Monday, January 24, 2011

Gemilang: Bila Kemiskinan Membunuh Kemanusiaan...

Siri pertama Gemilang ini baru bermula tadi. Aku tertarik kerana, pertama kerana melihat adanya pelakun teater yang hebat Azhan Rani. Aku mula baca tentang dia sejak teater arahan Erma Fatima (teater muzikal ANTARA sempena Maaf Hijrah) bilamana Azhan membawa watak syaitan/iblis di pentas teater dan mendapat pujian.


Sejak itu aku sentiasa “mengawasi” mana drama yang ada dia, pasti nak cuba tengok jugak-jugak. Serba boleh malah macam tak percaya bila dia yang wajah serius tiba-tiba jadi Pak Abu yang kelakar, lurus bendul dan kerek dalam siri Geng Surau!

Drama Gemilang tadi memaparkan keluarga Ali (Azhan Rani) seorang ayah yang ada 3 orang anak lelaki dan seorang anak perempuan. Isterinya meninggal ketika melahirkan anak ke 5 yang juga meninggal. Kemiskinan keluarga penoreh getah ini memang ketara sekali, dengan rumah yang tak seperti rumah, daif dan anak-anak sekecil usia sulung baru kira-kira 11 tahun dan si bongsu perempuan Miah baru sekitar 2 tahun makan nasi dengan ikan kering sahaja.

Ali semakin tertekan selepas isterinya meninggal dan sebagai seorang ayah yang cuba menjadi ayah yang baik untuk anak-anaknya, sentiasa merasa bersalah kerana merasa dia menutup peluang untuk anak-anaknya menikmati kehidupan dan masa depan yang lebih baik.

Bila si sulung (LAH) yang bijak di sekolah terpaksa berhenti selepas ibu meninggal, guru sekolahnya cuba memujuk agar dia menyambung pelajaran tetapi Lah lebih senang menjaga adik-adik dan membantu ayah di kebun getah.

Sehingga ke satu tahap, si ayah tidak lagi dapat menahan melihat anak-anak yang dibimbangi bakal mewarisi kemiskinannya, lalu keluarga angkat dicari utk menjaga 3 anaknya.

Ketika inilah Lah benar-benar kecewa kerana tidak sanggup berpisah dengan adik-adik yang sangat disayangi.

“Lah sanggup jaga adik-adik yah..” Lah berkali-kali merayu agar mereka tidak dipisahkan.

Permulaan drama yang agak kurang dialog, tetapi melihat riak wajah Ali, si ayah yang menyimpan derita di dalam hati dan dada lepernya, memang kemiskinan akan lebih menderitakannya selepas isteri meninggal.

Sehingga Lah bertanya, “Ayah, Lah ni menyusahkan ayah, kah?” — masa ni memang kuar air mata youuuu....

Ayahnya pernah berkata, “Ayah bersalah pada korang kerana tidak dapat menjaga korang dengan baik.”

“Ayah tiada harta, tak ada nama, tak ada jasa untuk diingat orang. Hari ini mati, esok sudah dilupakan orang.”

“Jadilah orang berjasa yang mati meninggalkan nama.”

Tetapi pemikiran budak seusia 12 tahun (mungkin) tidak upaya menjangkau apa yang akan berlaku, lalu bila 3 orang adiknya dibawa pergi oleh keluarga angkat masing-masing, Lah tersangat marah.

Sayu bila melihat dia menumbuk-numbuk tanah apabila gagal merayu ayah agar adik tidak diambil orang. Malah dia melutut mencium kaki ayahnya agar mereka tidak dipisahkan. Apalah yang terdaya dilakukan? You tell me laarrr...!

Lalu aku melihat kemiskinan membunuh kemanusiaan, kemiskinan boleh membuatkan seseorang tidak dapat berfikir dengan terbaik lalu menyerahkan anak kepada keluarga yang lebih sempurna adalah sebaik-baik jalan keluar.

Dan seorang anak lelaki sulung bernama Lah ini (Saifullah) tidak upaya menolak bila gurunya mengambilnya sebagai anak angkat setelah ayahnya meninggal dunia kerana dilanggar kereta.

Selepas ini, siri pasti bersambung (actually konsep awal adalah flashback Lah...) dengan keadaan semasa, tapi pastilah akan menjadi biasa seperti drama yang biasa kita lihat.

Siri yang awal ini lebih menarik, gambaran pada tahun 1960-an mungkin dan pemilihan watak memang sesuai. Ada Dato’ Jalaludin Hassan dan Azhan Rani adalah watak paling tepat kerana dia memang “berwajah” 60-an! Melihat dia sering mengingatkan aku kepada pelakun lama seperti arwah Hussein Abu Hassan.


Kerana siri ini baru saja bermula, aku tak fikir kemiskinan itu yang menjadi intipati cerita keseluruhan, tetapi kemiskinan itulah yang memulakan segala perubahan. Kerana kemiskinanlah, mereka adik-beradik terpaksa dipisahkan.



Tema drama ini adalah perjuangan guru muda untuk membela nasib golongan pelajar yang terpinggir dengan menubuhkan sekolah swasta yang pertama (Insititut Gemilang) di kawasan pedalaman pada tahun 1977.

Rupanya drama ini arahan Dr Kabir Bhatia.


~...kerana kemiskinanlah yang ingin dipinggirkan, kerana penderitaanlah yang ingin diusir pergi makanya HISYAM tidak pernah membantah kerana menjadi penghuni Kampung Separuh Desa, asal saja SERI BULAN ikut berperahu bersama ke sana tanpa rungutan, andai cakap banyak pasti ditolak ke tohor sungai...!~











38 comments:

  1. salam..akk minat drama melayu erk..heeh x sangka berjumpa jgk dgn org yg minat filem melayu..wahh saya memg minat drama ke filem ke melayu sampai kawan2 pggil saya queen of malay drama..hehhe

    ReplyDelete
  2. Mardhatillah:
    Minat di sini bergantung kepada beberapa faktor.
    Kak Azie adakala minat bila nampak pelakonnya, kadang2 tak tengok bila tema drama tu mengarut...

    Menjadi seronok layan bila yang komedi nampak sesuai di jiwa seorang makcik..

    Selesa nak tonton sampai habis jika mesej dan tema berbeza dan best.

    tak tengok drama Inggeris, sebab tak faham....!

    ReplyDelete
  3. Azie..drama ni kat tv apa ye..ida ni kdg2 tk ikuti sgt tp bila pelakonnya best mcm Azhan Rani dan Shaz Jazle yg berbakat ni dan jalan citernya pun best..memang ida akan ikut sampai habis..

    ReplyDelete
  4. orang sekarang tidak ramai yang mempunyai pemikiran seperti itu..
    mereka hanya mengharap bantuan datang bergolek tanpa perlu memerlukan pengorbanan..
    harap cerita sebegini, mencelikkan mata yang terlena..

    ReplyDelete
  5. Yey!baru nak baut entri pasal drama ni..Akk dah buat dulu..tumpang komen..Sebab first episod dah nampak cerita gemilang mampu pergi jauh...

    ReplyDelete
  6. Yey!baru nak baut entri pasal drama ni..Akk dah buat dulu..tumpang komen..Sebab first episod dah nampak cerita gemilang mampu pergi jauh...

    ReplyDelete
  7. Yey!baru nak baut entri pasal drama ni..Akk dah buat dulu..tumpang komen..Sebab first episod dah nampak cerita gemilang mampu pergi jauh...

    ReplyDelete
  8. Yey!baru nak baut entri pasal drama ni..Akk dah buat dulu..tumpang komen..Sebab first episod dah nampak cerita gemilang mampu pergi jauh...

    ReplyDelete
  9. Yey!baru nak baut entri pasal drama ni..Akk dah buat dulu..tumpang komen..Sebab first episod dah nampak cerita gemilang mampu pergi jauh...

    ReplyDelete
  10. IDA:
    Kat poster tu ada tulis...:)


    DR ZILA:
    Ya, jauh beza dengan orang sekarang yang manja dan asyik nak harapkan bantuan dan subsidi saja...

    ReplyDelete
  11. NURLAILATUL:
    Susah kita nak tengok drama berlatar belakang perjuangan dan juga ladang getah sebegitu. Itu yang best!

    ReplyDelete
  12. rugi lak tak tgk tadi..sebab dok blogwalking dan mkn2. ok next time leh take note kot..kalau citer tak mengarut saya tgk.. malay drama kalau pompuan tdo pakai maskara mmg hangin tau..

    ReplyDelete
  13. aisey.. rugi tak tengok.. sebab tersembam depan laptop.. ZzZz.. ni baru jaga.. huhu..

    * tengok kat TONTON je la nampaknya..

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum..
    Azie nanti update le kesinambungan citer ni. Rasanya memang tak berkesempatan menonton sebab waktu siaran adalah sama dengan waktu saya perlu membibikkan diri.

    ReplyDelete
  15. ERI-CHAN:
    Sama la kita. Kalu ada jer perempuan tu (pelakun tu) yang Bulu Mata Pelesu sampai nak angkat mata pun tak larat tuuu.. memang reject!
    Tapi drama tadi, baju pun koyak rabak!


    EJA:
    Yeahh.. boleh jer tengok kat web.

    ReplyDelete
  16. KAK SAM:
    InsyaAllah. Tapi biasanya bila saya buat review, lepas tu saya dah lupa nak buat followup lagi..heheheh

    ReplyDelete
  17. Tak sempat nak tgk.. Minggu depan lah. Rajin gak tgk drama Melayu ni. Tapi tak suka filem Melayu yang lawak2 bodoh.

    Alahhh 77 i baru darjah 3..hee

    ReplyDelete
  18. baca cerita ni pun dah mencuit sudut hati..

    kata orang biar miskin harta, jangan miskin ilmu...

    miskin tu satu ujian...
    tuhan nak duga kita..
    tinggi mana sabar kita...

    kat syurga ramai yang miskin harta dari yang kaya...

    p/s: nampak comel je selipar jepun kat atas tu..hehe

    ReplyDelete
  19. Salam,
    baru malam ni berkesempatan tengok. Sangat teruja tengok Lah yang penuh penghayatan tu...

    Sinematografinya sangat sangat sangat best dan macam penah tengok cara tu sebelum ni...Sekali, intai pengarahnya kabir Bhatia hu hu hu
    Minggu depan sahlah kena tunggu ---> peminat kabir ni, dah jatuh cinta dengan Lah kecik tu juga. Macam betul2 pulak dia berlakon, cukup hidup

    ReplyDelete
  20. Azie
    "Apalah yang terdaya dilakukan? You tell me laarrr...!"

    OK I will tell you.. Penerbit boleh syorkan pada penulis skrip untuk mengubah jalan ceritanya, heheh ... (komen jgn tak komen, tak gitu Azah??)

    I sker salah satu hero Gemilang tu.

    ReplyDelete
  21. salam

    nak tengok tadi..tapi terlupa...huhu



    Jom Baca dan Komen--sayang, terima kasih kerana sangat memahami

    ReplyDelete
  22. YAN:
    Kurangnya promosi drama ini (bersaing dgn orang yg ramai miliki Astro) sbb tu ramai juga yang ketinggalan.
    YAN, ’77, I lebih tua skit dari U... hehehehe


    SI PARA-PARA:
    Miskin hati budi memang sangat teruk. Benar, kemiskinan adalah satu dugaan.


    ANYSS:
    Mokyang sebenarnya nak tulis juga tentang LAH kecil tu, cuma cari-cari tak pasti apa nama pelakun itu. Memang kerap budak tu berlakun. Berbakat besar betul dia.. Dan dia menangis sungguh2 kerana adiknya diambil orang... huhuhuuhu!

    ReplyDelete
  23. SOM:
    I komen now.
    I wish that, penerbit akan cari penulis skrip yang baru dan tawaran itu diserah bulat-bulat pada I.... Amacam? :)
    salah satu hero? Yang mana? Yang mana? Jazle? atau Dato’ Jalaluddin? Ahaks!


    SYIRA:
    Salam. Drama ini bersiri... Next week ada siri ke 2.

    ReplyDelete
  24. Azie
    I setuju! I nampak you mmg ada bakat menulis skrip (sbb you juga ada bakat me..ra..phu, hehe). Joke aside, I think u mmg ada bakat.
    Tekaan hero tidak tepat.. thettt!! takleh teka lagi daaah..

    ReplyDelete
  25. saya minat azhan rani,saya minat khabir bathia,saya minat tiz zaqya.

    jangan beritahu rakan2 saya ok?

    haha~

    ReplyDelete
  26. citer ni buat air mata sy bergenang juga mlm td....

    emy

    ReplyDelete
  27. salam azie..makcik juga sukakan drama tu..sedih sangat2..pandai betul pelakun yg membawa watak Lah dan ayahnya..mesti tenguk sampai habis..tambah2 ada tiq zakiah..minta2 dia pakai tudung dalam drama ni sebab cantik n ayu bila dia bertudung hehe..

    ReplyDelete
  28. azhan rani= abu geng surau tu ye? dia berlakon selamba, best :)

    ReplyDelete
  29. Salam kak azie,
    saya tahu pasal citer/drama2 ni kebanyakannya bila baca blog akak... nama2 pelakon pun sama jugak... saya tak tengok sangat, sebab selalu sangat terserempak ngan drama melayu yang buat saya sakit gigi, tu yang udah maleh tengok.. tak sangka pulak ada yang best..

    saya suka tengok drama english kak, tapi yang ada subtitle je..

    ReplyDelete
  30. SOM:
    alaaaa U think ajerrr... Cer kata betul-betul, I memang berbakat, kan? hahahaha


    ATI:
    Salam. :)


    BUJAL:
    U patut turut minat sama itu Dato’ Jalal. :)

    ReplyDelete
  31. ATI_EMYLIA:
    Memang pun. Kak Azie bukan bergenang lagi. Mengalir terus...:)


    MAKCIK MERIAM:
    Kalu Makcik perasan semalam, ada watak “anak buah Cikgu” yg baling batu ke arah Lah. Itulah watak Tizz Zakiah masa kecil. Kali ini memang dia TIDAK bertudung, makcik

    ReplyDelete
  32. KUCING OREN:
    Yeahhh... dia lah yang jadi PAK ABU dlm Geng Surau tu. Kami tunggu drama tu sambil buka posa dulu, sbb nak tengok PAK ABU laa..:)


    AANAS:
    Ada drama Melayu kita yang mengarut. Ada banyak. Tapi bila dapat tengok drama yang best dgn mesej hebat, harus layan....

    ReplyDelete
  33. sesekali je layan drama sebab banyak masa layan blog

    ReplyDelete
  34. assalamualaikum..semoga drama melayu terus subur dengan jalan crite yg menarik

    ReplyDelete
  35. CEMOMOI:
    Amboiiii.... pelayan blog yang tegar nih.:)


    SAHROM:
    Salam.
    Ada juga nasib-nasib nya bila kita tertonton drama yang best...

    ReplyDelete
  36. sy ada tgk slps kul 9:30pm.. layan drama kt tv9 dulu.. menarik jalan ceritanya.. berisi.. (sorry, tiba2 mencelah kt blog org lak.. :p)

    ReplyDelete
  37. mcm best je cerita ni.. nnt nk try tgk la..

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails