Saturday, January 22, 2011

SANGAM: When we were not meant to be together...

Tentu ramai yang layan Endostan Sangam kat RTM2 tadi, kan?

Termasuk ler aku, tak pasal-pasal Keli Goreng hangus sebelah sebab terlewat nak balikkan. Hmmm... next time nak kena letak tv tepi dapur niii... > sengih berangan.

Masa aku sekolah menengah dulu, filem Sangam ni dah menjadi sebutan. Aku tahu melalui tulisan arwah penyanyi SUDIRMAN, yang menulis suatu ruangan khas dalam majalan URTV (lupa nama ruangan tu). Arwah menulis, dia tengok filem Sangam ni lebih 8 kali — Masa zaman tu majalah hiburan paling top adalah URTV dgn harga tak silap cuma RM1.50. SUDIR antara artis yang menulis suatu ruangan tetap catatan perjalanan hidup utk beberapa lama dlm majalah URTV, tak silap kelolaan BAM (Bahyah Mahmood). Selain SUDIR, penyanyi Uji Rashid juga pernah menulis di ruangan sebegitu, siap melukis lagi.

Ehh nak tulis tentang Sangam lah tadi...


Kita sudah biasa melihat, mendengar dan membaca tentang cinta tiga segi, pengorbanan kawan kepada kawan, sahabat yang setia dan cinta yang tidak kesampaian. Terlalu banyak. Tetapi Sangam memang sungguh sedih, sungguh pilu. Kekuatan cerita ini tentulah pada lagu-lagunya. Lumrah filem-filem Hindi, lagu menjadi kekuatan, dan ramai kita terbuai seronok mendengar lagu dan irama dari filem ini.

Pengakhiran cerita sedih, bila pengorbanan tiba di kemuncak dengan sebuah kematian. Kerana ini filem Hindi, so bila bab bunuh diri, kita lihat seperti biasa sahaja lah. Kalu filem Melayu (Islam), jangan buat pasal, bang...!


Filem Sangam keluaran tahun 1964 lakunan hebat Raj Kapoor, Vyjayantimala, dan Rajendra Kumar, memang menjadi filem sebutan ramai (ketagihan utk menonton) pada zaman itu.

Bila membaca setiap tulisan SUDIR dalam ruangan tersebut, aku selalu terfikir dan berangan, bila lah dapat tengok filem hebat itu yang buatkan di sana sini orang menulis tentangnya, sampai ulang alik kuar panggung nak tengok, tiap kali masuk pun masih kesat air mata.

Selepas zaman Sangam, filem Bobby pula mencipta fenomena yang sama. Inilah filem pertama yang buatkan aku dapat masuk panggung wayang, keghairahan orang bercerita mungkin yang buatkan arwah AYAH sewa keta utk kami anak beranak bersempit-sempit ke panggung wayang. (Dah pernah citer dah pasal ni...)

Realiti kehidupan pun, ramai terkurung dalam kemelut cinta tiga segi. Tidak kira samada laki orang minat bini orang wpun lelaki-lelaki itu berkawan dan kenal rapat.

Apatah lagi yang berkawan-kawan sejak sekolah, sejak kolej. Merata ceruk kampus bersama-sama bertiga, tiba satu tahap salah sorang menjadi pilihan si gadis, dan yang lagi sorang (si loser) akan makan hati. Jangan sampai nak rampas balik dengan cara kotor dah la ya. (pun zaman sekarang dah ada kes...)

Merenung kembali tajuk di atas, bukankah lebih baik membuka hati penuh redha, andai kita selaku gadis yang direbutkan menerima insan yang sayang kita lebih dari rasa sayang kita terhadap dia – itu prinsip AA – dan dalam masa yang sama jangan lagi cuba membuka ruang utk pihak yang kita tidak boleh terima.



~...sudah lama SERI BULAN berbuat janji dengan HISYAM, bilamana masing-masing sama mengerti yang sampai bila pun mereka tidak mungkin dapat bersama dalam ikatan yang diharapkan ramai orang, tetapi terus menjadi orang kepercayaan ternyata lebih indah dari yang dijangkakan...~











34 comments:

  1. hikhik, mak sye ske tgk Sangam n Bobby!

    ReplyDelete
  2. ala akak..terlepas..xsempat tgk..hehhe

    ReplyDelete
  3. sangam memang power, nengok berapa kali pun tak kesah, ceritanya evergreen...

    tak tahu pulak ada cerita tu hari ni

    ReplyDelete
  4. Sangam?adui..terlepas lah tadi azie...ulang 10 kali pun ida suka sgt citer ni..bila tonton rasa jiwa terawang2...huhuhu

    ReplyDelete
  5. Aslmkm.
    :) Layan juger Sangam tadi, tapi tertido la plak.
    Namun tetap nostalgia!

    ReplyDelete
  6. AYUNI:
    Mak awak tu peminat filem Hindi la ek.


    CIKCERIA:
    Nanti mesti dia ulang lagi tu. Kalu tak juga, meh Kak Azie bawa layar perak besar pacak depan umah Cik Ceria...:)

    ReplyDelete
  7. IBU INTAN:
    Saya pun tahu bila My TOKLAKI tertekan channel tu malam tadi, nampak iklan nyer.


    IDALARA:
    Layan lagu tu yang best tuuu... kan?


    KAK G:
    Amboii sampai terlelap. Mesti layan lagu...:)

    ReplyDelete
  8. Saya pun baru je sebut pasal REDHA kat blog..:(

    saya tengok sekejap filem ni tadi, temankan bonda.tapi mengantuk lah kak azie wei..memang tak bleh pi dengan cite hindustan..sedih..:(

    Malam ni tengok cerita IQRA kat TV3..macam best je tu.

    ReplyDelete
  9. tadi tak tengok sebab keluar, tapi dah beberapa kali tengok citer nie kat TV. memang best gak layan. hiihhi

    ReplyDelete
  10. mere nam joker paling sedih, bebaru ni beli dvd ada 4 movie raj kapoor termasuk sangam.. baca cita ni lepas ni kena tenguk movie pulak....

    ReplyDelete
  11. alah..
    hari nie tak boleh mengelat...
    sampai tertinggal citer best nie..sanggam dan bobby mmg feberet orang lama.

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum...
    Dulu memang selalu le layan citer2 hindustan ni. Tapi la ni dah x berkesempatan. Sedihhhnyaa.

    ReplyDelete
  13. Salam Azieazah, kak masih sekolah dulu masa pertama kali ia ditayangkan. Kawan baik kak tengok filem sampai ni sampai 3 kali...

    http://treatntrick.blogspot.com

    ReplyDelete
  14. Azie,
    Akak tak tau ada tayangan Sangam di TV2.Tekan-tekan remote by chance,dapat tengok filem tak makan zaman.

    ReplyDelete
  15. salam

    tak layan mana hindi ko tamil ko

    layan cina ntv7 tadi..hehehhe

    ReplyDelete
  16. ~jangan lagi cuba membuka ruang untuk pihak yang kita tidak boleh terima~

    itu sangat bahaya,kan kak azie..

    # tak sempat tgk cita sangam, layan hindustan tV3 tadi,uhu

    ReplyDelete
  17. ~jangan lagi cuba membuka ruang untuk pihak yang kita tidak boleh terima~

    itu sangat bahaya,kan kak azie..

    # tak sempat tgk cita sangam, layan hindustan tV3 tadi,uhu

    ReplyDelete
  18. ~jangan lagi cuba membuka ruang untuk pihak yang kita tidak boleh terima~

    itu sangat bahaya,kan kak azie..

    # tak sempat tgk cita sangam, layan hindustan tV3 tadi,uhu

    ReplyDelete
  19. sy tahu lagu ni dari arwah sudirman :)

    ReplyDelete
  20. SITI MURNI:
    Bagi golongan seusia mak SITI, pasti teringat-ingat bila tengok filem Sangam tu. Dia nangis tak? hehehe


    EELOBOR:
    Memang ekrap filem ni diulangtayang. Ever green ni.


    CHIBI MARUKO:
    Salam kenal. sila masuk, terimakasih.
    Mula-mula ingat nak tulis juga antara filem hebat Raj Kapoor memanglah Mera Nam Joker. Sedih siot filem tu.

    ReplyDelete
  21. AYU:
    Hari Sabtu hari busy, kan? Takper, masyuuuukkk..!


    KAK SAM:
    Salam.
    Alaa takyah la sedih. Selalu filem2 gini akan diulang ulang, tak jemu. Macam filem-filem P.Ramlee gak.


    PALATABLE:
    Salam kenal. Sila masuk, terimakasih.
    Wahhh kawan akak tengok sampai 3x, hebat tu.

    ReplyDelete
  22. KAK NORA:
    Saya pun nasib-nasib jer dapat tengok tadi, sebab saya kerja rini. Dapat tengok pun dah nak dekat separuh jalan.


    SYIRA:
    Salam.
    Wahhh sekali sekala layan cina cina best gak wooo...

    ReplyDelete
  23. NAJWA:
    Ruang yang dibuka tu kadang2 terbuka tanpa kita sendiri sedar.... hehehe


    MAKSU:
    Lagu yang mana satu ek?
    Dos Dos Radha tu ker? :)

    ReplyDelete
  24. kak AA,
    sy zaman shah rukh khan! :))

    ReplyDelete
  25. EFFA:
    Ya, rata-rata sejak 1990-an adalah zaman fenomena Shah Rukh Khan.

    10 tahun akan datang, dia pula akan menjadi pelakun kenang-kenangan, dan filem2 dia lak yang akan jadi ever green.

    ReplyDelete
  26. hahah.. ini memang filem kegemaran mama ni tau! tadi sempat kol dia.. tapi dia tak dapat tengok sebab kat luar..
    hehe.. siap leh nyanyi lagi tu... citer bobby pun sama la.. kita lagi suka bobby.. :)

    ReplyDelete
  27. KELLA:
    Kedua dua filem tu kekuatan lebih kepada lagu.

    BOBBY kira zaman moden, dah ramai berpeluang masuk panggung.

    Kalu nak tahu generasi Raj Kapoor di Sangam

    dan generasi yang sama juga di Bobby.

    ReplyDelete
  28. salam..kak

    cete cinta yang tragis..best..

    ReplyDelete
  29. Salam azie..makxik tak tahu pun ada cerita sangam ..terlepas..sesal juga sebab minat sangat dgn cerita tu..lagu2nya memang hebat..hehe..tenguk cerita tu tentu terasa muda kembali..

    ReplyDelete
  30. Salam Kak Azie..

    10 kali Nida tengok cerita Sangam, 10 kali juga airmata ni mengalir... konon lepas ni malas nak tengok, tapi bila ada depan mata tengok juga sampai habis.....

    ReplyDelete
  31. SEKAMAR RINDU:
    Trajis bila bunuh diri. Jika tidak, kurang tragisnya.


    MAKCIK MERIAM:
    Ye lah, saya pun terasa muda juga, tapi memang saya masih muda pun. hahahahah!


    NIDA:
    Wahhh menghayati sampai nangis yer. Kena tengok sensorang ler cenggitu...

    ReplyDelete
  32. seronok tenguk dia mandi dalam sungai sambil nyanyi.. boleh ke kita buat macam tu... bestnya

    ReplyDelete
  33. name je hindustan mesti cost a lot of air mata.. hehehe..

    ReplyDelete
  34. PANGLIMA MUDA:
    Boleh bang... Zaman dulu lagi filem2 kita ada gak scene mandi sungai sambil nyanyi2. Sekarang jer sungai dah tak berapa bersih...:)



    MIMI JAZMAN:
    Itulah yang buat orang suka tengok tu. Syahdu syahdan....:)

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails