Friday, January 28, 2011

Acara Menyuluh Diteruskan dengan Gigihnya...

Salam.


Janji nak menyuluh, ya terpaksa juga dilakukan, kerana ada banyak rumah perlu dijengah juga kerana sudah ketagihan.

Kalu tuan rumah begitu baik budi, lemah lembut dan bijak menulis dan memikat hati, tentulah aku harus pastikan wpun malam ni macam tak berapa nak ada bulan, tapi tetap singgah di rumah-rumah tersebut.

Singgah di laman pun cukuplah, nak jengah sampai serambi mana leh, malam ni mungkin tuan rumah sudah bergerak balik kampung, atau pegi Cuti-Cuti Malaysia (or ke luar negara macam sorang kawan aku tuuu.... amboiii)

Baru selesai siapkan Puding Jeli yang dijanjikan — kali ini Perisa Jagung — dan juga karipap frozen sebagai buah tangan untuk keluarga yang datang dari kampung sempena majlis meminang anak buah di Bukit Jalil esok petang. Yeayyyy...!

Anak dara berdua sampai petang dan riuh kembali rumah. Macam-macam cerita. Sambil sama-sama uli karipap berselang-seli gelak sampai si AMOI tak nampak mata (maklum skit sepet, bila gelak lebih, mata jadi kecik). IKA bawak balik cerita macam-macam... Kelakar ada, seronok ada, pendek kata letih lar telinga nak dengar. Panjang kata.... tak terkata!

Itu saja. Esok kerja.

Selamat bercuti bagi yang sudah memulakan percutian, samada percutian sederhana atau percutian mewah.

Selamat Ulangtahun Kelahiran buat teman blogger ACU SAYANG, semoga sejahtera berbahagia dan sukses selalu... MAAF agak terlewat (baru ternampak di FB).

Sedikit letih, mungkin kerana minda tidak begitu terurus sehari dua ini. Menoleh kembali ke dalam diri, aku tetap aku yang tidak mungkin mampu menjadi orang lain. Alhamdulillah...



~...ketika menyuluh denai dalam renyai malam, tiba-tiba tersuluh sepasang mata bersinar yang berkelip manja, rupanya Kancil sesat mencari teduhan lalu SERI BULAN rela berkongsi pondok asal HISYAM tidak berniat mencari pasal...~







6 comments:

  1. seronok bila sesekali dpt berkumpul ramai2..masing2 berebut mahu bercerita..riuh rendah mcm nak raya :)

    ReplyDelete
  2. salam kak
    sya menanti dengan sabar menunggu anak anak dara ber3 dan si bujang tu besar, boleh kongsi2 borak dan cerita dgn ibu... ;p

    ReplyDelete
  3. ZAKIYAH:
    Jommm kita suluh musang.. hehehe


    FATT:
    Betul, bila dah semuanya balik, amboiii macam nak pecah rumah.


    SYA:
    Sabar... lama2 nanti jadi kawan juga. Jangan tak cukup telinga nak dengar citer, dah la. hehehe

    ReplyDelete
  4. Baguslah.. ALHAMDULILLAH..xde cite sedih.. Smoga kak AA selalu berbahagia bsama kluarga..

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails