Monday, January 31, 2011

Episod Bertunang: Pelbagai Cerita dengan Pelbagai Rasa...

Salam
Isnin: 31-01-2011


Ada beberapa lagi gambar sekitar majlis pertunangan yang AA nak masukkan bukan tujuan menunjuk tetapi gambar-gambar biasa kami anak-beranak berkumpul. Bukan gambar nak tunjuk gelang atau sofa bersulam emas atau nak tunjuk pasu bunga sebesar budak tadika..!

Ada pelbagai rasa bila kita berkumpul, bila kita berjumpa dan tentulah rasa itu tidak pernah sama bila kita berjumpa dengan orang luar, or kengkawan. Biar mesra macamana pun, rasa itu tidak pernah sama. Bersama ahli keluarga, rasa itu sangat dekat, sangat indah dan tulus.

Masih ingat, dulu masa aku masih sekolah bila ada majlis di Rumah BONDA, tak pernah sikit orang yang datang. Maklum kampung, lagipun kedua orang tua memang agak dikenali (arwah AYAH orang kuat masjid, PIBG sekolah lagi, tukang masak kenduri lagi)... lalu bila majlis yang biasanya dia sebut “kecil” biasanya penuh rumah (yang 2 tingkat). So bayangkan ramainya.. dan yang disebut “besar” pula adalah bila ada 2,3 khemah dipasang di luar rumah.

Dan rata-rata majlis kenduri kahwin tidak banyak beza dulu dan sekarang dari segi jumlah jemputan. Cuma majlis pertunangan di kampung boleh dikatakan kurang 5,6 jiran akan tahu, dan sedara mara paling tidak yg paling hampir “wajib” dijemput. Sekarang, majis pertunangan agak simple dan lebih “tertutup” malah ada yang buat majlis bertunang@sarung cincin pada hari pernikahan, beberapa jam sebelum. Ada beberapa sebablah, antaranya nak jimat masa dan kos....

Dulu kat kampung, aku ingat lagi... jiran-jiran yang kreatif dan murah hati mesti buat kurang-kurang 1 hantaran (1 dulang) utk bagi pada keluarga yang nak bertunang. Kalu yang bertunang tu perempuan tak kisah sangat kalu banyak dan berlebih, (adat kita memang perempuan lebih dari lelaki dan mesti dalam jumlah yang ganjil e.g. 5 berbalas 7, or 7 berbalas 9 and vice versa). Bila jiran or sedara datang bawa 1 dulang hantaran yang siap digubah or kuih yang dihias cantik sebagai sedekah, wajib tau tuan rumah ambil dan jadikan sebagai salah satu hantaran juga. JIKA TIDAK nanti si pemberi akan kecil hati, dan menjadi tanggungjawab tuan rumah meletakkan gubahan itu bersama gubahan lain.

Sekarang esp. di bandar, majlis bertunang lebih ringkas dan lebih fokus pada yang penting, meminang, sarung cincin dan akad janji. Malah tuan rumah tempah segala hantaran dari kedai-kedai gubahan saja. Nak jimat buat sendiri diam-diam. Bergantung mana suka.







Dari komen-komen di entri sebelum ini, ada yang puji tentang wall dan hiasan di rumah tersebut. Bukan rumah AA ok, itu rumah anak buah; CIKINTO (adik kepada yang bertunang) di Bukit Jalil. Sebenarnya hiasan dinding itu dia dan suaminya buat sendiri, beli cat dan cat sendiri, malah frame gambar kahwin pun spray sendiri. Design direka oleh seorang rakan (lulusan UiTM Shah Alam) dan perbincangan hanya melalui FB dan mms sahaja. Kata orang kalu dah tangan kreatif, cerita dalam fon pun dah leh lukis sendiri. Ada kisah CIKINTO dan hubbynya “make over” rumah dalam blog beliau.


****

Pagi ini hujan masih bersambung. Rasa macam dah berhenti subuh tadi, tapi sekarang dah kul 8 lebih, kembali menitis. Dan baju yang semalam 2 round dimesin tak dapat kering dengan sempurna... Arghhh. Mujur AA dah cuti, keja jaga kain baju jer lah jawabnya.

Bagi yang masih bertugas, selamat bekerja dengan tekunnya. hehehehe...



~...setiap kali hujan menitis menimpa daun getah, HISYAM hanya mampu memandang batang getah yang basah, tidak upaya membantu menoreh walau langsung tidak boleh tetapi tetap juga SERI BULAN menghulur bekal Pulut Tanak dan Ikan Masin lalu duduk bergebang sampai petang di bangsal kecil beratap nipah...~






29 comments:

  1. Salam AA,

    Wah... dah bercuti. Di Johor pun hujan tak henti sejak 2 hari lepas. Pergi kerja pukul 7 lebih macam masih subuh lagi. Atas jalan raya macam ada ular api menjalar kerana lampu kereta masih terpancar dalam suasan gelap.

    ReplyDelete
  2. ada org bertunang pon siap pelamin lg..

    ReplyDelete
  3. Di sini pun masih hujan lagi..
    Dan saya perlu bekerja hari ni, dan esok, dan lusa...Indahnya kalau boleh bercuti seminggu!

    ReplyDelete
  4. Salam KAK ZAKIE:
    Rasanya hampir seluruh negara hujan kot sejak semalam.
    Tengok di tv, Labis dan tempat mengundi tu air naik sampai lutut...


    HAMIZAH:
    Ya benar. Tak lupa tu. Ada yang buat majlis bertunang siap ada pelamin dan kemudian macam bersanding lak. Tapi itu biasanya orang yang berduit...

    ReplyDelete
  5. DADDY:
    Kerja la yerrrr.. Kerja bebaik. hehehe

    ReplyDelete
  6. Hujan-hujan ni....tercium aroma cempedak goreng jiran sebelah yang menyelit-nyelit di celah jejeran air hujan...dibawa angin. Hmmmm....

    ReplyDelete
  7. pic 1 sapa tak bertunang lagi sila angkat tangan

    ReplyDelete
  8. nak sate..

    cantik2 wanita dalam gambar2 tersebut.

    pujian ikhlas.

    ReplyDelete
  9. dalam byk2 tu saya nampak sate?? alahai...hihi~

    ReplyDelete
  10. mula-mula menyibukkan diri di majlis bertunang tak lama lagi semkin sibuk untuk majlis kahwin...zaman sekarang ramai yang sanggup berhabis kerana kedua-dua majlis tersebut...

    zaman aina bertunag dulu pun jemput waris2 dan jiran dua tiga buah rumah je...makan laksa...heheheee...

    ReplyDelete
  11. teringat kisah sahabat ati
    masa bertunang di kampung dulu

    jiran2 dan sedara mara semua pun
    pakat nak buat dan bagi hantaran
    sudahnya hantaran yg nak di beri
    pada pihak lelaki jadi 45!

    sampai kecik hati pihak lelaki tau..

    ReplyDelete
  12. bagus betul jd org kreatif.. jimat duit.. hehehe..

    ReplyDelete
  13. org lelaki klu kreatif, kreatif betul kan...ana pun yang menghias rumah suami. hahahaha

    ReplyDelete
  14. bagus betul jd org kreatif.. jimat duit.. hehehe..

    ReplyDelete
  15. AA
    Anak2 dara dan mak dara sama manis, auwww..

    ReplyDelete
  16. salam,

    amboi.... dah mula bercuti ye!...
    saya masih lagi di opis... huhu,
    selamat bercuti ye!

    p/s: kain baju saya pun masih blum kering disbbkan hujan selama 2hari... 'hujan yg turun memberi seribu rahmat'

    ReplyDelete
  17. memang cantik wall tuh kak azie
    suka tgk

    ReplyDelete
  18. Memang berbeza sangat majlis di kg dan di bandar.

    ReplyDelete
  19. assalamualaikum...


    di bandar dan luar bandar sgt berbeza majlisnya huhuhuhu...

    itulah perubahan yang sedang kita alami

    ReplyDelete
  20. Baguskan jadi orang kreatif tak de membazir duit..

    ReplyDelete
  21. assalamualaikom kak!
    teman x bertunang pon..
    tahan juge nak masuk 13thn dah.. :)

    ReplyDelete
  22. igt zmn saya bertunang dolo2..xde menghias mcm sekarang..zmn skrg..majlis tunang=mjlis kawin saya dulu2..hehe

    apa2..seme merentas masa dan hebat2 blakow..kenangankan..

    kat kuantan pun ujan xhenti kak..esok da la nk blik klate..jgn banjiro sudahh..ehhe

    ReplyDelete
  23. CKLAH:
    What? Cempedak goreng? Aduhhhh dah musim ker CKLAH? tergoda betul bila baca U sebut bau aroma menyelit di celah jejeran air hujan..


    CEMOMOI:
    amboiiii miang nyer diaaa...> goyang jari.


    BUJAL X:
    terimakasih.
    Sate lain tahun.

    ReplyDelete
  24. GADISBUNGA:
    Memang sengaja nak bagi nampak sate. hahahaha


    JUNAINA:
    Mula2 bertunang, pasni bersingsing lengan utk kenduri langsung lak. Seronokkkkkk...!


    ATI:
    Amboiii kalu dah sampai 40 lebih hantaran, memang serba salah dibuatnya.. hehehe kelakar lak.

    ReplyDelete
  25. MIMI JAZMAN:
    Lain orang lain gaya kreatifnya. Betul, kalu DIY memang leh jimat.


    ANA:
    beruntung ANA, kalu suami yg kreatif hias rumah.


    SOM:
    Amboiiiii.... auw!

    ReplyDelete
  26. MY LITTLE DIARY:
    Salam.
    Saya bercuti seminggu... (plus 1 day compulsary today). Bila lagi nak dapat peluang gini. hehehehe
    Esok harap-harap ada matahari kembali.


    NOOR:
    Kita pun suka tengok.


    YAN:
    Perbezaan yang kadang2 seronok utk kita hadiri dan hayati.

    ReplyDelete
  27. SAHROM:
    Paling ketara tentulah dari sudut kerjasama mengendalikan majlis.
    Di bandar rata-rata yg datang pasang badan, makan dan balik.



    AMY:
    DIY, memang menguntungkan.

    ReplyDelete
  28. AZEEDA:
    Salam.
    Betullah. Ada orang tak bertunang pun, terus nikah. Ambil yang wajib saja. Tapi dlm setengah2 keadaan, kita tidak leh mengelak dari mengikut adat dan permintaan orang tua.


    MEK SARAH:
    Tak sama lagi zaman dolu dan sekarang.
    Selamat balik ke Kelantan, semoga selamat pergi dan kembali.
    Bercuti puas-puas ya.

    ReplyDelete
  29. wah promot gituh...thanks a lot! :) mwahmwah

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails