Monday, January 10, 2011

AJL25: Mesti Ramai Tekaan Yang Tersasar...

AJL 25 berlangsung meriah, dan wajar dipuji.

Persembahan lancar dan rata-rata artis yang bertanding memberikan persembahan yang terbaik sedaya mereka.

Walaupun aku (dan rasanya ramai juga), tidak lagi mengikuti Muzik-Muzik begitu lama tetapi AJL tetap menjadi suatu rancangan yang tetap ingin ditonton dan teruja hendak tahu siapa bakal menang beberapa kategori yang dipertandingkan. Dapat duit tuuu...

Persembahan dari beberapa pemenang AJL terdahulu. Fransisca, Nash, M Nasir...

Rindu nak tengok penyanyi ini. Makin tua makin hensem plak. Uishhhh....

YUNA, membuka tirai. Tengok dia, teringat penyanyi WAHEEDA. Aku tak terpikat atau teruja pun lagu dia. (tak menang satu punnn...)

TOMOK — fesyen rambut dia jadi bahan gelak dalam rumah aku. Fesyen baju macam tiru Faizal Tahir tahun lepas.


Shahir — dah buka braces? Persembahan pertama dia di pentas berprestij AJL.


ANA RAFFALI — aku suka persembahan dia sebab ada ZAHIRIL ADZIM. Hehehehe.. sbb aku selalu baca blog budak BOB ni sejak lama dulu lagi.


Gandingan pengacara bertiga ini memang serasi dan menceriakan. Tidak ramai boleh buat macam mereka.

Persembahan pertama FAIZAL TAHIR menceritakan 3 generasi yang didodoi:

Noor Khiriah yang sedang mengandung anak kedua...

juga ada Fatimah Abu Bakar dan anaknya.


...serta Dato’ Aziz Satar dan isteri.



Seperti Hafiz dan Shahir, ADIRA juga pertama kali beraksi di AJL. Lagu dia pun macam susah nak menang.

Tak habis lagi nak “bermusuh”...


Persembahan kedua Faizal Tahir, terjun dalam air....!


Puteri tari STACY, tak menari rancak tak sah.


NOH Hujan. Elok ler tak menang, aku tak minat dia. (Pernah dengar, attitude dia pun tak berapa baguih...)

Persembahan selingan Dato” Sharifah Aini. 2 lagu lama. Suara tetap lunak. (*awat pelik aih muka dia kali ni???)


Ziana Zain, pun 2 lagu. Masa dia “tarik” penonton bersorak. Masih mantap makcik niii...


Ya, sapa leh lawan SITI NOR HALIZA?


Dapat nyanyi 3 lagu, panjang plak tu. Memang best. Kalu dia bertanding, kurang-kurang persembahan terbaik, dia punya!

KEPUTUSAN:

Tak sia-sia membasahkan rambut!

Vocal terbaik dimenangi HAFIZ, juga tempat ketiga lagu Noktah Cinta. (Komposer AJAI)

Lagu kedua: Meet Uncle Hussein fea. Black; lagu Drama King.

Juara:


Siapa sangka, semua dia sapu...! Baguslah, masih muda tapi berbakat besar, menonjol melalui You-Tube saja...

Tahniah...!

35 comments:

  1. kak azie--
    keputusan diluar jangkaan..
    agak terkejut gitu....

    ReplyDelete
  2. Akak enjoyed AJL25 sambil mata terlelap pada lagu-lagu yang tak jelas sebutan liriknya. Tak sangka akan keputusan juga. Agaknya Akak ni orang lama, nak yang straighforward aje. BTE style rambut Tomok sama dengan Noh, tak?

    ReplyDelete
  3. Tapi saya sedih tengok muka kak aji pah tu..Sayang muka cantik2 diubah2..Hidung nampak sangat buruk.. Kesian kat anak yang bakal jd ulama.

    ReplyDelete
  4. Tak berapa nak puasati dengan keputusan. Tapi sedar diri saya bukan Juri :)

    ReplyDelete
  5. Tau jgk result AJL tahun ni..pukul 1230tgh mlm baru smpi rumah..kat singapore sepupu kahwin...tq kak bg news segera hehe

    ReplyDelete
  6. salam kak..
    Tuya pun mcm x caya resultnya..
    tapi dah rezeki dia..

    ReplyDelete
  7. Kakcik menonton sendirian semalam sehingga habis rancangan (taklah fokus 100%). 'Shadap not shadap', tau2 dah habis! hehehe... :)

    ReplyDelete
  8. AYU:
    Adakala keputusan di luar jangkaan itulah yang menjadi keistimewaan Juara Lagu...!


    KAK NORA:
    Sama ler kita. Nak yang direct jerrrr...
    Style rambut TOMOK tu lebih dulu sebelum Noh. Rasanya Tomok guna fesyen tu sejak dia final OIAM lagi.

    ReplyDelete
  9. YAN:
    FYI, masa I nak tulis caption KAK Dato’ HAJJAH PAH tu, memang terdetik dah nak sebut bab “buat hidung” tu tapi takut mcm tuduh plak, so bila U pun “nampak” apa yang I “nampak” so I TAMBAH CAPTION di atas kat pic dia. :)

    ReplyDelete
  10. ACIK:
    Enjoy the performances, pun ok gakkk...


    ZAKIYAH:
    Ahaaa.. ni ler tetiba lak Kak Azie jadi reporter tak bertauliah. hahaha

    ReplyDelete
  11. TUYA:
    Rezeki dia. Ternyata bakatnya diyakini dan dihargai.


    KAKCIK:
    Yeahhh... I like lawak “shadap not shadap” tuh! Kelakor bila dia direct translate. Tu ler kalu dengar FBI kat radio HotFM lagi giler!

    ReplyDelete
  12. sedap lagu ana raffali tu beb..sayu jek.

    aku suka lagu FT@hanyut dan black@sofea jane.

    beb...tak best gandingan faizal,ally dan cheryl...boring.aku tgk cheryl n ally lambat pickup bila faizal buat lawak.mungkin dorang tak biasa dgn gaya faizal.kalau faizal dgn fafau mesti meletop!

    hang prasan dak muka kak pah sama mcm bini baru MB sarawak.sebijik sama weiii :)

    aku nampak komen bebudak kat fb dorang kutuk maki hamun ana raffali sbb dia menang.ish malu aku baca.begitu pulak gaya anak-anak kita skrg langsung takde budi pekerti... :(

    sabo jer aku ^.^

    ReplyDelete
  13. shahir seperti m daud kilau.

    sekian.

    ReplyDelete
  14. Kak Zai tengok separuh aje,hanyuttt. Pagi tadi tanya anak siapa yang menang.

    ReplyDelete
  15. AA- aku dah agak, Ana raffali menang, sebab sudah menjadi trend AJL, suka pilih orang baru, tahun lepas Yuna, tahun sebelumnya penyanyi lain.

    ReplyDelete
  16. saya dah agak keputusan kali ni pelik2 sebab ketua jurinye M nasir. huhuhu~

    ReplyDelete
  17. ASSALAMUALAIKUM..sy tgk kat stadium..ramai kuar awal bile ana diumumkan sbg pemenang..tak puas hati

    ReplyDelete
  18. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  19. muka kak pah pelik sbb taik lalat dah ilang kot :p

    ReplyDelete
  20. AA, ini cuma pendapat 1 sen saya je, hati2 bila tulis pasal artis bab2 yg tidak menjurus kepada 'memuji' mereka, bimbang2 ada yg agak celupar membaca tulisan di blog AA dan memanjangkannya kepada mereka..kang tak pasal2 pulak ada skrip 'see you in court'..saya ni bukannya apa, dah terbiasa sgt buat payment kes2 saman malu dek kerana tulisan journalist yg telah memalukan mereka!

    ReplyDelete
  21. salam akak..
    best tgk AJL malam tadi..paling suka lagu pelita..heheh

    ReplyDelete
  22. saya tak terkejut sebab memang minat yuna & ana raffali. tapi target sedikit tersasar sebab harap yuna yang juara

    ReplyDelete
  23. ECHAH:
    Wajah Kak PAH tu warisan orang berdarah Arab (Timur Tengah). Isteri baru Tan Sri Taib Mahmud tu kan Labenese, hampir sama ler..

    Adatler orang tak suka, memang cepat jer mengutuk


    BUJAL X:
    Sekian. Terimakasih.

    ReplyDelete
  24. ZAITUN:
    Lagu Hanyut menang Persembahan Terbaik.


    RED RAMBUTAN:
    Trend orang baru dan juga trend genre muzik kot....

    ReplyDelete
  25. GADISBUNGA:
    M Nasir memang hebat.


    SAHROM:
    Salam.
    Yang tak puas hati memang selalu macam tu... Mujur tak bakar stadium.

    ReplyDelete
  26. IXORA:
    Pssttt... sori tak sempat pi jemputan umah U.

    Terimakasih atas ingatan. I harap tidakler sampai naik court, sbb I tulis sipi sipi saja...:)


    NORASHIKIN:
    Oh yaaa... tahi lalat dah kurang ek...

    ReplyDelete
  27. ACU:
    Ehh sekurang-kurang FAIZAL menang Persembahan Terbaik. Ok ler tu.


    SHAHRUL:
    Penyokong kerrrr...

    ReplyDelete
  28. CIK CERIA:
    Lama tak pasang pelita...


    EELOBOR:
    Yang berbakat dan hebat wajar menang. They deserved it!

    ReplyDelete
  29. tak dapat tengok live semalam..but result memang tak sangka kn?

    ReplyDelete
  30. anak anak saya cakap sharifah aini nih tah lagu apa apa dia nyanyi...

    aku ngan mem senyum jer larr sbb lagu tuh masa zaman mereka xder lagik...hik hik

    ReplyDelete
  31. kak Azie :)
    wan tengok tapi tak tengok.

    macam mana tu?
    pasang tv tapi dok ralit main game kat internet... hahaha bila penonton gelak or tepuk tangan baru dongakkan muka dengan muka blurr

    psst... kitapun suka kat Zahiril Adzim dari zaman KAMI :) he's so cute kan?? :P

    ReplyDelete
  32. LIYA:
    Kadang2 yg tak sangka itulah yang best...!


    FADZIL:
    Mujur PAPA dia tahu itu lagu apa, penyanyi mana...


    WAN AMALYN:
    Yeahhh... Zahiril Adzim. Suka dia, sbb dia jujur dan selamba. Baca blog sejak dulu kala lagi..

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails