Saturday, January 1, 2011

“3 Idiots” yang Cemerlang dan Meriangkan Hari Tahun Baru....

Sebenarnya sudah 3 kali filem Hindi ini dimainkan di saluran khas sempena Tahun Baru Channel 110 Astro Fiest. Dak AMOI tengok kali pertama, sebab dia memang minat filem-filem Hindi selain Korea. Berbanding aku, dia kelihatan lebih minat dan jika berbanding IKA pula, IKA langsung tak layan filem Hindi.

Sharman Joshi, Aamir Khan and R. Madhavan Khan in “3 Idiots”

Kali ke 2, 3 Idiots diulangtayang, dia tengok lagi tapi aku tengok sekali lalu saja bersulam acara ke hulu hilir dalam rumah buat itu ini.


Dan akhirnya malam tadi, filem ini diulangtayang sekali lagi juga, dan aku berpeluang tengok (malam kurang ler skit kerja rumah). Dapat ler tengok dari mula hingga akhir.

Memang tak sia-sia Dak AMOI tengok 2 kali sebab citer ni memang best.



Copy Paste (text lain yang tidak berkaitan AA tidak masukkan):
3 Idiots that created history by becoming one of the most successful films in Hindi cinema walked away with 11 trophies at the International Indian Film Academy (IIFA 2010) awards here that concluded here with a flourish early Sunday, being declared the Best Film, while the Best Director award went to Rajkumar Hirani and the Best Actress award to Kareena Kapoor for the same movie, while Boman Irani received the Best Actor in A Negative Role honour for his brilliant portrayal of an eccentric professor in 3 Idiots.

Sharman Joshi, watak seorang anak, RAJU yang sangat ingin menjadi jurutera demi mengubah kehidupan keluarga terutama impian ayahnya yang sakit tenat.

Sharman Joshi, who played Aamir Khan’s friend in 3 Idiots, won the Best Supporting Actor award.

Pritam Chakraborty won the Best Music Director Award for composing lilting numbers for ‘Love Aaj Kal’ and Swanand Kirkire bagged the Best Lyrics Award for the super-hit movie 3 Idiots.

In the playback singing category, the Best Female Playback Singer award went to Kavita Seth for crooning ‘Ik tara’ in ‘Wake Up Sid’ and the Best Male Playback Singer Award went to Shaan for the hit number ‘Behti hawa sa thaa wo’ in 3 Idiots.

3 Idiots fame Omi Vadiya, who had people rolling in the aisles with his antics in the super-hit movie, received the Star Plus Debut of the Year (Male) award along with Jackie Bhagnani – the young actor who made his debut with the not-so-successful movie ‘Kal Kissne Dekha’.

Abhijat Joshi, Rajkumar Hirani and Vidhu Vinod Chopra received the Best Story Award for penning the interesting tale of 3 Idiots.

3 Idiots baggged the maximum technical awards. The film won the Best Sound Recording Award for Nihar Ranjan Samal and Sachin K. Sanghvi. The Best Sound Re-recording went to Anup Dev, the Best Song Recording Award went to Sachin K. Sanghvi, the Best Background Score Award went to Sanjay Wandrekar, Atul Raninga and Shantanu Moitra, while C.K. Muraleedharan received the Best Cinematography Award for 3 Idiots.
Source : dailymirror

Boman Irani sebagai Professor Viru Sahastrabudhhe yang sangat tegas dan garang tak bertempat, tetapi akhirnya tewas kepada anak muridnya sendiri, bila Rancho yang disangka bodoh akhirnya menjadi pelajar cemerlang dan time bergambor, duduk kat sebelah dia. Hikhikhik! ambikkk...

Masa tengok filem ini aku sendiri tidak tahu tentang kemenangan filem ini, tapi memang best sangat citer tuh. Lakunan Aamir Khan (watak sebagai Rancho [yang palsu] memang kelakar tetapi sinikal. Malah bila dia berani berhujah dengan profesor (pensyarah Engineering bernama Viru Sahastrabudhhe – tapi digelar Virus, watak ni pun kelakar tak hengat...!) sangat best dan mengujakan. Bergolek-golek kami ketawa.

Kareena jadi PIA, pelajar kedoktoran, anak Professor Virus tapi dia banyak bertentang pendapat dengan ayahnya sehingga akhirnya dia banyak membantu 3 Idiots dan jatuh chenta dengan Rancho.

Yang best, kisah 3 orang sahabat baik yang sanggup berkorban sesama mereka ini, membawa kepada kesedaran bahawa seseorang yang dilihat dungu bukanlah bodoh selamanya, dan yang cemerlang di bilik kuliah belum tentu menjanjikan kejayaan di atas kertas atau semasa berhujah di hadapan pentas.

Filem Hindi 3 Idiots ini rasanya hanya ada 2 lagu sahaja, ada tarian cuma 2 kali juga. Tidak meleret, sebaliknya pantas dan plot direct...! Best...!

Menonton filem yang best, penuh mesej walau kelakar tapi sinis sebenarnya mengingatkan kita bahawa dalam bidang akademik, berdepan dengan pakar sekalipun, keyakinan harus tinggi dan kecemerlangan bukan hanya dengan membaca buku pagi petang siang malam, tetapi nilai kemanusiaan dan pengorbanan memberikan kejayaan kehidupan juga.


~...melihat sekian banyak pengorbanan dan kefahaman yang pernah dibuktikan oleh HISYAM dalam “cinta platonik” tiada satu pun ketidakpercayaan dan keraguan dapat dicari di selitan khurta atau di celahan titisan Teh Tarik Mamak Kaya...!~


21 comments:

  1. Selamat tahun baru Azie

    I sempat tengok 2 scenes... 1. Amir Khan menari dgn Kareena .., sedap lagu tu ek? .., dan 2. Bila 2 orang geng hero nak buang debu mayat dlm jamb*n.

    Yang tak disangka2 bila my hubby boleh tonton sensorang siap gelak tawa lagi (masa tu I dah gentel bantal busuk zzzzz...)

    ReplyDelete
  2. dulu 3 idiots disiar kat ABO..masa tu jugak saya xingat berapa kali saya ulang tgk..mmg best tahap cemerlang citer ni..xpuas tgk kak azie saya ni..

    pastu diulang pulak dlm astro fiesta ni..lagilah saya tgk sb dlm HD..clear jelas gambar...

    rasa2nya lebih 15 kot saya tgk...hehee..

    ReplyDelete
  3. SOM:
    Selamat Tahun Baru jua buat SOM, sekeluarga moga terus sejahtera ceria dan bahagia.

    Alaaa U pun patut temankan hubby U tengok sama, wpun scene romantis tak ler banyak mcm filem Hindi yg lain2. But best aaarrr..
    Buang debu mayat tu benornya, tadak pun abu tu. Salah amik bekas. Wakakaka!

    ReplyDelete
  4. SARAH:
    Sebab tu Kak Azie tak hairan filem ini menang banyak award di IIF tu. Memang best kot...
    Kalu ada ulang dan sempat, memang nak tengok lagi.
    Dalam FB, ada orang sebut dia leh hafal dialog kot..

    Kami lak hafal time dialog esp. part kahwin adik Raju (masa dia koma)“Free...! Free..! Free.!” wakakakaka!

    ReplyDelete
  5. 3 idiots tak pernah tengok lagi.. 3 stooges je aku tengok.

    ReplyDelete
  6. ptg td dok sembang gak ngan kawan lama (lelaki), dia pun layan gak cerita nie. katanya best. mlm tadi perasan di ulang tayang lagi, tp bila tengok nama pelakon cam tak selera jer nak tengok. memang best ek?

    ReplyDelete
  7. Dah jarang sangat tengok hindustan..

    ReplyDelete
  8. salam kenall..!!! memang besttt citer nihh!! saya pun walau dah tengok berkali2 bila tengok lagi mesti nak mengalir gak air mata.. mesti nak gelak gak kat part2 yg kelakar tuhh! he he

    ReplyDelete
  9. Aslmkm Azie.
    SELAMAT TAHUN BARU 2011.
    Semoga tahun ini & dan hari2 mendatang akan jauh lebih baik dari sebelumnya. Amin.
    Lama tak bertemu di Maya. Kak G pun tak berkesempatan!
    Hmmm, ni citer yg dekat dgn kehidupan & menarik. Memang citer Amir Khan gah jugak la kan? :)

    ReplyDelete
  10. Err...lama dah tak layan filem Hindi ni...utk release tension seronok juga! Kadang2 filem Tamil pun saya layan bila dah boring....

    ReplyDelete
  11. tak minat ceta hindi, pening tengok banyak nari and nyanyi...

    ReplyDelete
  12. SYANI:
    Salam kenal. Sila masuk, terimakasih.
    3 Stooges tu filem lama, hitam putih tu. Kelakar. Kak Azie pun dulu selalu gak tengok.



    EELOBOR:
    Memang besttttt....! Lagu pun tak banyak, tarian cuma 2 kali saja.

    ReplyDelete
  13. YAN:
    I pun jarang juga, sebab takleh lawan feeling macam filem Hindi dolu-dolu, tapi ternyata filem 3 Idiots ni memang besttt...!



    IZAN:
    Salam kenal. Sila masuk, terimakasihhh..
    Wahhh.. mesti guling guling gelak part si Chadur tu kencing kena kejutan letrik, kan? hahahahaha

    ReplyDelete
  14. Salam KAK DRFAUZIAH:
    Selamat Tahun Baru. Aminnnnn....
    Ya, KAK, ini filem Aamir Khan dan Kareena Kapoor.


    RUSLIESOPHIAN:
    Yeahh.. saya pun adakala terluang, layan juga filem Tamil. Antara yang best filem Tamil adalah Run. Filem tu lagu dia best gilerrrr...

    ReplyDelete
  15. ZEZEBEL:
    Ya, adakala juga filem Hindi yang agak bosan kerana asyik2 lagu, tapi filem 3 Idiots ni lagu cuma 2,3 saja, tarian cuma 2 kali.

    ReplyDelete
  16. asal student je...mesti 'medic'..
    kalau cerita Hindi ni....
    penulis skrip ingat budak medik baaaanyak masa nak bercinta-cinta agaknya ek??
    :)

    ReplyDelete
  17. DRSINGA:
    Tu lar... memang ada gak yg tak logiknyer tu.

    Btw, budak Medik susah nak bercinta ker ek? Adehhhh belajar medik mesti kena bersengkang ler ek.

    ReplyDelete
  18. wahaha...saya baru baca review citer ni lepas akak taruk link. akak la rupa2nya yg kak roslaini maksudkan tu..hihihi

    tapi mmg best sgt5 citer ni kan kak. sebab tu saya layan sampai ke titik terakhir!

    ReplyDelete
  19. GADISBUNGA:
    Best kan? Part buat syarahan secara menghafal tu memang lawak tak hengat...!

    ReplyDelete
  20. cerita ni mmg best sangat! smlm dpt tgk skit jer..skali tgk hari ni channel fiesta dah takde...sedih :(

    ReplyDelete
  21. 3 idiots ni mmg best! Akak yus pun dah pernah tgk sebenarnya di Astro. Malam tadi yang buat geram tu, sbb yus menunggu untuk tgk sampai habis sekali lagi, tp dia buat hal pulak...huhu. Tu yg hangin...hehe

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails