Saturday, January 15, 2011

Yang Asli: Cincin Bukan Sebarang Cincin...

Kuih Cincin ni sebenarnya dah lama dapat, buah tangan dari sorang kenalan KAK ROS, yang memang berasal dari Sarawak (ni kes dia balik kampung) tapi permastautin tetap KL sudah bertahun.


Sebelum dapat ini aku memang tak pernah makan kuih ni, tapi apa yang aku baca, ini adalah kuih tradisi Sabah (banyak dijual di pasar Filipina) di mana hanya terdapat di sana sahaja (jika ada di Semenanjung pun harus beli datang sana juga).

Rasa dia lemak manis, masa mula-mula makan ingat ianya mungkin dibuat dari tepung kacang.

Cuba Google, cari resipi dan beberapa maklumat untuk dikongsikan bersama.

Tidak banyak maklumat, so beberapa info ceduk sikit dari forum dan beberapa blog yang ringkas.

Konon, cara membuat kuih ni memang susah. Adunan kuih yang bahagian dalam tu dibuat daripada gula nipah + gula melaka, dan dimasak lama, dalam kawah yang besar.

Kemudian adunan yang siap itu disejukkan (seharian mungkin) kemudian dibentukkan adunan tadi menjadi bunga. Apabila dah siap dibentuk, kuih tadi akan digoreng sebanyak dua kali. Kali pertama dalam tepung yang cair supaya tidak pecah. Dan gorengan kedua dalam adunan tepung yang pekat.

Bahan asasnya adalah gula nipah, gula tebu, gula melaka dan tepung beras yang banyak.

*Andai ada sesiapa yang tahu maklumat yang lebih lengkap, sila kongsikan ya.


~...antara tradisi asli dan rekaan terkini, tiada yang dapat mengubah pendirian dan prinsip seorang lelaki bernama HISYAM, yang ketara nakal, ketara kental tetapi cekalnya dia hampir separuh tertumpah di pinggan nasi SERI BULAN...~




28 comments:

  1. First time mkn kueh ni bila staff agrobank Sabah poskan kueh ni kat kitaorg..ok gaklah..tp tak tahan sebab agak keras..

    ReplyDelete
  2. sedap kuih cincin ni kak....saya mula tengok rupa macam tak suka, saja cuba ehhh...sedap rupanya..makan satu nak lagi..makan satu nak lagi!

    ReplyDelete
  3. xpenah mkn kak azie..
    tapi rupanya sebijik kuih sarang tebuan ~ oghe klate panggil
    tapi resepi dia bukn kot..

    ReplyDelete
  4. Tak suka kuih ni, keras...penyedapnya ialah isi di dalam kuih cincin itu,

    ReplyDelete
  5. Pernah makan ni kak azie..oklah manis-manis pahit.

    Yang pasti sedap lagi kuih ros...

    ReplyDelete
  6. acu pernah tengok demo buat kuih ni dalam rancangan di TV1...memang nampak rumit nak buat nya..

    kalau bernasib baik beli kat pasar filipina tu dapat yang baru dihantar memang rasa nya sangat sedap tapi kalau dapat yang stok lama rasa dah tak best sangat dah...kurang sedap nya

    ReplyDelete
  7. Celup dalam telur yang dah dipukul hingga naik kembang, pastu salut dengan gula halus, pastu celup dalam minyak panas secara deep fry selama 10 saat.

    Errr... kalau sedap bagitau laaa... hehehehe...

    ReplyDelete
  8. IDA:
    Rasanya yang keras tu sebab bancuhan tepung salut tu terlebih tepung agaknya. Ada juga yang rangup.


    ZAKIYAH:
    Betullah, mula macam keras dan pelik. Tapi lama-lama sedap pula.

    ReplyDelete
  9. SARAH:
    Kuih Sarang Tebuan tu Kak Azie tak pernah tengok pun.


    ZEZEBEL:
    Ohhh ya. Awak orang sana, mesti tahu benar pasal kuih ni, kan?
    Yeahh sedikit keras.

    ReplyDelete
  10. AZRINA:
    Pada Kak Azie, rasa dia macam lemak. Sangkakan guna tepung kacang.


    ACU:
    Begitulah kuih yang digoreng. Kalu lama memang rasa dia akan “lari”, tak rangup dan “tengik”.

    ReplyDelete
  11. KHAYALKHAYAL:
    Tu resepi apa plak tu...? hmmm telur?

    Ehhh SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN, Bro.. Moga sejahtera selamanya.



    AMY:
    Jom sama-sama kita tengok.

    ReplyDelete
  12. tak berana nak makan plak kuih ni, rasa cam keras je

    ReplyDelete
  13. Banyak dijual di KK dan menjadi buah tangan orang Sabah kepada orang semenanjung cuma saya tidak berapa suka rasanya tetapi menjadi kesukaan isteri saya.

    ReplyDelete
  14. banyak pakai gula rupanya kuih ni....

    kite penah rasa, buah tgn dari kawan yg balik dari sana. :D

    ReplyDelete
  15. Vic dah pernah rasa kuih ni kat Sabah dulu... tapi vic tak suka rasanya. Walaupun vic suka sangat benda yang manis... tp kuih ni belum menepati citarasa vic.

    Tapi setiap orang mmg citarasanya berbeza2 kan..

    ReplyDelete
  16. salam..
    peberet saya ni..hehe
    yang paling best saya makan kuih cincin yg member bawak dari bongawan sabah...memang best sangat!

    ReplyDelete
  17. salam zie..makcik bula baca tajuk teringin nak tahu apa cerita cincin ni..hehe..pandai buat gembak ya..buat orang terpikat nak baca..teruskan..

    ReplyDelete
  18. CEMOMOI:
    Awak yang muda belia pun tak bleh nak makan dek keras, bayangkan lah Kak Azie yang tua nih...:)



    AZMIROY:
    Selera tidak sama, tapi itulah kesesuaiannya, kan?

    ReplyDelete
  19. GADISBUNGA:
    Gula banyak utk memaniskan lagi si pemakan..:)



    VIC DIANA:
    Yeahhh citarasa tidak sama. Tapi bilanya menjadi kuih tradisi sesuatu tempat, kita tetap nak rasa wpun secubit.

    ReplyDelete
  20. KALAMHATI:
    Salam kenal. Sila masuk, terimakasih.
    Ohh.. lain tempat di Sabah, mungkin berbeza sedikit rasanya.


    MAKCIKMERIAM:
    Terimakasih terpikat baca. Jangan terpikat pada penulisnya...

    ReplyDelete
  21. beb..kuih ni ada rapuh dan ada yg keras giler.kalau nak beli sila sentuh dgn jari dan patahkan sikit.kalau senang pecah itu yg baik.

    aku pun tatau yg mana sedap ataupun tidak sbb kat paso filipino tu berlambak sgt mcm dah tak ada kualiti pulak.

    aku beli yg dlm kotak, brand agromas sbb lebih dijamin kualiti@sedap.tapi kat sini susah dapat.aku nampak kat sana (semenanjung) banyak.

    ReplyDelete
  22. ECHAH:
    Terimakasih berkongsi info.
    One day jika aku terbabas sampai ke Sabah, harus juga aku singgah ke pasar Filipina tu.

    ReplyDelete
  23. wah..kuih feveret dil jugak ni....walaupun keras tapi sedap..ada gak yg rapuh...kena pandai pilih..ada ke org nk blikn utk dil ni...nk kirim...tringinlh plk kak....huhu

    ReplyDelete
  24. oh kuih ni ye..
    mia salu makan.
    ada yang jenis lembut gak.
    :)
    masa boring2 memang best makan ni. gigit skit2 smpai abes. ^_^

    ReplyDelete
  25. UMMI KHALISH:
    Ohh kalu dapat yang rangup tak keras tu memang ralit jer makan, kan?


    MARIA JAMES:
    Sila masuk, terimakasih.
    Kalu sedap, tak boring pun bleh jer makan sampai abis...:)

    ReplyDelete
  26. Huh...Teringin sgt nak mkan kuih cincin...
    sya prnh gak mkn kuih ni
    itu pun time pgi beraya rmah kwan..
    sedaaappp, wlaupun keras tp memang nikmat lh mkan kuih ni.....TERBAIK..

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails