Tuesday, January 18, 2011

Kisah Seram Anda: Sundel Bolong...

Lagi-lagi tema nak ikut radio.

Tapi bila ramai betul caller yang bercerita tentang scene seram yang mereka tak bleh lupakan, sehingga 2,3 orang menyebut tentang filem horror termasuk filem seram zaman dulu iaitu filem SUNDEL BOLONG. Bagi generasi sekarang, mungkin langsung tidak pernah dengar tentang filem seram yang top ini, atau langsung tidak pernah dengar tentangnya.

Sedikit sinopsis ya... (kerana dicopy paste dari web Indo Siar, so bahasa tidak upaya AA ubah):
Alisa (Suzanna) adalah seorang mantan pekerja seks di bawah seorang “Mami” (germo). Hidupnya berubah total setelah dinikahi oleh Hendarto (Barry Prima). Suatu hari seorang pengusaha butik bernama Rudi mengajak Alisa bekerja di toko butiknya. Alisa diminta memperagakan pakaian-pakaian yang ada di butik Rudi. Melihat kecantikan Alisa, Rudi tergoda, namun Alisa menolak dengan halus. Kejadian itu membuat Rudi marah dan merancanakan niat jahat. Alisa diculik oleh orang suruhan Rudi kemudian dibawa ke sebuah bangunan tua dan akhirnya diperkosa. Dengan perasaan hancur Alisa dapat kembali ke rumahnya. Setiap hari Alisa merenungi nasibnya. Bi Ijah pun maklum atas apa yang dialami Alisa. Alisa meminta pendapat dokter mengenai tindakan yang harus dijalaninya. Dokter memberikan saran baik buruknya mengenai dilakukannya pengguguran kandungan. Alisa mendapat kabar dari suaminya yan akan pulang. Alisa bingung menghadapi masalahnya. Alisa merasa berdosa dan karena putus asa akhirnya Alisa bunuh diri di kamar mandi.

Sejak itu arwah Alisa gentayangan dalam wujud sundel bolong dan ingin membalas dendam kepada orang-orang yang telah merusak kehidupannya. Satu persatu orang suruhan Rudi yang merusak kehidupan Alisa menemui ajalnya dengan keji namun misterius. Kematian mereka selalu disertai setelah pertemuan dengan seorang wanita cantik yang mengaku bernama Shinta, percumbuan dan berakhir pada kematian si pria. Selain membalas dendam, arwah Alisa juga kerap mengganggu penduduk-penduduk sekitar kuburannya dengan cara yang seram namun lucu, di antaranya dalam sebuah adegan terkenal perjumpaan tukang soto dan tukang sate dengan Sundel Bolong Alisa di tengah malam.

Rudi dan mantan "Mami" Alisa pun menemui ajalnya di tangan wanita cantik misterius yang tak lain adalah penjelmaan dari arwah penasaran Alisa. Akhirnya semua orang yang pernah merusak kehidupan Alisa telah mati di tangan Alisa dan dendam Alisa telah terbalas. Hendarto memohon arwah Alisa supaya berpulang ke alam baka, dan akhirnya Alisa pun pulang dengan tenang.


AA ingin kongsikan juga tentang serba sedikit tentang pelakun SUZANNA itu. Cerita ini memang AA dapat dari mulut RISA, pemandu pelancung yang membawa kami naik ke Gunung Tangkuban Perahu. Dalam catatan perjalanan AA ke Bandung pada 2009 dulu.

Copy paste dari catatan blog lama AA:
Tersebut juga kisah tentang kematian misteri pelakun terkenal 70-an dulu SUZANNA, yg famous kerana lakunan beraninya dalam filem-filem seram dulu. Aku cuma ingat 2 filemnya (aku masih sekolah menengah semasa SUZANNA ni top) iaitu filem Sundel Bolong dan Pantai Ratu Selatan. Suzanna ni memang sangat berani (dia berlakun bogel dalam filem Sundel Bolong, jadi hantu) dan menurut RISA, hanya dia satu-satunya pelakun yang berani melakunkan watak-watak seram, hantu, ilmu hitam dalam sejarah perfileman Indonesia. Kerana untuk berlakun dalam citer2 sebegini, seseorang itu harus yakin dan berani krn ada berkaitan dgn badi, ilmu dan sebagainya. Orang2 yang dalam lingkungan 40-50an pasti ingat dengan pelakun daring ini.

Suzanna menjadi legenda filem seram di Indonesia, dikatakan sudah meninggal dunia (4 bulan lalu kononnya) tetapi sebab kematian, tarikh kematian, hari pemakaman tidak siapa yang tahu. Hanya kuburnya sahaja dijadikan bukti, itupun pihak polis Indonesia masih meraguinya. Menurut kisah, penjaga kubur yg menjaga, bau wangi dari kubur Suzanna lebih wangi berbanding kubur2 lain. Pelik tapi benar. Malah kes kematian Suzanna masih lagi dalam siasatan polis, kerana menurut kebiasaan orang2 Indonesia (terutama orang2 besar, selebriti dsb), batu nisan dikuburan hanya diletak selepas 40 hari kematian, tetapi kubur Suzanna telah ada batu tanda/nisan tetapi tarikh kematian tiada siapa yang tahu...



RISA bercerita, Suzanna sudah berusia 60 tahun (mungkin lebih), mempunyai seorang anak perempuan dengan suami pertamanya. Kemudian berkahwin dengan seorang pelakun muda, berusia 25 tahun, turut berlakun dalam salah satu filem yg sama dgnnya (cinta lokasi kata Risa), tetapi cuma itu satu saja filemnya. Selepas berkahwin dgn Suzannna, dia menjadi kaya raya. Suzanna dikatakan tidak makan nasi tetapi mengamalkan makan bunga melati sebagai rahsia awet mudanya. Memang dia cukup cantik, matanya tajam (kekuatannya pada mata), rambut panjang mengurai, tegang putih macam wanita berumur 30-an saja. Mendapat gelaran Queen of Black Magic.

Filem Pantai Ratu Selatan dikatakan dibuat berdasar legenda Nyai Loro Kidul (watak Suzanna) yang hanya muncul di pantai Ratu Selatan pada hari-hari tertentu. Masa shooting pun, diadakan upacara khas di pantai tersebut. Malah ada sebuah hotel tempat khas di mana kunun Nyai Loro Kidul akan muncul, iaitu Lantai 13, bilik No 13 - memang takda orang berani duk menginap pun. Dalam bilik itu dipenuhi dengan pakaian2 khas dan segala aksesori. Sesiapa yang berhajat berjumpa harus menginap di situ tetapi dengan niat jujur semata-mata untuk berjumpa. Tidak dapat dipastikan siapa yang pernah berjumpa...

Selit gambar kenangan, akhirnya sampai juga AA ke puncak Gunung Tangkuban Perahu itu.




~...pernah terjadi bila enjin generator termati tiba-tiba, dalam keluh-resah-panik SERI BULAN tidak pasti hendak memegang tangan HISYAM atau berpaut pada tiang seri Teratak Nyatuh yang tidak ternampak lagi dalam kelam...~






22 comments:

  1. nasib baik sini siang.. kalau malam tentu Nida tak berani nak bukak blog akak ni.

    ReplyDelete
  2. Nasib baik dah cerah kalau tidak mau fikir banyak kali nak baca ke tidak..penakut bangat nie hu3...

    ReplyDelete
  3. ingat lg suzanna ni
    masa kecik dulu dia mmg femes..cantk kan

    oh..dia dah meninggal ke..
    tak tahu pun..tak keluar cerita pun

    ReplyDelete
  4. Kak suzie!!! Ayat yg last sekali tu tak tahannnn~~

    ReplyDelete
  5. NIDA:
    Alaaa... jangan tak tau, siang pun ada hantu tau. Hahahaha Hantu Stoking!


    AMY:
    Dah cerah? Pasang lampu banyak-banyak skit lagi.. :)

    ReplyDelete
  6. cerita sundel bolong versi baru tak syok, katanya...

    ingin nak tengok balik perjanjian syaitan (azean irdawati).. tak pernah pulak keluar ulangan kat tv

    ReplyDelete
  7. ATI:
    Kak Azie pun tak tahu, sehinggalah bila pergi ke Jakarta, dan diberitahu oleh tourist guide tu..
    Memang masa SUZANNA ni femes pun, Kak Azie pun kira kecik gak ler masa tu.. hehehehe


    JIJI:
    Kak Suzie tu Kak Azie ler kot ek? hahahaha gelabah ler tuh!

    ReplyDelete
  8. KUCING OREN (celoreng tak?):
    Versi baru Sundel Bolong ada (dengar khabar ada Baim Wong), tak pernah tengok lagi. Yang lama pun ingat-ingat lupa ja.

    Perjanjian Syaitan tu Kak Azie tengok 2,3 kali kot... ingat-ingat lupa gak. AZEAN jadi cantik selepas buat agreement dgn syaitan. Khurafat kot, tu sebab tak leh tayang lagi....

    ReplyDelete
  9. kak azie..
    saya tgk citer ni
    ni citer zmn 80-90an kot..ehhe
    saya pom msih kecik lagi
    masa tgk citer ni
    tapi igt..
    igt lagi betapa takut weh..

    suzanna ni cantik
    mcm mix mat salleh je..
    lama xdgr citer dia..

    ReplyDelete
  10. SARAH:
    Filem tu top masa tahun 80-an. Kak Azie tengok kat wayang dgn kengkawan masa tu. Memang seram giler!

    SUZANNA sudah meninggal.

    ReplyDelete
  11. masa kecik dulu slalu diberitau keseraman crita sundel bolong tapi tak dapat nak tengok sebanb time tu hanya video vhs je bole guna (panggung takde. tapi nak dapat video seksa la

    ReplyDelete
  12. CEMOMOI:
    Berapalah umur awak sekarang yer.... Sampai masa tu panggung pun takda...hmmm


    CIK CERIA:
    Kalu banding dgn filem2 sekarang ada yang tajuk seram tapi boleh kita gelak plak ek.. hahahahaha

    ReplyDelete
  13. Salam AA...
    akak (gnerasi veteran ni) dulu mmg pengkagum kat Suzanna ni...masa umur dia 40-50an, body dia waduh...real tegang...sampai aktor muda tu tk pikir panjang nak kawin ngan dia... anak pompuan dia pun kalah, kononnya selain makan bunga dia pun mmg seorg pengamal benda2 mistik demi kecantikan...seramnya...

    tp tulah kan, cantik mcm mana pun, tegang mcm mana pun akhirnya MATI jugak...hrp2 mati dlm iman....

    ReplyDelete
  14. Salam AA...
    akak (gnerasi veteran ni) dulu mmg pengkagum kat Suzanna ni...masa umur dia 40-50an, body dia waduh...real tegang...sampai aktor muda tu tk pikir panjang nak kawin ngan dia... anak pompuan dia pun kalah, kononnya selain makan bunga dia pun mmg seorg pengamal benda2 mistik demi kecantikan...seramnya...

    tp tulah kan, cantik mcm mana pun, tegang mcm mana pun akhirnya MATI jugak...hrp2 mati dlm iman....

    ReplyDelete
  15. KAK QUEENIE:
    Salam.

    Memang itulah kebenaran. Sebuah kehidupan takkan selamanya nak cantik tegang berharta disukai ramai. Tak kemananya hidup nak menongkat langit.

    Peminat dia di sana pun mengakui aktress ini mengamalkan perkara yang aneh utk mengekalkan kecantikannya. Wallahualam...

    ReplyDelete
  16. tak pernmah tgk citer ni...tp sering terbaca...pasal Nyi Loro Kidul tu pun ade baca...rs nk pi cari plak..kot2 ada cd citer lama2 ni...tp...tak berani nk tgk kalo sorg2 duk kat umah...huhu

    ReplyDelete
  17. OGY:
    Filem lama 70-an/80-an agak sukar nak dapat CDnya. Jika bernasib baik ditayang dapat lah tengok...

    Tapi jika Google, ada juga yang upload..

    ReplyDelete
  18. acu penah tgk filem sundel bolong nie...memang seram...eeeee

    ReplyDelete
  19. hisyyyyyyy....
    semuaaaaaaaaaa pepel!!!

    ReplyDelete
  20. tak pernah tengok pun cerita tu sebelum ni, tetapi sekali saya baca je, fuhhh... seram gila la!

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails