Tak sangka isu buku pinjaman (Skim Pinjaman Buku Teks, SPBT), mendapat komen yang pelbagai di entri aku terdahulu malah di FB pun ada para guru yang memberikan komen yang pelbagai dari sudut mereka sebagai guru.
Terimakasih semua. Malah blogger EJAESCOBART membuat entri khas untuk menyatakan komennya tentang isu buku pinjaman yang lunyai itu.
Terimakasih semua. Malah blogger EJAESCOBART membuat entri khas untuk menyatakan komennya tentang isu buku pinjaman yang lunyai itu.
Bila dia menyebut soal balut buku dan zaman dulu berbanding buku zaman sekarang, tentulah nostalgia kita masuk sekolah dulu buat kita tersenyum sendiri. Dolu-dolu semua murid dapat buku pinjaman tak kira mampu atau tidak. Balut pun dulu guna kertas minyak saja, kalu mampu skit pun guna kertas mahjung. Nak cari orang balut buku guna plastik macam hari ini, memang payah aarrr..
Ada juga yang balut guna kertas suratkhabar atau kertas kalendar. Jangan taktau, dulu2 kalendar semua besar-besar, payah nak cari yang kecik comey. Ada gak yang balut dengan kertas majalah atau poster artis-artis. (Sekarang majalah hiburan ada poster lagi tak? Bertahun dah tak beli).
Dolu-dolu cikgu kurang pot lah pasal balut buku ini, mungkin memahami tahap kemampuan sebuah keluarga untuk mencari kertas balut buku tentulah memerlukan sebahagian kos yang tidak menjadi penting. So, asal balut dan terjaga, kira oklah. Tu pun ramai gak yang jadi “orang” dan masuk U... kan? > sengihhhh vangga....
Hmmmmm.... esok bermula segala perkara yang berkaitan sekolah dan pelajaran. Para guru rasanya sudah bermula seminggu lalu lagi, dengan meeting, meeting dan meeting sajaaaa.
IKA balik dari kampus semalam, kerana ada beberapa barang tertinggal (Sijil Berhenti Sekolah pun tinggal). Dan sudah balik ke Sri Iskandar semula sebentar tadi. Dak AMOI pun dah balik ke Shah Alam pagi tadi. Makin sunyi la rumahhhh... > sengihhhh sebak...
Biasanya, bila Back To School — ni ayat alasan paling popular dalam borang cuti sejak bertahun lamanya bila buka sekolah — ramai parents akan cuti sekurang-kurang pada hari pertama, kan?
CHAK memang gigi tengah jarang. Tapi tak mahu dia cedih, so aku selalu sebut, model dalam tv pun ramai yang gigi jarang. Hahahahaha!
Tapi esok aku tidak bercuti. Sebab rasanya anak-anak boleh handle sendiri, dan si bongsu pun dah Tahun 3. Urusan yang melibatkan yuran akan diuruskan oleh si ayah pada tengahari. Tiada keperluan mendesak untuk mengorbankan cuti.
Buat anak-anak semua, selamat kembali ke sekolah. Dan untuk para guru semua, selamat kembali ke bilik guru, ke kelas mengajar dan semoga usaha gigih anda semua akan menjadi semangat selamanya kepada anak didik dan ganjaran dari NYA.
~...sepanjang mengajar di sekolah bertiang buluh, berdinding bertam puas juga mendengar keluh-kesah SERI BULAN tentang perit kehidupan, paling mujur bila si anak kota jati bernama HISYAM menjadi lebih kampung dari warga Kampung Separuh Desa...!
Kakcik juga tidak bercuti di hari pertama persekolahan anak2. Ayahnya selalu kata, 'biar saya saja yang cuti'... Iyalah.. PA kan kena simpan cuti untuk escort boss! :)
ReplyDeletesalam..
ReplyDeleteteringat balut buku teks dengan kertas surat khabar :)
Azie..ida cdg tk mahu cuti sbb zaki kata wat pe ibu cuti..adik ok je..tp nmpaknya kena cuti juga sbb nk buat ic baru, nak buat lesen mandu abru...trauma lagi bila kecurian ni...kesiannya ida,,duit sekolah anak2 kena kebas n note book pun kena kebas sekali...
ReplyDeletehmm, betul la kak azie, kita dulu balut buku teks dengan kertas minyak..kdg2 suratkhabar. yg penting buku tu dijamin tak lunyai & disambung ke adik2 junior kita pulak..& memang vangggaaaa...jadi 'orang'..bukan 'beruang'..makan agaknya buku teks tu sampai naik lunyai..huhu
ReplyDeletesalam tahun baru
ReplyDeletedek kerana amalan membalut buku dengan plastik yang diterapkan oleh cikgu dan ayah vic sendiri, sampai skang semua buku ilmiah ataupun novel yang vic beli mesti vic balut dulu sebelum baca. Dah jadi habit.
ReplyDeleteKAKCIK:
ReplyDeleteUntung jadi PA. Bos pula yang turun padang urus anak sekolah. Nanti banyak cuti, leh berjalan jauh skit.
JINKAMEN:
Pun balut buku dengan kertas suratkhabar juga ek.... Tapi pandai juga kan?
IDA:
ReplyDeleteMoga terus tabah dan redha. Apa yang berlaku pasti ada hikmah. Anak-anak kena dijelaskan bahawa yang berlaku hanyalah ujian.
SITI MURNI:
Dulu-dulu mungkin kita tak mampu nak beli buku sekerap anak2 sekarang, boleh minta buku apa saja.
So bila kita dapat jer buku teks sekolah, seronok tak hengga, dok jaga tatang baca pagi petang siang malam...
BRUTALSOLO:
ReplyDeleteSalam. Selamat Tahun Baru, semoga tahun baru memberikan lebih keceriaan dan kecemerlangan.
VIC DIANA:
Pekabar. Lama tak dengar berita. Pindah rumah baru ya?
Bagus tul amalan begitu, balut buku tiap kali beli buku. Sebab itu baik buruk pun, bermula dari sikap seseorang.
Kak Zai dulu pun balut buku dengan kertas minyak aje,bila cerita kat anak2 mereka ketawa.
ReplyDeleteSelamat Tahun Baru buat azie sekeluarga.
Salam KAK ZAI:
ReplyDeleteYeah, sama ler kita. Guna kertas minyak yang kuning coklat tu. Kalu zaman tu, kira dah hebat dah tuuu...
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete