Tuesday, January 11, 2011

Qistina oh Qistina: Syurgalah Tempatmu...

JOHOR BAHRU:
Berdasarkan laporan yang dibuat di Balai Polis Tiram, bapa mangsa Nurafizan Ludin, 30, menyatakan beliau menerima panggilan daripada isterinya, iaitu ibu tiri Nor Diana Qistina, mangsa tidak sedarkan diri selepas lemas dalam baldi di rumah pada kira-kira jam 8.30 pagi kelmarin.

Katanya, bapa mangsa yang bekerja di sebuah kilang di Pasir Gudang kemudian membawa Nur Dania ke hospital sebelum kanak-kanak itu disahkan meninggal dunia oleh doktor di HSI kira-kira sejam kemudian.

Roslan berkata, laporan bedah siasat ke atas mangsa mendapati ada 73 kesan kecederaan di seluruh badannya dan doktor mengesahkan mangsa mati akibat pendarahan dalam paru-parunya dipercayai akibat penderaan fizikal.

“Polis akan menahan bapa dan ibu tiri mangsa dalam masa terdekat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

Bukan hanya Nor Diana Qistina, malah adiknya, Danish Irsyad berusia setahun, turut menjadi mangsa kekejaman yang dipercayai dilakukan oleh ibu tirinya. Kanak-kanak itu ini dirawat di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini.

Mangsa merupakan anak kedua daripada tiga beradik dan tinggal bersama bapanya, Nurafizan Ludin, 29, seorang pekerja kilang manakala ibu tirinya pula seorang suri rumah.

Ibu kandung mangsa, Nor Aquilla Razali, 27, menetap di Pasir Gudang dan bercerai dengan Norafizan sejak setahun lalu.

Bayangkanlah, tentang jeritan kanak-kanak ini sewaktu didera, disakiti, dicederai... Bayangkanlahhhh... aduh

Semoga adik Nor Diana Qistina aman di sana. Amin.


EMOSI AKU:
Memang bangsat betul lah manusia yang tergamak melakukan penderaan, tidak kiralah kepada binatang apatah lagi kepada anak sekecil itu.

Memang hati kering betul...!

Kalu ada depan muka aku, memang aku bagi pelempang sekali, baru soal siasat.

Tak pun aku tenyeh seterika panas (kasi meter sampai maximum) kat pipi dia bagi dia rasa cemana rasa!

Ada hati nak kahwin dengan duda, tapi anak orang tu nak dera plak! Boleh blahh!



29 comments:

  1. salam..
    kak azie..kesian sangat pada ibu mangsa..orang kampung ayu...
    hanya beza 3 tahun..dia lebih muda...kesian sangat 3 anaknya termasuk arwah dilarikan bekas suaminya..yang tiada hati dan perasaan.............


    semoga arwah nor diana qristina dirahmati Allah.....

    ReplyDelete
  2. manusia hati binatang macam tu la,orang lain punya la susah nak anak dia senang-senang jer bunuh..
    huhu..kesian budak tu.

    ReplyDelete
  3. bapaknya pun sama beruk

    tapi dapat syurga free, rezeki kau dik!

    ReplyDelete
  4. dengar cerita si bapak tu bawak anaknya lari dari pangkuan mak kandungnya 3 bulan lalu... Hampeh betol, kalo tak leh bela jangan hambik.. huh emosi jadinya.

    ReplyDelete
  5. heran:

    1. maknya tak jaga dia, besa anak bawah umur dijaga dek ibu sendiri

    2. paknya tak perasan kesan penderaan atau psikologi budak tu selama ni

    ReplyDelete
  6. CEMOMOI:
    Kita cuba jawab begini:

    1. Mak dia cuba jaga, tapi paknya bawak lari dari jagaan maknya. Maknya bekerja, so mungkin terhad masa utk menjejak ex suami.

    2. Macam dlm drama, paknya tengah asyik masyuk dgn bini baru, semua cakap bini dia telan, percaya. Konon mungkin dia kata anak dia lasak, jatuh sebab tu lebam-lebam..

    tak mustahil kan? logik tak?

    ReplyDelete
  7. saya kalu berita gini..xle baca dan tgk..ni pom terus scroll cari catat ulasan..sedih, sebak, takut dan macam2..

    xpe..kita pujuk hati kita ckp..anak ini sudah ke syurga,,tapi mengenangkan azab diseksa..eee..xterfikir..

    igt arwah nurin..saya menangis sama sebak ngan jemaah yg solat jenazah masa disiarkn di tv dulu..

    apa2 pom seme kanak2 yg teraniaya ni..sudah bahagia yg amat sgt di syurga..di syurga Allah taala..

    **saya sebak kak azie..sedihkan..TERGAMAK sgguh manusia ni..lebih drpd binatang krn kejam terhadap kanak2 yg lemah..xde kudrat..xle lawan..

    ReplyDelete
  8. salam kak..
    memang menyirap je dengar n baca berita tu kan..
    sakit hati!!

    ReplyDelete
  9. Memang sedih bila baca penderaan budak ni. Kat sini pun banyak kes macam ni, memang sekejam2 manusia lah!
    I definitely know arwah sangat2 happy sekarang jadi bidadari syurga, tak tnggung kesakitan lagi.
    Kesian kat kaum keluarga yg ditinggalkan arwah...

    ReplyDelete
  10. Setiap kali ada kes sebegini, AA terus jer teringat anak-anak sendiri.

    Rasa nak terus balik peluk anak-anak, tak sampai hati woooo nak marah nak pukul pun...

    ReplyDelete
  11. Bukan ada hati nk kawen dgn duda... Dgn laki orang! Mmg gila..kat pasir gudang pulak tu.. Dekat bebenau.klu kenai muka n lepas ni terjumpa..mmg kena ludah!!

    ReplyDelete
  12. Aslkm

    Mama terharu.
    Mama baca tulisan2 azie...hehe kalau ada gader2 lagi teringin nak jumpa. Tulisan azie sempoi je tapi menarik.
    Bye.

    ReplyDelete
  13. orang mcm ni takde perasaan kasih langsung ke. ni kira membunuh jugak walaupun perlahan2. nyawa manusia hanya Allah je layak tarik..dimana imannya?

    ReplyDelete
  14. Kejamnya...manusia bertopengkan binatang,tak ada hati perut.Eloknya balas balik pada keluarga dia biar dia rasa betapa peritnya arwah sebelum menghembuskan nafas terakhir.

    Al-Fathihah.

    ReplyDelete
  15. kita cerita2 mcm ni akan melekat
    dalam kepala lama betul...baru
    boleh hilang..sebak..sedih..geram!

    kemana jiran2 ...tak dgr ke?

    kemana ibu kandung..tak fikir ke
    akan terjadi hal spt ini?

    mana hilangnya akal fikiran syaitan betina tu...tergamak dia

    bapak syaitan tu pun tak nampak
    ke kesan2 deraan..

    isshhhh...GERAMMMMM!!

    ReplyDelete
  16. kalau kita cakap org lelaki ni tengok dgn hidung dorang marah...tapi mustahil dia tak nampak perubahan atau kesakitan anak dia kalau dia tengok dgn mata.betul tak?

    parents buat problem,anak-anak jadi mangsa.aku rasa isteri baru dia tu ada masalah mental.semua perasaan marah dendam sakit hati dia tak dapat nak luahkan pada suami so anak-anak yg jadi mangsa.

    ReplyDelete
  17. ermm.. saya ni satu sekolah dgn si ayah tu.. dulu kami leh katakan baik jugak.. x sangka plak dia macam tu.. apepun kita doakan semoga arwah sentiasa dicucuri rahmat. .. amin

    ReplyDelete
  18. Not only mental problem, tapi dah diharuk dek syaitan. Gilaa!!! Mintak2 dia kena penjara!!! Nasib baik I tak keje jadi Pegawai Penjara! If not I suruh orang bawahan I dera dia dalam lokap! oopss...

    ReplyDelete
  19. dah takde perasaan ke apa dia ni?

    geram betul!!

    ReplyDelete
  20. mmg sakit ati biler bc biter neh, kak... lebih sentap biler tgk angka 73 tuh... bygkan 3 bulan dilarikan, dh menanggung derita emosi, then 73 kesan fizikal... mmg nk kener pijak perut ngan sy mak tiri dier tuh...al-fatihah untuk adik qistina...

    ReplyDelete
  21. masing2 antara kita ada hukuman sendiri yang nak bagi kat dia kalau di benarkan.

    memang sedih....

    ReplyDelete
  22. masa dengar dalam berita malam kelmarin terus bergenang air mata acu membayang kan betapa seksa nya arwah semasa didera...sebak semula bila baca entri nie..

    semoga arwah tenang & damai di sana

    ReplyDelete
  23. aziezah: hati kering, hati batu & mmg x de hati perut betullah org ni!

    ReplyDelete
  24. sedihnya..sian adik nih..
    bangsat tul pendera nih...
    xsuka!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  25. sebenarnya macam ni.....ALLAH nak bagi pengajaran kat kite semua,nak bagi amaran yg dunia sekarang banyak dugaan dan manusia sekarang pun dah tak dak hati perasaan sampai sanggup buat anak sendri.. egt kisah masa zaman jahiliah dulu?? bapak tanam anak sendri.. hm.. ini pun lebih kurang jgak ni..

    dan satu lagi..ALLAH dh pilih adik QISTINA untuk jd insan istimewa di syurganya.. sama2lah kita doakn arwah ye.. may ALLAH bless adik qistina.. =)

    ReplyDelete
  26. di sini pun dah ada beberapa kes begini dan yg sedihnya orang melayu kita yg buat. latar belakang keluarga, ibu bapa muda dan low income.
    anak2 yg terkorban selamat bahgia disana.

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails