Saturday, January 15, 2011

Lelaki Pun Kuat Membebel laahh...!

Pagi-pagi cari baju tak jumpa, membebel.

Cari stoking tak jumpa yang baru, pun membebel. Padahal semalam dengan senang hati lempar jer dalam bakul kotor.

Singgah isi minyak, pun bebel sebab mahal dah sekarang. Padahal harga dah lama naik. Dah masuk suratkhabar pun, dah letih dah orang lain bercakap.

Mujur bini terlebih faham, kunci zip mulut rapat-rapat tak berani sahut. Paling-paling bagi senyum terpaksa. Alasan nak jaga lipstik jangan tercomot, paling tidak biarlah sampai ke tempat kerja. (Belasah Nasi Lemak dengan sambal nanti, lipstik ke mana, sambal ke mana...)

Hantar bini sampai depan pintu tempat kerja, pun sempat lagi bebel tu. “Balik nanti kalu tengok takda, balik sendiri.”

Salam, cium tangan, wave lebih kurang...

Masa tu baru bini ada mood nak bebel, tapi takkan nak bebel kat asap saja?

Wuarrrrghhh!

*Jangan sebut SABTU, sebab AA sakit dada!





18 comments:

  1. k.azie...orang lelaki kalau membebel lagi teruk dari perempaun tau. kadang2 terpaksa menahan telinga, menahan hati tetapi kekadang terlepas jugak mana boleh tahan...hahahhaaa...

    ReplyDelete
  2. Membebel....?

    Uhhh, ckLah nak tutup telinga lah...

    :D

    ReplyDelete
  3. hehehheh..
    betul la..mcm ayah Tuya,dia x rajin bebel..
    tapi kalau dia dah start..mau nangis air mata darah dengor nye..

    happy weekend akk..

    ReplyDelete
  4. wahahaha!!betul! Asyik2 kte yg dikatakan mbebel kan?? padahal dia tak sedar dia pon sama. haihhh

    ReplyDelete
  5. lelaki dan perempuan dah lebih kurang sama... bukan takat membebel.. bergossip pun depa dah pandai... hahhahahaha

    ReplyDelete
  6. Kakcik kalau 'dia' mula membebel...kakcik akan diam je.. mlasa nak layan. Nanti-nanti di lain hari, baru kakcik balas. Tapi, kadang-kadang balas juga, terutama kalau di jalanraya 'dia' suka menyalahkan sini sana... ;-)

    Pagi ini, kakcik dah 'pusing' Medan Selera HKL, Lebuh Ampang dan Keramat! :)

    ReplyDelete
  7. JUNAINA:
    Tadah telinga kata orang.


    CKLAH:
    Tutup dengan tudung saji ok gak kan? :)

    ReplyDelete
  8. TUYA:
    Ahaa tu yang makan dalam tu.


    JIJI:
    Baru ler adil, ya tak?


    EJA:
    Bergossip dan mesorat tingkap. Depa pun dah pandai.

    ReplyDelete
  9. KAKCIK:
    Hahahahaha... gelak jer lah.

    Pssstttt... plan ke Melaka tu saya takleh. Ada hal lain.
    Plan KakCik tu nanti update, saya boleh tolong. Anytime.

    ReplyDelete
  10. Hahahahahhaa..

    My wife mmg kata saya suka membebel.....

    ReplyDelete
  11. hehe..betul kak azie..
    pastu yg saya tak tahan..dgn nada marah2 tu..spt org potong que masa traffic..macam nok bergocoh je laki saya tu..huhu

    seb baik bini dia ni ada utk jadi tukang cooler..

    ReplyDelete
  12. DADDY:
    Apalah yang dibebelkan tu yaaa?


    SARAH:
    Pasangan yang serasi. Api lawan air = Dingin nyamannnn...

    ReplyDelete
  13. agak2 nanti saya dpt asben yg cemana ek? ngeeee....~

    ReplyDelete
  14. GB:
    Nak yang macamana?
    Yang idung mancung macam Shah rukh Khan?


    atau
    yang ada misai tebal macam Tom Selleck?

    or mungkin
    minat pada yang kacak tinggi macam Fahrin Ahmad?

    atau simple
    macam Zahiril Adzim?

    Ahaks!

    ReplyDelete
  15. kalau Mr.EE membebel kat acu,acu diam je..malas nak layan..kalau di layang makin panjang bebel nya

    ReplyDelete
  16. ACU:
    Biarkan dia puaskan hati dia dulu..:)

    ReplyDelete
  17. anda bercakap mengenai..............??

    ReplyDelete
  18. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen dan mengomel.... :) *Bila saya tak sempat reply, jangan marah ehhh...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails