Monday, January 24, 2011

Blog dan Blogger: Berapa Lama Nak Jadi Orang Lain...?

Pasti ramai yang dengar topik hari ini tentang kisah blogger dan blog. Mungkin ini rentetan dari berita di akhbar semalam (tapi aku tak beli pun), tentang kehebatan ramai blogger yang mengutip pendapatan ribuan RM sebulan. Memang hebat dan tabik lah!

Cuma pendapat dari hati kecil seorang blogger Semut Merah ini, berpendapat, memang susah untuk mencapai tahap seperti mereka. Bagi setengah orang mungkin senang dan mudah seperti memetik jari.

Pernah seorang blogger ANYSS menulis, jika mahu popular dan blog diklik selalu, tulislah entri porno! hahahaha.

Pagi ini di radio panas, mengutarakan topik “BLOG dan BLOGGER”. Ramai yang menelefon/menulis di FB tentang blog yang mereka suka dan beberapa sebab dan info tentang blog tersebut. Pelbagai. Seronok dengar.

Memang hebatlah mereka yang menjadi blogger terkenal dan menjadi sebutan ramai. Sungguh mereka komited. Mungkin pada peringkat awal dulu, mereka pun susah juga dan bila sedikit BE yang mereka dapat, memangkinkan semangat mereka utk terus komited, dan hasilnya memang berbaloi! Kalu sebulan leh dapat RM12,000 sapa nak bagi? Tapi tentu tak semudah yang kita baca, kan?

Dan untuk kekal sebegitu, pun tak senang. Harus update setiap hari, bagaimana jika tiba-tiba terlibat dengan program keluarga, sehari suntuk takleh nak pegang laptop? (Btw, mestilah dah standby, buat auto publish...)

Cuba memahami keadaan mereka, AA yakin mereka itu pasti ingin berlaku adil kepada setiap pengomen mereka, sebab itu mereka tidak membalas setiap baris komen, sebab terlalu ramai, beratus-ratus setiap entri. Jenoh tu kalu nak reply, silap-silap kena lantik PA plak jadi tukang reply. Tapi, takyah laaar. Buat rugi duit jer. Hehehehe!

Seorang teman berkongsi pendapat tentang blog yang dia baca. Blog tersebut menulis segala inci peribadi, setiap pergerakan, sehinggakan berapa jumlah RM yang dibelanja termasuk resit dan penyata bank pun setiap minggu pun diupdatekan! Kenapa? Pasti dia ada sebab tertentu untuk public tahu berapa banyak RM yang dia miliki dan yang dia belanjakan. wow! sampai tahap itu ek?

Seperti ramai tahu, setiap orang ada minat dan cara tersendiri. Ada yang lansung tak suka tulis tentang peribadi, bukan BERBOHONG tetapi sekadar tidak mahu bercerita. “BEB, ada beza tu, tau!”

Cuma jangan menulis semata-mata meniru gaya orang lain, menulis dengan tamak atau menulis sebijik seperti orang berjaya itu. Kerana susah untuk mengekalkan komitmen dan gaya itu untuk jangka masa yang lama. Kalu terkantoi? Tapi kalu dah bijak berpura-pura mesti tahu cemana nak cover line, right? hahahaha!

Apalah seronoknya bersikap hipokrit, berpura-pura dengan cedok ayat orang? Jadilah diri sendiri.

Sekadar pendapat, maaflah jika ada yang terasa. When I say sory, I mean it!

Pilih mana suka. Nak mesra di alam maya tapi identiti rahsia, atau tidak kisah dikenali di luar dengan mesranya...



Kenangan: Gathering Blogger di FRIM Kepong 2009. Pertama kali kenal KAKCIK, ACU SAYANG, DJ EPOI, AZRUL HISHAM, VIC DIANA dan ramai lagi..



~...pagi ini HISYAM tidak lagi kembali dari perburuan, ntah kijang ntah tenggiling yang bakal dipikul pulang yang pasti SERI BULAN mula tidak keruan sehingga Mak Utih terasa hendak menyindir...!~








42 comments:

  1. saya bukan apa yang saya tulis.

    percaya?

    haha~

    ReplyDelete
  2. sebenarnya saya menulis tanpa mahu dikenali, tapi bukan sebab nak kutuk2 org.

    tapi this lately dah gatal nak taruk muka sendiri pulak dah...huhuhu~

    btw, saya pun dgr hotfm pagi tadi. hihihi~

    ReplyDelete
  3. assalamualaiku..saya menulis sekadar untuk layangan mindaku...huhuhuh

    ReplyDelete
  4. tujuan orang ni menulis blog :

    hehehe.. banyak sgt kot..

    boleh beri pendapat tak tentang blog org ni?? kdg2,takut tersilap tulis ke menyakitkan hati ke ape ke.. risau jugak..

    ReplyDelete
  5. Kakcik menulis ikut suka hati kakcik! ;-)

    ReplyDelete
  6. Aslkm Azie

    Ingat apa yg ditulis...ada perekod kiri dan kanan..

    ReplyDelete
  7. dlm redio hot ke kak azie tadi pagi bincang isu ni..xsempat dgr sb dtg skol awal..

    saya buat blog sb minat..nk share perkara yg patut2 je..xpenah reka2 cerita..selalunya saya akn bg contoh diri saya dulu..hehee..

    jika dpt $$ krn letak iklan tu..saya anggap sbg bonus je..

    **satu je saya xbgtau secara khusus..nama sebenar saya sebab seme org dah kenal sarah-najwan..hehe

    ReplyDelete
  8. **kak azie..pembetulan @ ralat:

    bukan seme org kenal sarah-najwan..hhehe..sebenarnya..org dah biasa dgn sarah-najwan...hehehe

    terperasan suda saya nih..hahhaaa

    ReplyDelete
  9. tak sempat nak dengar hot fm pg tadi(ada kelas)!
    BTW,blogging bkn kerana duit..tapi lebih pada kepuasan..am i right???

    ReplyDelete
  10. acu sama sepeti kakcik "menulis sesuka hati"...banyak kepada kisah peribadi & tempat pelancongan yang acu pergi...mungkin boleh menjadi rujukan kepada pembaca ;)

    ReplyDelete
  11. AA, saya pun mendengar Hot FM pagi tadi dalam perjalanan menghantar anak ke sekolah.

    Hebat bunyinya!

    Saya suka dengan gambar AA paparkan. Mengapa? Blogging sesungguhnya mampu menemukan insan selama ini tidak berpeluang bersua muka.

    Hubungan mereka semakin akrab, saya gembira apabila terbaca kisah Acu bertemu Echah di Sabah.

    Rasanya kejadian itu berlaku rentetan daripada aktiviri blogging.

    Jika mereka kaya sekalipun, mungkin peluang itu tidak bisa tercetus.

    ReplyDelete
  12. BUJAL:
    Yeaaa makcik percaya itu.
    Malah Makcik pun percaya kamu yg sebenar tidaklah sehensem gambar profile itu. hahahahaha

    lariiiiiiiiiiiiiiiiii


    GADISBUNGA:
    Dikenali oleh beberapa orang tertentu, tidak salah rasanya. Asal kita selesa dengan keadaan itu.


    SAHROM:
    Salam. Layangan minda yang sering melayang-layang bak layang-layang? Terputus tali tak? (^_^)

    ReplyDelete
  13. MIMI JAZMAN:
    Terpulang apa tujuan. Hak masing-masing.
    Nak beri pendapat tentang blog sapa sebenarnya? Kak Azie kah? silakan, tak kisah
    (Tapi sampai skang Kak Azie lum jumpa blog awak.)


    KAKCIK:
    Dalam gambar itu, Kakcik nampak ceria!


    MAMA JU:
    Setuju. Terimakasih berpesan-pesan.

    ReplyDelete
  14. SARAH:
    Tak ingat di mana Kak Azie baca, rupanya si empunya blogger Sarah ni nama sebenar ialah ZAI. Memang dah tahu Sarah tu nama anak, tapi segan nak tanya nama sebenar. Yg penting mesra.


    LIYA:
    Untie AA jadi tukang lapor! La por por wa ta kungsi!!


    ACU:
    Betul. Ada banyak panduan dan info berguna dari orang yang banyak berjalan, melancung ke negara yang lain orang belum sampai.

    ReplyDelete
  15. MAZIDUL:
    Terimakasih. Ada beberapa xtvt gathering yang Sdr cetuskan. Dari situ pertemuan bermula dan hubungan menjadi mesra.
    Betul, jika kaya sekalipun, belum tentu berpeluang.
    Kita kaya kengkawan, pun syukur.


    ZUREEN:
    Salam ZUREEN. Masak apa rini?

    ReplyDelete
  16. Salam AA,

    Kakak tulis hanya suka-suka je. Reality diri tak disorok pun. Kalau tahu pun apa salahnya. Dapat bertemu lagilah suka....

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikum...
    Jadi diri sendiri.
    Kalau niat nak cari rezeki maka rezekilah yang akan kita dapat,
    kalau niat nak cari kawan maka kawan le yg akan kita dapat,
    kalau niat nak cari ilmu maka ilmulah yang kita dapat.
    Tapi walau apa pun yang kita lakukan biarlah kerana Allah SWT.

    ReplyDelete
  18. saya menulis ikut apa saja yg terlntas..huhu.

    ReplyDelete
  19. kalau ikutkan dulu memang saya tak dikenali sangat...bila dah bersua muka antara blogger ni rasa macam best lak...dapat kenal perwatakan sebenar yg mungkin berbeza di alam maya..




    Jom guling-guling disini pula:

    Azrul Hisham -My Real Life

    ReplyDelete
  20. akak...

    saya adalah saya..heheh..saya menulis sebab saya gembira..heheh..:)

    ReplyDelete
  21. kita suka blogging sbb tulis ape2 yg xlepas cite kat org..

    kalaupun xde org baca, paling koman terlepas sikit beban perasaan tuh..

    tapi opkos x semua kan leh cite kat blog,unless kasi private itu punya blog..hehe

    ReplyDelete
  22. salam..
    ayu menulis kebanyakkan merapu..tapi terus terang...cara ini ayu rasa terhibur dan selesa sekali

    enjoy sungguh dgn blogspot..

    PS: gathering yang kak paparkan tu lah iras2 mimpi ayu malam semalam....dah baca entry tu kan>>

    ReplyDelete
  23. AA-aku suka entry ni. Klau ada gathering lagi, jangan lupa contact aku ye.

    ReplyDelete
  24. aku menulis buakn kerna nama...(lagu sapa tah...lupa)...

    sekadar ingin berkongsi dan kekadang meluahkan rasa hati...mengurangkan stress...

    ReplyDelete
  25. KAK ZAKIE:
    Terimakasih. Memang ramai kawan2 blogger saya macam KAK juga. Rendah hati.


    KAK SAM:
    Salam terimakasih. Berpesan-pesan.


    SHAHRUL:
    Awak tergolong dalam caption “...dan ramai lagi...”

    ReplyDelete
  26. YUS:
    Yang terlintas tu kena tengok trafik juga, jangan main lintas jer.. :)


    AZRUL:
    Setuju. Ada orang dlm blog mesra ceria, tapi kat luar pemalu la sangat. :)


    CIK CERIA:
    Kak Azie cuma nak tumpang ceria awak jerrrr.

    ReplyDelete
  27. setuju dgn azie... seeloknya kita buat cara kita sendiri dan jangan pulak melalui blog ni kita menjatuhkan org lain... tapi mmg salute betul ngan redmummy tu...

    ReplyDelete
  28. ZIE:
    Kak Azie ada blog peribadi yang memang dikunci dan tidak di“public”kan.


    AYU:
    Dah baca. Amboiii belum kuar entri sudah mimpi? Hebat, pakai ilmu apa ini? hehehehe


    BANG RAMBUTAN:
    Yeah... sapa yang nak buat gathering tu kena bgtau aku supaya aku bleh contact RAMBUTAN nih..:)

    ReplyDelete
  29. JUNAINA:
    Rasanya tu lagu Ramli Sarip tu..
    Kurangkan stress, ya setuju.


    MUNNA:
    Mereka itu orang yang berjaya dalam kelas mereka yang tersendiri!

    ReplyDelete
  30. susah la jadik glamer... nanti cam sombong bila tak reply semua kawan yang bertandang

    ReplyDelete
  31. saya tulis ikut suka saya...kalau x de n3, baik saya diam je dr tiru orang bulat2...biar x update, tapi jgn cilok!!

    ReplyDelete
  32. kak azie
    pg td ada dgr..
    mmg best ler dpt 12k bulan2 perggghhh
    siap declare LHDN gitu

    ReplyDelete
  33. salam

    aku menulis..bukan kerna namaa..hehehe

    ReplyDelete
  34. salam kak azie,
    saya tulis sebab nak hiburkan hati suami. heheh.. aci..? dia boring kat ofis.. kadang bila dia tak suka apa yang saya tulih, dia akan komen bila balik umah..

    ReplyDelete
  35. CEMOMOI:
    Itu pun masih ramai orang yang teringin nak jadi glamer.


    WAHIDA:
    Tulis ikut suka itu yang best!


    NOOR:
    Kalu dah gitu lebat incomenya, mesti lah kena bayor cukai.

    ReplyDelete
  36. JINKAMEN:
    Itu lagu Ramli Sarip tu...:)


    AANAS:
    Wahh bestnya blog bleh kongsi-kongsi dgn suami. Telus gitu.

    ReplyDelete
  37. hmmm... kita menulis sebab mahu menulis.. mahu menaip.. mahu berkongsi cerita, minat dengan kawan2 lain.. :)
    tapi bukan untk mencari glamor.. hahaha

    ReplyDelete
  38. KELLA:
    Kalu ter”glamer” jugak? Ahaaa.. susah nak tepis tuu...:)

    ReplyDelete
  39. sy pulak menulis blog untuk catat journal travel. takut lupa sume info ttg tmpt yg penah dilawati :)

    ReplyDelete
  40. FATT:
    Benar. Catatan perjalanan wajib kena tulis, buat kenangan dan rujukan sendiri dan juga orang lain.

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails