Lumrah kita sering memuji, menyanjung bila suka kepada sesuatu, atau seseorang. Malah ada yang terus memuja.
Contoh; kita memuji suara penyanyi yang sedap, menyanjung jasa bakti seseorang atau perkhidmatan, malah memuji-muji bila seseorang menyumbang ke arah sesuatu kejayaan. Contoh, SAFEE dipuji-puji bila kita menang Piala Suzuki.
Para pria yang bujang-bujang pula (yang dah kahwin pun ramai), memuja-muja si artis LISA SURIHANI kerana comelnya dia, kerana manisnya dia... dan sebagainyalah.!
Yeahh... sementara masih cantik, masih bergaya, masih hebat. Pujilah, pujalah, sanjunglah.
Biar bertempat.
Dan aku sendiri bukan siapa-siapa untuk dipuji, untuk disanjung apatah lagi untuk dipuja.
Pleaseeee...! Jangan. Aku tidak layak dan tidak berhak.
Jadi bila ada beberapa orang sering benar memuji, sering memberikan kata manis (yang aku yakin tentulah ikhlas), sebenarnya ia amat melemaskan, merimaskan dan sedikit merunsingkan juga.
Suatu hari bila kita tersilap langkah, tidak mustahil berkoyan-koyan (tahu ker makna berkoyan?) dan bertan-tan serta bergunung-gunung pula dikutuk, nasib takbaik dimaki-carut pula..
Jadi berpada-pada untuk memuji. Harap tahu membezakan mengutuk dan mengkritik.
*AA pun sering tersilap dan terus belajar dari persekitaran dan orang lain. Yang pasti usah cuba-cuba bermain dengan DENDAM.
Orang MELAYU memang pemaaf, kan?
Peace No War!
Kawan kawan, takmo lawan lawan!
~...jika dendam yang menjadi darah daging, sudah lama JALIL ditetak mati oleh HISYAM, tetapi kerana dia memang tidak berparang, SERI BULAN mengurut dada di malam jahanam itu...~
salam..
ReplyDeletetetap puji dari dalam hati untuk seorang wanita bernama azie azah..
(cantik akak?? hanya ayu boleh tafsirkan ikut cara dan pemikiran ayu)
nak tau???
20sen
saya tak reti dipuji. mmg tak betah. tak tau nak react macam mana kalau terima pujian.
ReplyDeletesebab kalau kita berubah disebabkan emosi atau kekangan masa, kite yg kene balik.
tapi saya anggap tu satu motivasi utk jadi lebih maju dan bagus. harap2...
AYU:
ReplyDeleteTerimakasih.
20 sen diposlajukan segera!
GADISBUNGA:
Bunga yang cantik wajar dipuji, kan? kan?
dah adat dunia..
ReplyDeletejgn terkejut suatu hr kita dikeji slps dipuja puji..
aku pun puji gak si ayu dari citarasa rinduan....kalu ayu nak tahu 15 sen jer. aku bagi diskaun kat ko. hihihi
ReplyDeletekak azie: rimas takpe jangan sampai lemas.....
Pesan orang dulu2...
ReplyDelete'sayangilah seseorang seadanya, kerana mungkin suatu hari nanti kamu akan membencinya, begitu juga sebaliknya, janganlah terlalu membenci seseorang, mana tahu satu hari nanti kamu akan jatuh hati'...
Elok juga kita berpada2 dan berwaspada, kan? :)
setuju ngan kakcik..hehhe
ReplyDeleteakak..bg sy akak tetap yg terbaik..
yg penting bg sy keikhlasan dalam persahabtan akan nmpak cantik baik diluar dan didalam..heheheh..
assalamualaikum dan salam ziarah..saya folo blog ini..kenal blog ini dr blog eelobor...
ReplyDeletesalam AA.
ReplyDeletefitrah manusia AA.
kadang memuji, kadang mengeji.
HAMIZAH:
ReplyDeleteKerana dek adatlah, orang kita sering lupa tiada yg kekal. Yang cantik lama-lama akan berubah menjadi berkedut juga...
EELOBOR:
Alamakkk.. sudah turun jadi 15 sen?
KAKCIK:
ReplyDeleteItulah maksud saya.
CIKCERIA:
Adakala tidak perlu meluahkan sebarang pujian, tetapi sentiasa menyokong pun cukup membuktikan bahawa kita menyenangi seseorang itu.
SHAROMNASRUDIN:
ReplyDeleteSalam. Terimakasih sudi menziarah. Sila, sila.
EFFA SAHAT:
Salam.
Setuju fitrah manusia.
Alaaa... pujilah beta... pujilah... Kalau tak puji tak tau pula mana yang patut maintain atau upgrade... pujilah...
ReplyDeleteAA...moh sini puji kita lg baik..wakakkaa
ReplyDeleteKHAYALKHAYAL:
ReplyDeletePuji tang kaki atau tang tangan? hehehe
CT:
Ya, puji sesama kita. Meh..
Kalau memuji biarlah ikhlas dari hati.
ReplyDeleteKak Zai tak pernah kenal azie cuma tengok gambar dalam blog tapi kak Zai boleh baca isi hati azie,keep it up.
KAK ZAITUN:
ReplyDeleteTerimakasih. Seriau sayaaa...
Salam kenal.
ReplyDeleteLisa Surihani memang comel...hahahha...
Kata AzieAzah:"Jadi bila ada beberapa orang sering benar memuji, sering memberikan kata manis (yang aku yakin tentulah ikhlas), sebenarnya ia amat melemaskan, merimaskan dan sedikit merunsingkan juga.
ReplyDeleteSuatu hari bila kita tersilap langkah, tidak mustahil berkoyan-koyan (tahu ker makna berkoyan?) dan bertan-tan serta bergunung-gunung pula dikutuk, nasib takbaik dimaki-carut pula.."
Kata ckLah: "Pernah terjadi kepada ckLah dalam dunia blog...tapi tak kisahlah, kerana yang memuji dan kemudian mengeji itu hanya dikenali di dunia maya.....tidak zahirnya!"
DADDY ZIYYAD:
ReplyDeleteSalam kenal. Sila masuk. Terimakasih.
Yang comel tu la yang ramai dok puja ek?
CKLAH:
Sebab itulah adakala kita seriau dengan dunia siber, yg tiada sempadan. Mungkin perkataan “maya” itulah yang memujuk kita agar bertenang.. Relax cool.
ngeh3x memang comel budak tu
ReplyDeleteCEMOMOI:
ReplyDeleteOrang comot mana leh couple dgn orang comel....ngeh! ngeh! ngeh!
lumrah manusia suka dipuji2...ehehe..
ReplyDeleteNak puji Effa Sahat. Dia comey banget! Ohhh...!
ReplyDeleteKisa sebut 'R' tak betul pun orang tetap suka..
ReplyDeletesalam kak azie...
ReplyDeleteyang penting biarlah pujian yang ikhlas dan bertempat :)
Kena puji tak haus, kena keji tak luak, kalu kena jual ,lain kes,
ReplyDeleteayu je banyak memuji haha
Salam AA.
ReplyDeleteSatu peringatan yang sangat masuk akal...keep it up!!
kdg2 saya tak faham bait2 akhir entry akak ni..hihi buta puisi ke hape saya ni?
ReplyDeletesalam
ReplyDeletepuji diri sendiri jek.,,hehehe
yg penting bila kena puji jgn cepat lupa diri
ReplyDeleteSARAH:
ReplyDeleteSetuju. Benar dan tepat.
KHAYALKHAYAL:
Ajak ler dating kalu berani BRO...! Ahaks!
YAN:
ReplyDeleteLISA memang pelat R.. :)
HASLEENA:
Ikhlas tu benar.
ZEQZEQ:
Semua itu sangat kena. Macam peluru di hujung boomerang.
UNCLE SHAHRIR:
ReplyDeleteSalam. Terimakasih.
ERI-CHAN:
Itu bukan puisi. Bukan juga sajak.
JINKAMEN:
ReplyDeleteBenar. Kak Azie pun selalu begitu. Perahsantan sendirik. hehehe
ANA:
Pekabar? Lama tak dengar kabar. Lupa diri sekejap takper kan? kan? :)
selalu mendambakan pujian dr incik suami...sgt mahal mulut dia nk kuarkan kata2 pujian...sampai gaduh2...tp last2 dia kata..
ReplyDelete"syg cantik ke..pandai masak ke...biarlah abg saja yg tau dlm hati....biar abg ikhlas memuji dr meluahkan kerana terpaksa utk menyedapkan hati org...." hik3...terkedu jap....