Monday, January 28, 2013

Cempuling Klasik: saya baru tahu...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Senin
28-01-2013


Saya sengaja membuat entri khas tentang kumpulan sedondon merah ini. Kumpulan ini menjadi kumpulan muzik tradisional yang dijemput khas di majlis walimatulurus Awatif, seperti dalam entri sebelum ini.


Pengacara majlis menyebut nama kumpulan ini Kumpulan Cempuling Klasik.

Saya Google tentang cempuling klasik ini dan membaca banyak maklumat tentang kumpulan muzik tradisional ini berasal dari orang keturunan Jawa. Malah ini menjadi salah satu warisan kesenian Jawa yang masih (dan semakin) popular di majlis-majlis terutama perkahwinan.

Oh saya baru tahu...

Dari mula kami sampai di dewan Restoren Zam Zam ini, lagu dari mereka tidak putus langsung malah sangat segar di telinga. Saya suka sebab saya gemar muzik lama, lagu lama yang malar segar dan mengasyikkan. Apatah lagi didendangkan secara live begitu. Berkali-kali saya sengaja lalu lalang dekat situ untuk melihat lebih jelas (dan snap pic la tentunya).

Pengacara memperkenalkan mereka ini dari Sepang, Selangor (tetapi dari Google, saya baca banyak kumpulan seumpama ini dari Tanjong Karang, Sg Sireh, Sungai Besar...). Malah beberapa orang pemain muzik dalam kumpulan ini hampir semuanya bermula dengan ‘Wak’.

Lagu-lagu kebanyakannya berirama lembut, lagu dari zaman P.Ramlee, zaman Sudirman, lagu yang bersesuaian dengan tema pengantin, lagu Ayam Den Lapeh pun ada... lagu duet dengan Saloma pun ada, lagu Rafeah Buang, Ahmad Jais.... malahan lagi Hindustan “Mann” pun ada...!

Oh saya suka...!


Saya kagum kerana penyanyi wanita itu masih muda, tetapi boleh membawakan lagu retro, lagu klasik dengan baik sekali. Cuma part lagu Hindustan tu saya rasa lenggok dia kurang menjadi. Maklum hafal lirik agaknya... atau mungkin juga baca lirik di depan tu.

Yang pasti tetamu sangat terhibur dan majlis menjadi meriah sekali.

Dan sedikit kesal pula, saya lupa meminta namecard kumpulan ini ketika pengacara majlis ada menyebut beberapa maklumat dan mempromosi kumpulan Cempuling Klasik ini.





 ~...wayang pacak dilihat sebagai acara tradisi yang menjadi rebutan dan sebutan ramai warga Kampung Separuh Desa, tetapi HISYAM menyebut acara itu sebagai acara klasik yang mengusik jiwa kerana setiap kali duduk berlunjur di atas bendang yang keras merekah dia turut merasa betapa kerasnya hati SERI BULAN tidak mahu ikut berduaan ke Tenggara...~




17 comments:

  1. muzik lma mmg sdp dgr, sdp lg tgh jamu selera pulak tu hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang asyik betul Kak Maiyah. Boleh ralit sambil menjamah menu yang sedap pulak tu.

      Delete
  2. Azie... Amie ni anak jati Selangor, keturunan Jawa tapi tak tahu pula ada cempuling, malah nama cempuling pun baru kali ini dengar dari blog Azie (buat muka tak malu nih), terima kasih banyak ye Azie kerana kongsi info tentang muzik klasik Jawa ni...

    ReplyDelete
  3. saya kt kepala batas jitra.bju boleh pos.ni no sy 0125677630

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terimakasih PB. Jika Kak Azie berhasrat nanti, insyaAllah Kak Azie contact. Thanks again.

      Delete
  4. Azie, awak yg muda pun minat lagu lama, saya ni kalau ada peluang msti buka klasik nasional mlm lpas isya ada lagu2 lama.zaman mak saya pun ada.smpai anak2 dok geleng kepala, apala mak dok dengar lagu2 mcm tu.lagu lama main masa knduri kawin mendayu2 sedap kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pembetulan Kak Inda. Saya bukan muda lagi, saya lahir tahun 60-an tau.

      Memang, saya kalu dengar lagu lama ni, sampai goyang kepala dibuatnya. Malah beberapa lagu zaman saya dulu saya masih ingat lirik, malah masih boleh ikut bernyanyi. Cara kita laaa...
      Memang lagu mendayu, lemak merdu lembut di majlis kahwin, rasa seronok sangat!

      Delete
  5. sesuai majlis..


    sy x suka lagu rancak2 ms majlis.. rimas.. kadangkala y amik deejay lagi la menyeksa.... lagu entah apa2....yang lagu putus cinta pun diperdengarkan.... x suka betul

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zonaku, saya setuju ngan saudara. Selalunya majlis2 kenduri kawin sekarang ini 'dicabuli' dgn geng2 gila microphone yg syok sendiri nyanyi lagu putus cinta bagai. Sedangkn sepatutnya tetamu2 meraikn pengantin dgn lagu2 ceria dan nasihat2 berguna..

      Delete
    2. Memang ada majlis kahwin, ada deejay yang suara rock bercakap pun terpekik macam konon buat konsert pulak. Lagu pun yang ‘keras’ belaka. Kadang tu kita nak makan bawah khemah yang panas tu pun rasa rimas dan nak tercekik.

      Delete
    3. Masih ingat pasal YouTube makcik yang berkaraoke pastu nari dangdut goyang sakan tuh?

      Tu kat majlis kenduri la tuh. Merosakkan majlis betul...!

      Delete
  6. dulu anak2 akak mengeluh kalau akak buka Nasional Klasik dalam kereta tp sekarang memasing senyap jer, bila akak toleh belakang meamsing kemain manis senyumnya, akak ingatkan depa dah minat sama, rupa2nya kat telinga masing2 dah bersumbat ngan (apa nama tu?)...memasing dgr lagi kesukaan memasing...heheh

    akak mmg tak berkenan ngan lagu2 yg dimainkan sekuat2 tidak, macam la kita pi majlis org yg takleh dengar..nak jawab pertanyaan kawan pun tersiksa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang kat telinga tu earphone Ipad le kot..
      Saya sendiri di tempat kerja, saya pasang siaran Sinar.fm. Lagu lama, retro dan yang berirama lembut sedap di telinga.

      Delete
  7. lagulagu lame elok dimainkan mase kenduri kawen.. teringat nostalgia dulu bagi org2 yang da berumur.. macam saye pon suke dengar muzik yg soft.. tak suke yang jeavy.. sakit kepale kak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasanya time makan memang kita lebih nak lagu yang santai dan relax saja kan...

      Delete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails