Thursday, January 13, 2011

OST: Menyesal....

Lately aku gemar lagu ini wpun AA bukanlah fanatik kepada mana-mana artis pun.

Mungkin selera kita tidak sama, di kala orang lain begitu terhayun terbuai dek lagu Maher Zain, AA cuma suka 1 lagu dia saja (bukan menafikan mesej) tetapi irama yang kita sedap dengar tentulah tidak sama kerana bentuk telinga pun tak sama, kan?

Telinga AA capang banyak... mujur tak nampak sbb duk dalam tudung Bawal (nak habaq jugak tuuu....) > Sengih berlagak.

Lagu Tema aka OST; Original Soundtrack, the soundtrack of a movie, TV series, or video game.


MENYESAL by Sixth Sense

Tak pernah ku fahami ertimu padaku
Tak pernah ku mengerti hadirmu untukku
Rasa yang pernah kau bagi
Cinta yang telah kau beri

Setelah ku terjatuh baru ku sedari
Betapa kau kekasih hingga hujung hati
Rasa yang setia menanti
Cinta yang tak akan pergi

Menyesal ku akui tak terima cintamu
Dan kini engkau pergi meninggalkan hidupku
Terlambat ku akui berertinya dirimu
Kerna hanya dirimu sambut cinta
Penawar peritku

Hanya dirimu
Tulus cintaku

Menyesal ku akui tak terima cintamu
Dan kini engkau pergi meninggalkan hidupku
Menyesal ku akui tak terima cintamu
Dan kini engkau pergi meninggalkan hidupku

Terlambat ku akui berertinya dirimu
Kerna hanya dirimu
Sanggup cinta penawar peritku
Sanggup cinta pengusap tangisku


Tak pernah kaji, jadi bila ada yang sebut, vokalisnya sekarang (yang gantikan Zed Zaidi) adalah penyanyi Indonesia, harus aku terkejut. (SEMAKAN dari Google: vokalis itu adalah Adi Priyo Sambodo)


Tapi suara dia... perhhhh! Terbuai mengasyikkan tapi tidaklah melalaikan.

Siapa kata menyesal itu tidak berguna lagi? Sekurang-kurangnya dia tahu juga merasa menyesal, dan paling tidak tahu apa yang dikesalkannya....

*Tambah: AA ada lagu Menyesal dan Tak Bisa Memilihmu (both dari 6th Sense) dalam hp sebagai ringtone...!
**RALAT: Zed Zaidi bukan kumpulan Sixth Sense, tapi bekas vokalis kumpulan Seven Sign. Maaf, AA terkeliru


~...HISYAM tidak pernah suka lagu baru, memanjang lagu lama zaman Pak Pandir...Mencik!~



35 comments:

  1. itu semua tak penting.

    kerana saya yang ke-satu!

    haha~

    ReplyDelete
  2. ok.sekarang saya berkomen secara jujur.saya juga layan 6ixth sense.tapi saya dengar senyap2.nanti orang dan rakan2 kutuk saya layan lagu jiwang.

    haha~saya gelak lagi~

    *soundtrack dalam bahasa melayunya adalah runut bunyi.jarang dengar perkataan tu kan? kan?

    ReplyDelete
  3. saya suka lagu 6th sense nih..

    lagu lain group ni paling best saya rasa khatimah cinta..mendayu....

    ReplyDelete
  4. lagu ni mmg best. nak download lah, selalu dengar kat radio ajek...

    ReplyDelete
  5. banyak lagu sixth sense yg acu suka selain daripada Menyesal nie..antara nya Sepi & Cinta Sempurna...layan je dengar lagu diaorang nie...

    ReplyDelete
  6. lagu2 depa ni mmg best
    sesuailah dengan telinga kita

    suara dia adalah ala2 org indonkan
    layannn....

    ReplyDelete
  7. suka lagu2 six sense..suara dia best

    ReplyDelete
  8. BUJAL:
    Ada rasa menyesal tak? hehehehe


    SARAH:
    Khatimah Cinta tu ramai yg hafal, OST utk drama CHINTA...

    ReplyDelete
  9. NM02:
    Salam.
    Download terus ke hp. Layan sampai cair telinga. Hikhikhik!


    ACU:
    Lagu Tak Bisa Memilihmu pun bestttt...!

    ReplyDelete
  10. ATI:
    Memang penyanyi Indon pun....


    AMY:
    Mendayu...

    ReplyDelete
  11. cuba ajak Hisyam dengar lagu ni..
    takpun letak caller ringtone kt henpon seri bulan...mungkin dia tertawan..

    oh Kak Azie, dalam hati ada taman rupanya

    ReplyDelete
  12. Kakak jarang menghayati lagu-lagu sebenarnya. Nama penyanyi pun kalau macam CT norhaliza kenal la... (ketinggalan zaman betul kakak ni kan...)

    ReplyDelete
  13. hehehe.. ada maksud tersembunyi ke??

    ReplyDelete
  14. jiwa saya masih terperangkap dgn Wings & Search.

    Maka saya tak tahu pun wujudnya Sixth Sense ini, until baca entry anda.

    Ya, saya kolot.Miahahaa

    ReplyDelete
  15. Bukan sejak lagu 6th Sense femes dulu penyanyi tetap Adi kan... lagu kumpulan ni memang best, senikata dia pun best gak :)

    ReplyDelete
  16. yup best..teringt blik cerita Asmara

    ReplyDelete
  17. 6 sense nie mmg best..lagu2 depa lain dr band 2 indie yg lain..boleh layan lagu depa nie

    ReplyDelete
  18. salam.
    kak terus terang nak kata..ayu belum pernah dengar lagu nie...

    tolong postkan cd lagu nie segera...maklumlah..kalau kak azie dah promote..mana boleh ayu biarkan tanpa mendengarnya.....

    PS: macam biasa harga ikut buku..RM0.20...hehehehhehe

    ReplyDelete
  19. saya suke six sense..
    bujal kamu pelajar cemerlang..
    asyik dapat no 1 aje..hehe

    ReplyDelete
  20. kak kalo tak baca entri akak nih sampai sudah ler saya tak tahu yang zed zaidi tu buleh nyanyi..

    ReplyDelete
  21. Salam Kenal.
    tak pernah dengar pulak nama kumpulan sixsense ni. Nanti nak cari kat Youtube ni lagu ni.

    ReplyDelete
  22. eh bleh nyanyi yer si zed tuh ..
    xtau kak

    ReplyDelete
  23. DR ZILA:
    Dalam hati sapa yang ada taman ni?


    KAK ZAKIE:
    Kak, bukan kita ketinggalan zaman, tapi muzik yang bergerak terlalu pantas, kita tak larat nak kejar...:)

    ReplyDelete
  24. MIMI JAZMAN (masih tak jumpa blog anda):
    Maksud ada banyak. Yang tak tersorok pun ada.


    DADDY:
    Mujur mengaku sendirik. Hehehehe

    ReplyDelete
  25. ACIK:
    Benar, ada ralat di situ. Kak Azie dah betulkan. Thanks.



    NAZZ:
    Peminat purple jugak kah?
    ASMARADANA pun dimainkan lagi sekarang, pun guna lagu Sixth Sense dari album terdahulu; Tak Bisa Memilihmu.

    ReplyDelete
  26. SAHROM:
    Sixth Sense ni Indie Band yer? Oh saya tak tau.



    AYU:
    CD takda, main dengar kat radio jerrr..hehehe

    ReplyDelete
  27. CIKCERIA:
    Pasni kita suka band lain pulaaa..
    BUJAL tu memanggggg...


    AANAS:
    Zed Zaidi bekas penyanyi kumpulan 7-Signs. Cuma 1 album kalu tak silap, sebelum dia aktif berlakun.

    ReplyDelete
  28. SBC ADMIN:
    Jika anda takda radio, tak dengar lagu Melayu, saya percaya anda memang tak tahu lagu-lagu Sixth Sense.


    NOOR:
    Yaa, dulu laaaar. Kita pun boleh nyanyi gak, cuma ada album gambar. hahahaha

    ReplyDelete
  29. Menyesal betul tak tengok movie the Sixth Sense tu... Bruce Willis nyanyi lagu tu ek...?

    ReplyDelete
  30. EN_ME:
    Hiks...


    KHAYALKHAYAL:
    Yeahh.. I pun ingat-ingat lupa filem tu. Yup. memang Bruce Willis.

    ReplyDelete
  31. Memang suka lagu 'Menyesal' ni..sebab lirik dia lah! Memang mendayu-dayu..sebak je rasa bila dengar..sukaaaa...sampai kadang2 terpaksa buat-buat tak dengar, sensitip..takut leleh air mata..hikhik..

    ReplyDelete
  32. SITI MURNI:
    Menitik ayaq mata?
    apalah agaknya yang dikesalkan tu yaaa...

    ReplyDelete
  33. mak saya kata..
    orang telinga capang..degil...
    .
    .
    :)

    ReplyDelete
  34. DRSINGA:
    Dah degil, di tarik lagi telinga tu, bertambah capang..

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails