Sunday, January 30, 2011

Majlis Bertunang yang Simple...

Salam.
30-01-2011
Ahad yang ujan dingin seharian.

Lepak dari pagi sampai petang, walaupun hasrat di hati teringin sangat kalu dapat main ujan kat luar tu. Bila dah ujan mendung dingin, apalagi nyaman jerrrr, mood pun best sangat untuk berdiam dalam rumah memanjakan badan. Sejukkkkk.

Dan aku dapat peluang untuk tidur siang tadi. Rasa nikmat sangat... Tapi terlelap di depan tv, sambil sayup-sayup telinga dengar suara dari tv, tak dapatlah nak khusyuk.. (uik?)

Sehinggalah tiba-tiba hp yang berada di atas perut (memang tabiat, bila tidor hp suka letak atas perut), ada call masuk dari Pulau Pinang. Hehehehehe...

“Buat apa semalam sampai..... bla bla bla....”
“Anak buah saya bertunang malam tadi... dan, bla bla bla...”

Seronok dan terus segar mata kami berbual tentang beberapa isu.

***

Seharian ini petang baru aku berpeluang masuk merempit, sebab harus berbagi masa kepada anak dara yang berdua itu nak guna komputer.

Ini kisahnya semalam.

Anak buah AA selamat bertunang petang semalam, dalam majlis yang serba ringkas tetapi lancar dan sempurna. Tiada acara yang gilang gemilang pun, tetapi kami berhimpun penuh meriah. Walaupun tidak semua saudara dapat hadir kerana jauh, tetapi kami yang dekat tentulah tidak melepaskan berpeluang untuk hadir memeriahkan majlis.

Tahniah kepada NORAINI ~ SUHAIMIN. Majlis pertunangan berjalan lancar dan peminangan diterima dengan selamat dan penuh hati terbuka.


AA terpaksa menyorok badan di belakang (bukan sahaja kerana besarrrRRR) kerana pakai baju yang lain dari yang lain — maklum orang dapur... :)



Sepupu berhimpun...! Borak macam tak cukup siang.


My sister. The eldest sister... Bakal dapat menantu yang kedua.


Bila “penglipur lara” membuka cerita, semua jadi ternganga... Hahahaha!


Yang paling best, bila selesai sahaja majlis (selepas Asar), kami Mak Buah dan Anak-anak Buah berborak pot pet chit chat berjam-jam sehingga Maghrib kemudian bersambung lagi sehingga malam.

Bila tiba masa Kakak aku nak berangkat balik ke Perak, barulah bersurai dan kami terus balik dan tiba di rumah kira-kira jam 11 malam, sungguh penat. Penat makan dan penat bergelak sebenarnya.

Anak-anak buah aku memang ramai dah besar-besar dan ada yang sudah berkahwin. Jadi antara kami memang mesra dan macam kengkawan. Best jer dapat bergelak sakan, sebab kami jarang dapat berjumpa kerana masing-masing sibuk dengan kehidupan sendiri. Bila ada majlis baru dapat berhimpun. Masa tu la nak bertepuk tampar dan bergelak sampai bergegar tv...!

hahahahaha! and guess who is the one yang gelak paling kuat?

Tak yah teka, bukan dapat hadiah pun. Ngeh! Ngeh! Ngeh!



~...pernah suatu ketika di majlis meraikan pasangan yang menjadi kenalan mereka berdua, SERI BULAN dan HISYAM “dipaksa” merenjis mawar tetapi kerana gementar dalam geram HISYAM tersimbah beras kunyit ke kaki Mak Andam...~









27 comments:

  1. selamat bertunang utk kakak itteww..

    mcm best je tunang simple2 kan..

    sweet je nmpk kakak tu pakai kaler mcm tu..*tetibe rasa mcm suka pulak kaler pink*

    ReplyDelete
  2. Vic berkenan warna dinding rumah dia dan hiasan dinding tu, cantik~!!

    ReplyDelete
  3. tahniah..

    family ayu pun kalau bt majlis bertunang, ahli saudara mara tak tau..
    bukan tamo war2...dah pernah ada cerita bila majlis besar2...
    so..saung cincin jer..
    bila majlis makan besor a.k.a nikah..baru semua dijemput hadir...

    ReplyDelete
  4. salam...
    waaa..selesai majlis bertunang...bila majlis kendurinyer...???

    ReplyDelete
  5. wah ..wall rmh tu cat warna kelabu ke..
    lain dari yg lain..

    seronok kalau ramai sedara mara..
    tapi ati tak ramai sedara..
    belah mak ada 2 beradik je
    belah ayah pula jauh nun di spore
    so dah tak rapat..

    tumpang fmly hubby je..yg mmg ramai dan meriah!

    ReplyDelete
  6. simple tapi meriah. yg penting.. majlis mendapat keberkatan.....

    deko dinding tu..
    very nice lorrr..

    ReplyDelete
  7. Bagaikan terdengar2 gelak ketawa itu.. :)

    ReplyDelete
  8. Assalamualikum...
    Azie mmg best kalu dapat berkumpul cam gini. Tak sabonya rase nak balik kg.

    ReplyDelete
  9. Cantik lah hiasan dinding rumah tu. Berkenan yus tengok..huhu

    Selamat Bertunang buat anak buah akak ye

    ReplyDelete
  10. dinding cantik..polos je tgk pink dgn grey..

    ReplyDelete
  11. Wa.. Cemburunye.. Tingin nk blik kg..

    ReplyDelete
  12. kalau nak di banding ngan masa keluarga saya pergi merisik utk mengikat pertunangan, rasanya saya lebih simple lagi. hihihhi

    ReplyDelete
  13. thanks a lot to auntieAA & family. Puding jagung & karipap memang terbaik! Thanks jugak sudi hadir memeriahkan suasana ;)

    to V.I.C, ati masrif, kakngah, yus & eri chan -- thanks a lot ;) jemput la datang rumah saya..

    ampun tuan tanah..saya melawan tauke :p

    ReplyDelete
  14. ZIE:
    Terimakasih ZIE. Memang cantik kaler pink, esp bagi orang berkulit cerah...:)


    KALAMHATI:
    terimakasih...:)


    VIC DIANA:
    Ahaaa ada storynya dalam blog tuan rumah tersebut.
    http://cikinto.blogspot.com/

    ReplyDelete
  15. AYU:
    Ada orang takleh ngelak utk publish atas sebab2 tertentu. Tapi biasanya kita buat majlis kecil-kecil sahaja.


    PAKLONG:
    InsyaAllah, dalam tahun ini juga. Cari tarikh cuti sekolah. Buat di Parit Buntar, Paklong. Nanti Paklong sembang2 tanya dgn Ustaz Radzali... hehehe

    ReplyDelete
  16. ATI:
    Warna kelabu dan putih. Nampak luas, kan?

    Takper kalu keluarga tak besar, nanti lama2 pasti kan berkembang juga.
    psssttt.... beranak banyak2. hehehe


    KAKNGAH:
    Benar, doa selamat juga diadakan sekali.

    ReplyDelete
  17. KAKCIK:
    bila kita boleh bergelak lagi?


    HAMIZAH:
    hahahahah baju T Shirt hitam tu? heheheh kelakar.


    KAK SAM:
    Salam. Yeahhh balik kampung tetap best... the best ever!

    ReplyDelete
  18. CEMOMOI:
    Aminnn.... rancangannya tahun ini juga.


    YUS:
    Berkenan? Kena tanya tuan rumah: CIKINTO > http://cikinto.blogspot.com/

    ReplyDelete
  19. ERI-CHAN:
    Jarang orang nak guna grey, tapi tetap cantik sbb nampak luas. Ada cermin besar lagi.


    MIMI JAZMAN:
    Kalu ada kampung elok ler balik lepaskan rindu.
    Majlis tersebut di rumah Bukit Jalil.

    ReplyDelete
  20. EELOBOR:
    Simple lebih baik. Sebab kalu besar-besaran pun kadang2 dikata orang juga.



    NORASHIKIN:
    Yeahhhh...! sama-sama.
    Apa lahhh sangattttt...

    ReplyDelete
  21. saya baru nak puji tang rumah itu yang sangat kewl.

    cincin tunang tu pun simple and sweet je.

    ReplyDelete
  22. nk tompang nyampuk kat stori seribulan+hisham buleh?
    mejlis bersanding anakbuah teman hari tu.. dijemput le kami sekelamin menepungtawor.. 1st time tuu.. terenjiskan pulut kunin tu ke lipstick penganten pompuan huhuhuu haruuuu hehehehehhe

    ReplyDelete
  23. Salamm..tumpang laluu..skg ni jrg tgk mjlis btunang yg simple gini. kebanyakan mjlis tnang skg dh mcm mjlis nikah. siap tempah bju ala2 pengantin+pelamin lg.
    tp sy suka yg simple ni.. buat ikut kemampuan dan jgn smpi m'bebankan

    ReplyDelete
  24. kak Azie , ada org k.kurau ..tg.piandang ka dlm gambar tu?

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails