Saturday, January 1, 2011

Sikap Murid Terdahulu? atau Pihak Sekolah yang Lekeh Nak Ganti Baru?

Mungkinkah sikap murid atau pihak sekolah kita lekeh sangat?

Kesian CHAK dapat buku teks yang dah masuk generasi ke 4.

Membuang bersangka buruk, mungkin cikgu tak sempat nak semak semua buku teks yang dipulangkan, mungkin terlalu sibuk nak tengok buku tu dah masuk generasi ke berapa...

Dan tentulah sikap murid terdahulu yang menyumbang ke arah kehancuran kulit dan keleraian isi buku tersebut.

Kalaulah ada kerani khas yang bertugas untuk jaga buku teks atau semak buku teks setiap kali diserah dan dipulang (bukan hanya rekod) tentu leh kenal pasti buku yang sudah “uzur” begini dapat diasingkan utk tidak lagi digunakan.

Rasanya urusan buku teks pun cikgu lah juga yang buat, kan?
Banyak sungguh tugas cikgu yaa....



Macam dah tak rupa buku teks lagi dah.

Memang nak kena pi tukar yang baru.

Jenoh gak si ALONG selotep keliling tadi.


Kalu dah macam nak terbarai, lunyai camtu, nak buka baca pun tak semangat.

Untuk berlaku adil, lets say macam ni:

“cantik buku pun kalu tak rajin buka baca, tak guna juga.”

atau

“cerdik pandai murid bukan terletak pada cantik buku.”

mungkin begini,

“kalau dah malas baca, jangan nak salahkan buku yang buruk.”

atau bak kata NABIL Raja Lawak, “Lu fikirlah sendirik!”



15 comments:

  1. BS pun dapat buku yang 'agak elok sikit' dari buku yang Chak dapat itu! :(

    ReplyDelete
  2. hehehe, bagus ayat berprasangka baik itu. mungkin itu yang terbaik

    ReplyDelete
  3. Zureen pun jenuh menyelotep buku teks anak-anak yang hampir terlerai..Harap bertahan hingga akhir tahun..he3

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah anak2 ida dapat buku yang agak ok..dah siap balut lagi..so tk boleh salahkan buku kalau pelajaran tk ok...

    ReplyDelete
  5. ambil iktibar dari artikal diatas. emak bapa hendaklah menasihati anak2 supaya menjaga harta@buku percuma yg d beri sebagai pinjaman.kalau semua murid serah kembali buku yg elok pasti semua yg terima selepas itu dapat yg elok atau SEDIKIT elok.

    Jangan pula nnt ada yg dapat buku tak dak kulit plak tahun depan.

    ReplyDelete
  6. salam azie..agak lama makcik tak singgah..kurang sihat..kesihan tenguk rupa buku2 tu..cikgu tak perihatin n check ..sepatutnya buku2 yg macam tu dihapuskiralah..kesihan anak2 yg dapat buku macam tu,nak buka dah terburai..

    ReplyDelete
  7. KAKCIK:
    Elok sedikit kira syukur, asal boleh baca. BS dah masuk Tahun 6 yer tahun ni?


    EELOBOR:
    Kak Azie takut nanti para cikgu marah Kak Azie plak. :)

    ReplyDelete
  8. ZUREEN:
    Kalau dapat kat anak pompuan ok ler kot. Kadang tu dapat kat anak lelaki, bukan depa nak jaga sangat. Tambah lunyai ler buku tuuu...


    IDA:
    Syukur. Nasib baik la ya. Balut tu wajib. Dulu2 kita guna kertas minyak jer, sekarang dah mampu guna plastik lak.

    ReplyDelete
  9. FADZIL:
    Baik encikkkkkk... Terimakasih kerana memberikan pendapat yang sangat bermanfaat.


    MAKCIK MERIAM:
    Moga segera sembuh.
    Betullah, andai ada lebihan stok, seeloknya buku uzur begini tidak patut diberi kepada murid lagi.

    ReplyDelete
  10. KAKCIK:
    Ohhh Tahun 4 ek.. lupa lak.

    ReplyDelete
  11. kak Azie,

    Eja jawab komen kat umah Eja la ek... ;)

    http://ejaescobart.blogspot.com/2011/01/buku-teks-lunyai-rentetan-entry-kak-aa.html

    ReplyDelete
  12. kesiannya...

    nak buat lagu mana....dah kata pinjam....adeh...

    sabor jerlah...mai sini ayu tolong selotepkan sama2.


    PS: semangat belajar juga walau buku teks dah hancur lunyai.....

    ReplyDelete
  13. EJA:
    Terimakasih. Terimakasih...!



    AYU:
    Semangat itulah yang diharapkan berterusan sehingga hujung tahun.

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails