Sunday, January 16, 2011

Kenapa Mesti Emosi? Baik Pegi Makan Nasi...

Betapa ramai orang yang tidak memahami makna hidup.

Betapa ramai orang berakal sihat yang tidak mahu berteman orang bodoh. Ada ketikanya seseorang terpaksa bergaul dengan orang bodoh. Mereka kemudian memaki, menghina dan memburukkan dirinya. Apakah yang harus dilakukan oleh seorang yang berakal sihat ketika berhadapan dengan situasi sebegini?. Ini ungkapan dari seorang penyair tanpanama:

Kicauan orang bodoh tidak perlu dipedulikan
Sebaik-baik jawapannya adalah berdiam diri
Si bodoh itu mencela ku namun dia bernasib baik
Jika aku bunuh dia belum tentu aku tidak bernasib baik
Aku bukanlah seorang yang gemar memaki selamanya
Sungguh aku bersedih terhadap orang yang memakiku

Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud;

Barang siapa yang beriman kepada ALLAH dan hari akhirat, maka hendaklah berkata dengan kata-kata yang baik atau diam.
(HR. Al-Bukhari dan Muslim)

Dengan berdiam,kamu selamat dari fitnah
Banyak bicara menyebabkan rasa ketakutan
Janganlah kamu berkata lalu menambahnya
Ada baiknya jika tidak bercakap dan memilih diam.

Sebahagian orang tidak tahan apabila dimaki oleh orang lain atau apabila dianggap bodoh oleh orang lain sehingga membuat dirinya naik angin dan memberontak. Padahal dengan perbuatan itu, dia telah turut serta di dalam kebodohan dan memaki orang lain, sehingga tidak ada bezanya antara dirinya dengan orang yang memakinya.

Seseorang yang berjiwa besar adalah jiwa yang memahami makna memberi maaf ketika mampu untuk membalas dendam. Jiwa inilah yang memahami makna kasih sayang, ramah tamah dan berpaling dari orang-orang bodoh, sehingga dapat hidup dengan damai, tenteram dan bahagia yang tidak dapat dirasakan oleh orang yang berjiwa lemah yang lebih mengutamakan hasrat balas dendam daripada memberikan kata maaf dan menelan pahitnya bersabar.

Inti daripada kejernihan akal fikiran adalah adanya sifat penyantun, sedangkan landasan daripada semua perkara adalah kesabaran.


Pic kenangan di kampung beberapa tahun dulu, tiada kaitan dengan story.

*AA: Tak guna ada mata kalau tak dapat melihat. Tak guna ada hati kalau tak tahu menilai.



~...bila SERI BULAN merajuk sehingga melepak menunduk di bawah pohon cermai, tidak sekali pun dia ingin sesiapa memujuk walau HISYAM bersusah payah membawa lesung batu menumbuk cili garam belacan menanti cermai gugur...!~





26 comments:

  1. kurangkan bercakap. lebihkan bekerja.

    selamat pagi akak!!

    ReplyDelete
  2. Serius pulak post akak kali ni. Tapi saya suker :)

    ReplyDelete
  3. itulah lumrah..

    tengok keadaanlah jika hendak bercakap..tapi jika bab maki hamun ke menuduh fitnah..kita kene juga bersikap berani kerana benar dan jika takut atau berdiam itu dikhuatiri menunjukkan kita bersalah pulak..

    seme itu bergantung pada situasi dan kes..

    selamat berhujung minggu kak azie..

    ReplyDelete
  4. serius.....saya suka entri nie. bermakna & bermanfaat

    ReplyDelete
  5. terasa bodo juga bila memaki benda taidop rupanya

    ReplyDelete
  6. like` entry kak azie...setuju,setuju!

    ReplyDelete
  7. aku kalau dah marah tercakap jugak dlm hati perkataan 'bangang sungguh org tu'huhu.. :( *tapi dlm hati jer*

    aku selalu nampak perkataan B*B* dorang tulis bila maki hamun dlm status atau entri.tapi jujur aku cakap aku tak sampai hati nak tulis perkataan tu.

    mungkin aku kolot.wat ever lah org nak cakap!

    ReplyDelete
  8. Membaca catatan Azie dengan hati yang terbuka sambil makan nasi goreng sejuk! :)

    ReplyDelete
  9. kena banyak sabar, walau pun terlampau sakit hati. mengalah tak bermakna kalah..

    bestnya kampung akak..

    ReplyDelete
  10. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  11. bila tgh marah selalunya ida akan diam..kalau tak banyak dosa nnati..

    ~diam lebih baik dari bercakap yg menyakitkan hati kita dn semua org...~

    ReplyDelete
  12. GADISBUNGA:
    Kita tak kerja hari ini. Ahad. :)


    ACIK:
    Serius pun sekali sekala seronok gak.

    ReplyDelete
  13. SARAH:
    Dalam banyak keadaan, biasanya kita pasti beremosi bila tidak tahan lagi untuk menyimpan perasaan.


    EELOBOR:
    Semoga ada kesan sedikit sebanyak. Panduan di masa hadapan.

    ReplyDelete
  14. Seronok baca entri ini,, sejuk hati...sambil mengunyah rempeyek kacang...

    ReplyDelete
  15. CEMOMOI:
    Rasa bodoh lebih baik dari memperbodohkan orang lain.


    NAJWA:
    Setuju dengan persetujuan Najwa.

    ReplyDelete
  16. NAA:
    I love U too...:)


    ECHAH:
    Tidak semua orang mampu mengawal amarah, juga tidak semua orang tahu bagaimana mengendalikan emosi sendiri. Itu yang ramai tewas oleh perasaan sendiri.

    ReplyDelete
  17. KAKCIK:
    Pukul berapa punya nasi goreng tu sampai sejuk pun duk ulang makan? :)



    AZMASK:
    Orang yang kuat adalah yang berjaya mengawal amarahnya.

    Kampung tetap kampung.

    ReplyDelete
  18. Murungnya entry kalia ni... jangan sedih2 ye kak Azie. Satu jari dia menuding memaki kak Azie, 4 jari lagi sedang memaki dia semula.... dun wori.. b hepi~!

    ReplyDelete
  19. VIC:
    Adakala orang tak maki, tapi ayat lembut tak kasar tetap terasa pedih dengan perli dan sindiran.

    ReplyDelete
  20. Errr... isu apa ni ek? Isu Ana Rafali ke...? Eheks...

    ReplyDelete
  21. MAMAWANA:
    Rempeyek Kacang? Perhhh my paberet tu. Tapi mudah kena sakit tekak sebab berminyak.


    KHAYALKHAYAL:
    I sokong Ana Rafalli menang sebab Ana memang cantik jelita. :)

    ReplyDelete
  22. salam

    tak guna ada telinga kalau telinga pun tuli

    tak guna ada hati kalau hati pun mati...

    ReplyDelete
  23. itulah gunanya teman.. mengingati diri seandainya diri tersalah atau tersilap langkah.. manusia penuh kelemahan bukan..? berusahalah selagi mampu kerana kita tak pernah yang terbaik jauh sekali sempurna..

    ReplyDelete
  24. SYIRA:
    Setuju.
    Buta mata telinga. Parah.


    MIMI JAZMAN:
    Manusia biasa, sebab itu emosi adalah mainan kita.

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails