muhasabah diri. Takut terlajak jdk mcm senarai yg akak tulis dlm entri ni. Seram oh!
ReplyDeleteKalu kita ikhlas jujur, takda apa pun nak bimbang.
Deleteadoihh tajuk kontobesi! takut lah sy..xmo cenggitu. sy nak jaga dia sorg2 je...heheheheheeheheheheheheeeee
ReplyDeleteAda kes: yang semakin dia cuba elak, itu yang ditakdir untuk nya. Bila kena camtu, kena la terima dengan redha, ya tak?
Deletesangat setuju entry kak azie ni..perkara ni betul2 happen kat family saya...one of my auntie jadi isteri kedua. isteri pertama org tu macam yg kat atas ni lah situasi nya...
ReplyDeleteKadang-kadang depa tu yang tak muhasabah diri.
Deletekalau tak ada sebab2 yang dinyatakan itu tapi suami nak juga kawin lagi, anggaplah ia sebagai nasib atau takdir !
ReplyDeleteKalu mampu dan yakin boleh adil, persilakan lah. Takda masalah aih...
Deletesetuju dgn kak Azie. Hihihi.
ReplyDeletePart mana tu yang setuju? Part janji berkait kelingking itu kah? hehehehe
Deletemadu wlaupun manis..kepahitannya tetap ada...
ReplyDeletecantiknya beg......
Kadang-kadang tak bermadu pun banyak jugak pahitnya. Habuan masing-masing.
DeleteEmmm... itu kalau ada dalam list macam ok jer laa kalau di madu.. kalau tak plak camner tu kak.. :D
ReplyDeleteDah takdir dan tersurat. Redha saja la. Boleh gitu Kak?
Deletehaiii citer madu hari ni ...
ReplyDeleteHari ini jer.. hehehe
DeleteAssalamualaikum Azie
ReplyDeletesaya setuju...tapi tak mampu...peluang pun tak ada...he he
Kalu dah tak mampu, jangan buat pasal, ye dak?
Deletekalau suami tu berkahwin lain adakah ianya salah siapa kak???salah suami,salah isteri atau salah yang ketiga????
ReplyDeleteMasing-masing ada salah sendiri...
Deletejadinya kak???apa yg perlu dibuat kalau kesemua bersalah???
ReplyDelete