Tuesday, January 4, 2011

Misbun Pasti Ada Alasannya Sendiri, So Hormatilah Keputusannya.

Isnin, 3 Januari 2011
Source: Bernama

KUALA LUMPUR, (Bernama) - Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mahu mendengar penjelasan dari mulut Datuk Misbun Sidek sendiri berhubung peletakan jawatannya sebagai jurulatih perseorangan badminton negara, kata Pengurus Besar BAM Kenny Goh.

Beliau berkata mesyuarat akan diadakan dalam masa terdekat selepas Presiden BAM Datuk Seri Nadzmi Mohd Salleh pulang dari luar negara bagi mendengar penjelasan Misbun serta berbincang mengenainya.

Katanya BAM akan mengeluarkan kenyataan rasmi melalui Nadzmi selepas mendapatkan penjelasan tersebut.

“Buat masa ini masih terlalu awal bagi BAM untuk membuat sebarang komen dan lebih elok perkara ini dibawa ke mesyuarat dalaman bersama Misbun untuk mendapatkan penjelasan terperinci bagi mengenali punca sebenar beliau bertindak demikian,” katanya kepada Bernama hari ini.

Sehubungan itu beliau meminta spekulasi berhubung peletakan jawatan Misbun dihentikan.

Goh yang secara peribadi terkejut dengan surat peletakan jawatan Misbun itu bagaimanapun berharap ia dapat diselesaikan sebaik mungkin agar tigak menggugat prestasi skuad badminton yang tersenarai dalam program “Road To London 2012”.

Sebuah akhbar semalam melaporkan bahawa Goh telah mengesahkan Misbun meletakkan jawatan menerusi e-mel kepada pejabat BM bertarikh 31 Dis lepas.

Surat itu tidak menyatakan alasan Misbun mahu meletakkan jawatan.


Sama-samalah kita tunggu dan lihat perkembangan selanjutnya. Pasti ramai peminat bandminton turut terkejut dan sedih dengan keputusannya. Moga-moga ada hikmah di sebalik segala ini.

Selaku rakyat yang menyokong sukan di Malaysia, wajar kita mengharapkan dan mendoakan yang terbaik buat beliau. Jasanya tidak tertulis dengan perkataan. Legacy Haji SIDEK tidak mudah untuk dilupakan begitu saja, kan?



“Majulah Sukan Untuk Negara”

Negara itu siapa?

Negara itu adalah kita semua...



8 comments:

  1. Senario pengurusan sukan di negara kita...memang agak terkilan kita dibuatnya..

    ReplyDelete
  2. salam kak..
    rasanya ade kaitan ngan politik dalam sukan x sampai coach merajuk ni?

    ape2 pun..segala kata putus di tangan dia..mcm akk kata,kita kena la hormati keputusan dia..

    ReplyDelete
  3. sebenarnya semalam ada seorang blogger dah kongsi info ini..

    tapi, bagi ayu..itu hak misbun...keputusannya adalah jalan terbaik utk dia dan mungkin utk negara kita


    PS: semoga beliau tabah..sabar, peminat/penyokong kena faham....

    ReplyDelete
  4. patah tumbuh hilang pastinya berganti..
    bg saya apa pun keputusan beliau, BAM dan rakyat m'sia mesti sentiasa bersedia. pemain dan pelatih datang dan pergi...

    apa yang penting.. pastikan ada pelapis... bila ada pelapis barulah prestasi sukan negara kita tak jadi macam bursa saham sekejap saja naik.. byknya turun.. :)

    my 1 cent je... :)

    ReplyDelete
  5. CKLAH:
    Scenario yang adakala buat kita pun letih baca...


    TUYA:
    Politik pasti ada dalam mana-mana persatuan pun.

    ReplyDelete
  6. AYU:
    Hak dia pun kadang2 menimbulkan pertikaian. Dia sudah seperti milik negara, public figure. Kadang2 kesian juga insan2 popular nih.


    EFFA:
    Setuju “patah tumbuh hilang berganti.”
    Harap2 lepas ni akan ada yang setara atau lebih baik.

    ReplyDelete
  7. nak komen pun susah pasal isu nie. apapun kita kena hormati keputusan Datuk Misbun. Jika di ungkit soal kepentingan negara, rasanya tak perlu di pertikai kut tentang kesetiaan & kecintaan Datuk Misbun pada sukan badminton demi negara.

    ReplyDelete
  8. hm.. misbun sidek dah berhanti?? dato' chong wei kita berlatih sendirilah lepas ni??

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails