Lihat kembali tajuk entri, betul atau tidak?
Ya... dari kisah pelajar histeria di Pahang, berlari di balkoni belakang sekolah, tak sedar diri, tapak tangan luka boleh dia jilat darah sendiri.
Heeee ngeri. Malas nak ulas bab histeria ni. Sudah ada blogger yang menulis tentangnya. Pengalaman sendiri AA semasa Tingkatan 5 dulu, pernah kena histeria. Malas nak kenang.
Bermula di suatu petang di padang sekolah, latihan rumah sukan. Tak ingat bagaimana ia bermula, masa tu adik aku pun sedang lari (saringan 100 meter kot...). Tiba-tiba jer... uishhh kami menjerit di dalam kelas. Tak ler berapa teruk sangat masa petang tu. Cuma beberapa orang saja yang kena...
Tapi esok paginya, perhimpunan sekolah tak pasti sapa yang mula dulu, dan aku terlibat sama. Lepas sorang, sorang pula yang menjerit sehingga setiap yang kena tu tak boleh berdekatan. Terpaksa dipisahkan jauh, sehingga penuh kantin ketika itu. Akhirnya hari itu sekolah ditutup, sebab ramai yang kena. Zaman itu dianggap kejadian kecil, tak masuk suratkhabar pun. Pihak sekolah ambil pendekatan sendiri menyelesaikannya. Ada Ustaz di panggil ke sekolah... dan ...
Aku kat rumah baring macam sedar tak sedar. My BONDA dan arwah Ayah buat apa ntah, aku minum air penawar. Yang ingat My BONDA tanya apa yang aku nampak, tapi aku tak jawab. Aku diam jerrrrrr... Sungguh aku diam terus. Agaknya My BONDA tahu apa sebenarnya kot. Kisah itu selesai begitu sahaja.
Tadi, di berita TV, seorang ibu (bukan warga tempatan) tikam bayinya sendiri (ada 5 kesan tikaman, bayi diletak dalam baldi). Ibunya ditangkap, dan kelihatan bingung tak tentu arah. Baru melahirkan.
Kenapa? Meroyan kah? Tak sayang anak, kah? Sedangkan dia sudah ada anak berusia 3 tahun. Bercerai? Kata adiknya, mereka tak tahu dia itu sedang mengandung. Masalah sosial apa lagikah kali ini?
Esok, di dada akhbar berita apa lagi?
alaaa... janganlah dok ligat nak cari berita Fasha Sandha jer. Biarlah, yang pasti dia tak menangis bengkak mata pun. Orang seperti dia sudah lali dengan kecewa, paling-paling dia akan kata, “hidup mesti diteruskan.”
Aku berhasrat nak tengok siri Samarinda yang baru di TV3, akan mula malam ini, lakunan FASHA SANDA; Samson And Delaila. Terpaksa menutup sebelah mata melupakan dirinya yang sebenar (kita pun tak tahu), aku nak fokus kepada lakunan berkesannya saja. Mana tahu, lagu drama tu nanti guna lagu Sixth Sense lagi? yeahhhh.... (lately, banyak betul drama yang gunakan lagu-lagu dari kumpulan Sixth Sense ni)
Walau apapun kontroversi, di suatu sudut dirinya aku pernah dengar tentang displinnya, komitmen kerjanya, bagaimana dia sangat manners dengan orang-orang yang bekerja dengannya terutama orang yang lebih tua... jadi jika dia sentiasa laku wpun “panas”, kenapa? Ada kelebihan yang dapat menutup beberapa kelemahan dirinya.
Manusia biasa tidak terlepas tersilap (tapi kalu dah berkali-kali itu namanya kebiasaan), apatah lagi bila berada dalam keadaan yang mudah sekali menerima pengaruh, atau persekitaran yang mendorong. Lalu, siapa kita hendak mengatakan dia itu buruk laku.
Apa sekali pun, isu bikini tidak pernah aku setuju walau apa pun alasannya...!

***

~...sewaktu JALIL cuba menunjuk handal dan jantannya sehingga menerjah ke dalam kelas, SERI BULAN sudah terasa hendak menerajang mendedahkan Taekwandonya, tapi HISYAM lebih dulu berSilat Pulut yang sebenarnya lebih sumbang dari mambang...!~
saya percaya kalau org yg bunuh org secara ngeri tu kadang2 mengalami masalah halusinasi atau dengar2 pelik2..sbb ada kwn kita kan kak Azie, dia dengar2 bisikan kat tinge dia suh dia bunuh diri ngan terjun bangunan, kadang2 bisikan tu suh dia toreh2 badan dia..
ReplyDeletemeroyan kot ibu yg bunuh bayi tu..faktor stress..
ReplyDeletetentang FS..saya pom suka bakat lakonannya..tapi itulah ada shj citer hot ttg dia..
ttg histeria tu..xle nk kata pa..faktor stres pom bole gak berlaku..byk mikir oghe kato..
semoga kita semua sentiasa sihat walafiat mental dan fizikal...
Assalamualaikum.
ReplyDeleteDunia akhir zaman, macam-macam boleh berlaku. Kekadang betu, ada juga yang diada-adakan.
Nyawa manusia juga sudah 'jatuh' nilai. Nyawa anak kuching lagi mahal gamaknya.
Semoga kita dilindungiNya dari segala musibah dan keburukan.
TQ
kalau di ikutkan makin banyak baca berita makin jadi ngeri untuk tahu kisah orang lain..
ReplyDeletetapi..itulah yang berlaku..itulah yang seeloknya utk kita jadikan pengalaman mahupun sempadan
kalau dah rasa ngeri layan akhbar..jom kita baca komik ujang..hehehheheheh
Salam,
ReplyDeleteTakut nak baca paper semenjak dua menjak ni...baik baca blog ni ---> 3 entri lagi tu sehari ;)
Assalamualaikum...
ReplyDeleteTak tau nak fokus yang mana ibu bunuh anak @ fasha sanda putus cinta?
Tapi pada saya bukan senang untuk menghadapi saat kehilangan anak. Hampir gi** dibuatnya.
Naluri ibu mengatakan bahawa mungkin si ibu bertindak di luar kesedarannya.
hari2 ada saja berita akibat tekanan mental ni, kita tidak tahu apa sebab yang sebenarnya...
ReplyDeletekak, bukan ke 'samson n delaila' tu lagu temanya.. sofea jane nyanyian Black mentor...? ehehe.
ReplyDeletePasal histeria..masa di asrama dulu, pernah ada budak sekampung selalu 'terganggu'. Apabila dia 'membuat' orang panggil ckLah kerana cklah sekampung (Ketua Pengawas masa tu di Sekolah Taayah). ckLah sekadar baca2 ayat yang tahu saja, tiup air dalam gelas dan curah ata kepalanya...lalu bertanya dalam bahasa Jawa, supaya rakan2 yang mengerumuni tak faham kalau2 dia ada rahsia yang mengganggu...
ReplyDelete...sejak hari tu, mereka gelar cklah tok Bomoh. Hahaha..
Pasal bayi tu, terkemam mulut ckLah menonton berita tu....
Pasal artis.... err...er... pengetahuan am cklah memang rendah! Hehe
dari pagi sampai ke malam, bila baca berita semuanya menakutkan dan mengerikan. itulah yang berlaku sehari2 kini. entah di mana silapnya. susah mahu cakap kan.
ReplyDeleteteringat kisah histeria di sekolah dulu..tak pernah kena tapi takut bila tengok kawan2 kena..huhu
ReplyDeleteAslkm Azie
ReplyDeleteHai sihat harini?
Kita tunggu jelah berita esok...
Dari zaman sekolah lagi dah aa benda tu..tapi dulu2 sorang dua je.
salam
ReplyDeletemintak jauh lah histeria tu.takot =)
walaupun fasha banyak hal n cerita,, lakonan dia mmg tak boleh dinafikan, dia memang menjiwai watak =)
salam azie..memang ya maam2 cerita yg tak sedap dubaca dan ngeri berlaku sekarang..entahlah agaknya masyarakat sekarang dah semakin tak berperikemanusiaan...bauk baca posting azie yg kadang2 lucu n menghiburkan..ya tak..
ReplyDeleteDulu Nida pernah alami satu peristiwa pelik... sekolah yg Nida ajar ada nursery, hari tu hari Sabtu, pekerja2 nursery terlibat dengan kursus so tpaksalah guru2 tolong jaga baby2. Masa tu kebetulan Nida seorang diri dalam bilik tu... tiba2 dengar ada org nyanyi... mula2 ingatkan radio atau handphone.. tapi lama-kelamaan bunyi tu semakin pelik dan mengerikan... Nida dah seram sejuk, baru nk lari nasib baik semua pekerja dah pulang.. puas tanya mereka adakah bunyi radio atau handphone mereka.. samapai sekarang tiada yg mengaku bunyi tu dari sumber mereka.. salah seorang pekerja ada bgtahu tempat tu memang keras.. mereka pun selalu kena kacau.....wallahualam
ReplyDeleteZIE:
ReplyDeleteJika kita bertanya pada psychologist, memang begitulah juga pendapat mereka. Banyak kes sebegitu. Sebab tu sanggup bunuh mak ayah datuk adik...
MEK SARAH:
Semog kisah-kisah yang kita baca menjadi sempadan bua kita.
ADMIN P@P:
Salam.
Amin, moga dimakbul segala doa. Ramai orang yg sayangkan kucing, apalagi dengan anak kecil.
AYU:
ReplyDeleteKomik UJANG memang best layan. Gelak sensorang nanti orang ingat kita plak yg tak betul. :)
ANYSS:
wow! sapa yang 3 entri sehari. Alaa tu baru sikit, ada orang 10 entri tauuuuu.. hahahaha
KAK SAM:
Tidak sedar tidak waras, bingung keliru... mungkin dia sendiri tidak tahu mana satu.
IBU INTAN:
ReplyDeleteMasalah jiwa lah agaknya...
NAJWA:
Yup, benar. Dah tengok malam tadi penamatnya baru tau lagu Sofea Jane..:)
CKLAH:
Syok gak tu jadi bomoh sekejap!
LIYA:
ReplyDeleteAda pengalaman tengok dgn mata sendiri juga ya?
MAMA JU:
Salam. Sihat adanya. Tkasih.
Masalah jiwa dari dulu hingga kini...
SYIRA:
Aminnn....
EELOBOR:
ReplyDeleteAgaknya kekuatan jiwa semakin menipis...
MAKCIK MERIAM:
Tang mana ler yang lucunya tu Makcik?
NIDA:
Heeeeeeeeeeee seram tau kalu dah dengar radio bunyik sendirik.
Yang ditunggu Sixth Sense tapi yang muncul Black...
ReplyDeletedunia akhir zaman.. apapun..moga kita dilindungi olehNYA..kerana kita juga manusia biasa..lemah segala..
ReplyDeletemintak dijauhkan benda2 yg pelik2..amin
ReplyDeletekita pernah terkena dulu
ReplyDeletemasa dlm perjalanan pergi honeymoon
memang mengerikan...lemah seluruh badan tau!
Hello Azieazah, I guess there's all kinds of people in this world that will carry out such acts.
ReplyDeleteReally sad.
You just take it easy....
And that Samson and Delilah, I saw that movie when I was 14 years old.
Good movie. Potong rambut dia, hilang power.
You have a nice day. Keep well.
Lee.
kak azie, saya baca tajuk jer sokhabar hari ni.. tak sanggup nak tengok gambar pun.. sat lagi saya yang meroyan.. saya pernah rasa satu macam perasaaan nak terjun dari moto yang bergerak.. masa tu baru naik kerja dari bersalin anak-no 2.. ngeri sangat, 2-3 jugak perasaan tu datang.
ReplyDelete