Saturday, January 22, 2011

Merapu Tak Semestinya Hari Rabu, kan...?

Tak ingat di mana aku pernah baca tentang isu merapu ni. Ada blogger yang tak gemar membaca entri-entri merapu, yang mungkin pada pandangan mereka tidak mendatangkan apa-apa faedah, juga mungkin tidak memberi info apa-apa, so disaran jangan tulis. Terpulang. Harus juga kita hormati pendirian orang sebegitu.

Aku antara orang yang suka juga merapu, wpun tak sehandal orang buat lawak macam pengacara Raja Lawak berdua tu.

Defini merapu pun sangat subjektif bagi aku. Ada orang anggap merapu tu cakap perkara-perkara “nakal” atau lucah, atau juga menulis tentang perkara lucu yang tidak masuk akal. Subjektif, bukan?

Jika di blog, kita boleh jer tulis tentang apa pun, kecuali jika dari azali sudah setkan blog kita tu sebagai blog kategori tertentu. Contoh, orang politik yang fokus menulis tentang politik, perjuangan dsb. Juga blog yang 90% berkonsep makan, menu dan masakan, takkan tiba-tiba nak tulis tentang kemalangan jalanraya? Agak terpesong konsep. Biasanya mereka ini akan buat satu lagi blog berasingan. Ini biasa.

Tapi bagi kita yang hanya ada satu blog (atau dua), akan masuk segala benda dalam blog kita. Caca marba, rojak... Tak berkonsep tapi kita ada beberapa “label” atau “kategori”.

Ada sorang kawan blogger aku yang gunakan profile “katak” menulis blog utk merapu. Hampir 95% entri-entri dia merapu. Merapu di sini adalah dia menulis cerita tentang haiwan, tentang lawak, tentang imajinasi dia dan macam-macam yang bila baca pasti sengih pastu kerut dahi. Antara nak percaya dengan tidak, sebab kadang-kadang tak masuk akal. Tapi itulah merapu.

Hakikat sebenarnya dia seorang BOS yang sangat komited dengan kerja, malah semasa dia beraya di rumah aku suatu waktu dulu, siap bawa beberapa orang staf dia dan menurut depa, dia merupakan seorang BOS yang baik. Jadi mungkin menulis entri merapu adalah suatu “escapism” kepada dia, sebagai release tension, luahan tekanan kerja. Yeahh.. itu cara dia. So sapa cakap merapu itu tidak berfaedah sama sekali?

Bagi aku, sebagai contoh, seorang penulis ruangan sukan, tiba-tiba memasukkan cerita tentang artis bercerai di ruangannya, itu mungkin boleh disebut merapu, kerana seperti tidak masuk akal. Jadi utk berada dalam sesuatu konsep harus juga tahu apa yang hendak ditulis, right?

Tapi sebagai blogger Kecil umpama Semut Merah ini, menulis pelbagai konsep dalam satu wadah bukanlah suatu kesalahan. So, kenapa tak boleh merapu? Aku ada banyak entri merapu.


“Berarak... mendung kelabuuuuu....!” antara lirik lagu Kumpulan Alleycats.

... and sometimes, aku sangat suka baca entri-entri merapu. Tak perlu fikir banyak, sengih dan senyum sensorang. Jika boleh gelak, lagi best!

Ehhh... macam panjang jer entri ni. Merapu, ginilah gayanya.

So, jika rasa nak merapu, teruskan jer. Tak perlu tunggu hari Rabu.

*So, kalu rasa nak komen merapu pun tak salah, sebab orang yang paling suka komen merapu di blog orang adalah aku...!



~...bila HISYAM terbuai leka oleh buaian di bawah pokok cermai, bila SERI BULAN meradang kena basuh kain cukin di sungai, bila keduanya kena bebel dek Pak Utih kerana balik kesenjaan, perkara paling seronok mengubat sebal adalah dengan merapu...!




48 comments:

  1. yeha..........

    ayu suka merapu dalam blog.,sebab ianya buatkan ayu rasa muda jer..

    tapi awas..diluar ayu garang tau....hahahhaha

    ReplyDelete
  2. saya suka merapu..definisi merapu saya adalah entri yg ntah pape, kekadang x masuk akal n kekadang adelah terhasil drpd ketiadaan idea..hehehe..boleh kak camni? haha

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum...
    Tersesat kat sini siang tadi tapi tak berkesempatan untuk memberikan salam. Tertarik ngan n3 Konsep Kesukarelaan. Akak ada tak list rumah anak2 yatim tu. Saya ada le google tapi was2.
    Tak salah merapu asalkan sesuai dengan tempat, situasi, masa dan tujuan. Bayangkan orang orang merapu dalam mesyuarat, apa akan jadi? Tetttt

    ReplyDelete
  4. betul tu. kdg2 merapu ni escapism seorang terhadap realiti kehidupan dia..di luar dia mgkin seorg yg nampak serius, tapi the other side dia mgkin yg suka bergurau tp tak reti nak tonjolkan. sy sendiri pun suka singgah blog2 yg merapu (lebih kepada blog jenaka bersahaja) sebab ia boleh buat sy ketawa tanpa paksaan :D rasa tenang sekejap.

    ReplyDelete
  5. blog tu hak kita kan azie..suka hati kitalah...alamak...merapu lak..kdg2 ida pun suka gak merapu sebab nk reles tension..kalau serius sgt pun boring gak..

    ReplyDelete
  6. AYU:
    Garang kerrr...?
    Tak takut..! Tak takut!


    ZIE:
    Kan ke defini merapu itu juga subjektif..? Terpulang pada penerimaan masing-masing.

    ReplyDelete
  7. KAK SAM:
    Tentang sukarela tu, ada banyak di laman web. Sebaiknya telefon dulu utk memastikan kedudukan dan kesesuaian. Kak Azie tak berani nak spesifik, sebab adalah tidak adil utk memilih sesuatu sedangkan mereka itu sama sahaja, golongan yang perlu dibantu. :)


    FATT:
    Ramai pasti yang sependapat dengan FATT ni.

    ReplyDelete
  8. IDA:
    Betul. Ramai orang berpendapat serupa seperti IDA. Ada kala takda idea, tulislah yang merapu, asal tidak menghina dan guna bahasa kasar...

    ReplyDelete
  9. blog adalah berkata-kata menggunakan jari jemari..
    kalau merapu kat blog pun, jari yang sakit..
    don't take liver la kak..
    kita kan geng merapu seantero..takkan ada yang terasa kan..hehehe

    ReplyDelete
  10. K. Azie, moh kita merapu sambey goyang jari (eh, sambey lipat baju daaa...)

    "Anak ikan si anak Kerapu
    Anak kerapu takde bulu
    Yang tak berbulu tu Kerapu
    errrr... sebenonye I like uuuU!"

    K. Azie, asalkan dgn merapu kita tidak mengguris hati org, tdk menyentuh sensitiviti agama & tdk menggegarkan rmhtangga okay ape...

    ReplyDelete
  11. DR RODZILA:
    Tak pernah terasa pun. Merapu memang best apaaa... :)


    PN LIZA:
    Wahhh ini orang memang pakar merapu nih.

    Tapi Ikan Kerapu kalu masak dengan Labu, ok tak? hahahaha

    ReplyDelete
  12. Kerapu + Labu?

    Gamaknye jadi :-
    KeraBu
    KeLabu

    Ape2 aje le Yonggg...

    ReplyDelete
  13. Aslmkm Azie.
    Oleh kerana member students dulu kata Kak G 'a lousy gossiper' Kak G jadi ingat defininasi DBP i.e. 'merapu = berkata-kata, berkelakuan yang tidak menentu atau merapik' & 'merapik = berkata-kata yang bukan-bukan.'
    Hmmm sesekali jer ler kot Kak G gitu. :)
    BUKAN PASAL BAIK, BUKAN!
    TAPI PASAL TAK BERAPA NAK RETI.
    BORING KAN? :((

    ReplyDelete
  14. Assallamualaikum Azie,

    salam ziarah.
    Kali pertama mama tinggal jejak walau selalu juga melihat nama itu di n3 blogger lain..
    terasa bersantai membaca n3 ini..
    betul tu... blog kita, kita lah mewarnanya..kalau merapu pun , biarlah..asal kita suka ..

    ReplyDelete
  15. Aslmlkm Azie..makcik tak pandai nak tulis yg merapu tapi suka baca n3 yg merapu n tenguk cerita2 lawak/merapu sebab tu suka sangat tenguk Pi mai pi mai tang tu jugak..hehe..

    ReplyDelete
  16. Azie
    Merapu is part of 'creative writing'. As long as no influence dari pil khayal, arak atau sejenis dgnnya, kira OKlah tu, kan Azie kan??

    *senyum sambil kelip2 mata*

    ReplyDelete
  17. EELOBOR:
    Sekali sekala kita merapu, memang besttt...


    PN LIZA:
    Ahaaaa... pandai.! Tepukk!

    ReplyDelete
  18. Salam KAK G:
    Saya tak pernah boring dengan orang yg merapu, sebab saya pun sama dengan jerrrr...:)


    NADZ:
    Salam kenal. Sila masuk, terimakasih.
    Blog kita, ada waktunya harus juga mendengar atau memikir sejenak pendapat orang lain terhadap penulisan kita. Pendapat saya.

    ReplyDelete
  19. Salam MAKCIK MERIAM:
    Ahaa siri tu. Memang best! Tapi saya tetap suka yang asal dulu, masa tahun ’85,’86 dulu. Masa ada Marlia Musa lagi.



    SOM:
    Agree!
    Kalu ada ada influence pun, khayal lalok nengok menu orang masak sedap mata memandang, esp. Apam Bakar! hahahaha

    ReplyDelete
  20. Tagline yang I pakai "Why so serious?"

    Hehehe..

    Cukuplah kita berseriusan dalam kehidupan nyata..

    Menulis blog bagi saya membolehkan saya menjelmakan watak yang mungkin tak bisa terpancar jika saya & anda bertemu secara live. Maksudnya, saya boleh buat lawak merapu di dalam blog, tapi mungkin saja bila kita berjumpa, watak masing2 serius sahaja..

    Abaikan komen merapu ini :)

    ReplyDelete
  21. Kakcik juga selalu merapu bila En Ilham tak mahu keluar dari peti dingin beku! ;-)

    ReplyDelete
  22. yer. masa daftar nuffnang kan diorang tanya apa isi blog, saya tulis foods, travel, and about love, myself..hahaha..campur2 semua..
    saya hanya surf internet waktu malam jika hari bekerja dan ye..blog ni salah satu tempat nak merapu dan seronok gak baca entry yang tak payah fikir banyak2..siang2 dah banyak buat calculation..perghhhh

    ReplyDelete
  23. kadang merapu tu buat kita senyuim, macam terapilah jugak kan kak?

    ReplyDelete
  24. blog saya adalah dalam kategori merapu. sesuke hati je nak taruk ape jenis entri pun. layan je la kan kak...huhuhu~

    ReplyDelete
  25. Saya suka ke'rapua'an akak. Ada ker ayat macam gitu ek ... hehehehe

    ReplyDelete
  26. DADDY ZIYYAD:
    Yeahhh “Why so serious”? Abang hebat lahhh... (^_^)


    KAKCIK:
    Mesti besar peti dingin beku Kak Cik tu yerrr...


    ERI-CHAN:
    ahaa bijak. Tu sebab tension siang hari la ya.

    ReplyDelete
  27. SYA:
    Wahhh I like perkataan “terapi” tu. Setuju.


    GADISBUNGA:
    Ehhh ya ker blog merapu? Rasanya lebih ke arah meraban jer.. hahahah lariiiiiiiiiiii


    ACIK MLMW:
    “kerapuan”? Ohhh perkataan baru ni. I like!

    ReplyDelete
  28. Kemerapuan ...well i like that. Makcik dialam nyata macam serius tapi fikiran kadang kadang boleh takrif as merapu.So suka juga baca yang merapu rapu macam blog sorang budak nakal yang macam macam tu.Kalau serius sangat baik baca almanac ,encyclopedia or buku undang undang.Tentu tak best.
    Anyway,like your blog too and your witty comments.
    Hidup Azie!

    ReplyDelete
  29. MAKCIK mokjadeandell:
    Ahaa betullah. Kalu tak suka merapu, baik baca buku undang-undang, kan?

    Terimakasih atas sokongan.


    NURAYUNI:
    Jom kita merapu lagi, nak?

    ReplyDelete
  30. apa-apa pun boleh !
    kecuali politik.. tak reti!


    Betul tu kak. Kat blog kita ajelah yang kita boleh kata apa yang kita suka.


    Dulu-dulu saya citer panjang2.. nampak nau long-winded nya tapi sekarang dah pendekkan atas sebab musabab yang saya aje tau..

    ReplyDelete
  31. I suka ikan kerapu. Tapi ikan kerapu kat sini mahal. So I beli muruku je! heheheehehe

    ReplyDelete
  32. Salam kak Azie

    Kadang-kadang tulis blog ni ikut mood.. bila mood ntah apa-apa tu yg entri pun merapu-rapu... :)

    ReplyDelete
  33. yus pun tulis apa saja yg terlintas. Itu di kira merapu ke? Banyaknya mmg pasal anak-anak. Hari2 dengan mereka.

    Lebih suka baca yg merapu di blog, sebab kalau nak berita baik baca online paper...:D

    Like this entry....:)

    ReplyDelete
  34. komen merapu??
    mana adaaa...
    saya suka apa2 yang AA komen..di blog saya..

    ReplyDelete
  35. mcm kt blog ni,ada cerita,ada point.. org ni x kisah pun baca blog ni sebab semuanya rasa tak merapu..

    ReplyDelete
  36. Lagi banyak azie merapu,kak zai lagi suka baca...gelak sorang2...hehe...

    ReplyDelete
  37. hehe merapu ajelah kang asalkan kita tak kacau orang dan libatkan maruah orang...hehe

    ReplyDelete
  38. kdg2 merapu ini sbenarnya baik utk ilangkan streess..

    jgnlah smpai merapu yg ngarut2 tu..18 bagai..tu xsuka baca..naik benci lak..

    merapu yg bole buat kita gelak2 ..i looikkeeee...ehhee

    ReplyDelete
  39. AZRINA:
    Sama ler. Kak Azie pun tak minat politik.
    Panjang ker pendek ker, tak terhad pun.


    FAA:
    Maruku? Nak kene luku? (^_^)

    ReplyDelete
  40. NIDA:
    Rata-rata kita menulis ikut mood. Jenoh la Pak MOOD tu berjalan dari satu blog ke satu blog. ek?


    YUS:
    Cerita pasal anak-anak antara stori yang best ditulis dn dibaca.



    DRSINGA:
    suka yerrrr.? Kalu suka, next time sediakan podium juara utk saya. Hahahaha!

    ReplyDelete
  41. MIMI JAZMAN:
    Terimakasih kerana suka. Terimakasih juga jika mengkritik. Bukan nak rebut apa pun.


    KAK ZAI:
    Gelak sensorang? heeeee dah kunci pintu belakang?


    KALAMHATI:
    Kadang2 kerapuan kita ada gak ganggu orang. Sebab tu jangan gelak kuat kuat sangat. hahahaha


    SARAH:
    18 tu apa? umur 18 ek? Kak Azie umur 18 x 3. hahahaha!

    ReplyDelete
  42. bestnye akak kalo kite merapu meraban..heheh

    ReplyDelete
  43. CIK CERIA:
    Memang kalu dah merapu kadang2 sampai lupa donia!

    ReplyDelete
  44. merapu? suka gaks, mcm sejenis terapi :)

    ReplyDelete
  45. CALUK:
    Ahaaa mujur KATAK tu dah berpunya. hehehehe


    MAKSU:
    Ramai suka, sebab leh release tension.

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails